Sunday, 1 April 2012

Weekend helper

Kononnya nak suruh helper datang on Saturday tapi dah weekend sickness Cik Yan menjelma maka En Suami tak berani la nak mengambil helper untuk bertugas pada hari itu.

Seawal pagi tengok2 En Suami membersihkan kawasan sangkar AlphaBET dan mencuci balkoni pastu tengok2 treadmill Cik Yan telah dilipatkan..Konon nak mintak turunkan balik tapi karang ntah larat ke tidak Cik Yan nak berjalan atas tu baik turun berjalan kaki dan ambil angin di landscape nun di bawah sana.

Owh ya..Cik Yan plan nak jual mesin urut Ogawa dengan treadmill sekali..nak? kalu amik dedua harganya RM 10K tapi masih boleh dirunding dan juga transportation kena sendiri la..

Okay, berbalik kepada kisah helper tadi..En Suami menjemputnya pada hari ini, Ahad dan menyuruh Cik Yan bagitau nak buat apa..Memula takat nak suruh sapu sampah, mop dan lap sliding door tapi kawan En Suami pesan kakak ni leh wat apa je untuk sehari.

Jadinya ketika Kak Seri datang, Cik Yan meminta dia sapu sampah, mop lantai. Tu arahan buat masa tu je sekali tengok2 dia tanya nak cuci bilik air dulu atau dapur? Cik Yan dah ha? boleh ke? tapi Cik Yan ikutkan aje. Cuma Cik Yan cakap mintak tolong lipat baju nanti.

Kak Seri lepas mop lantai, dia mencuci bilik air tamu (Cik Yan tak bagi access ke bilik tidur kami) kemudian mengelap kerusi makan sambil di kawal selia AlphaBET. Abih dorang melompat dari satu kerusi ke kerusi lain mengikut pergerakan kain lap Kak Seri tu.



Cik Yan tertidur jap ketika En Suami kuar membeli makanan tengah hari tengok2 dia sedang melipat baju di bilik yang Cik Yan khaskan untuk dia tadi. Selepas makan, terus dia mencuci dapur..Cik Yan mintak dia lap2 je sambil susun barang atas dapur tu. Kemudian keje terakhir dia adalah mengelap sliding door dan grill rumah Cik Yan..tapi pasal Cik Yan pun rimas dah orang lelama ni, Cik Yan cakap cukupla takat balcony tu, untuk tingkap semua tu sambung next week.

En Suami ada tanya nak tak panggil dia datang 2 kali seminggu tapi malasla Cik Yan. Cik Yan nak bila pulang ke rumah, dapat berehat sepenuhnya lagipun takdela teruk sangat pun. En Suami kata datang untuk basuh baju dan lipat kain. Eh, takat basuh baju Insya Allah takde masalah la sebab ada dryer kan..bukan perlu berjemur.

Next week, ingat nak mintak gosok bajulah..takkan setiap minggu nak lap sliding door kan..AlphaBET pun seperti biasa..mesra alam punya kucing..Cik Yan pulak tersegan sebab dorang dok tengok satu2 keje Kak Seri.

Lupa..AlphaBET kena mandi tadi sebelum Kak Seri datang. Bagus dorang tau sebab tak mencakar, mengiau pun sikit2 je taklah riuh sekampung..seronok la memandikan dorang ni sebab lepas tu pandai dorang keringkan diri memasing sebab Cik Yan masih tak beli hair dryer..


Bagi basah dulu

Masa untuk syampu

Keringkan badan sendirian berhad


2 comments:

  1. haha kesian laa basah kuyup.. err kak yan.. bayar brape kat helper tu? dulu penah gak byr 4o inggit kat org indon kat area sini.. tapi memang dia cuci 1 rumah la.. toilet, balcony smua skali!! hihi tapi tu citer 2 tahun lpas laa ;p

    ReplyDelete
  2. Daya, doctor dorang suruh mandi selang 3 hari. Teruk la kalu bawak gi mandi sekor je dah RM45.

    Upah dia rm50. kira tak jauh beza la kan. Tapi frust bangun pagi tengok2 ada lagi tapak kaki yang baru atas lantai depan sliding door. Kena ajar 2 ekor ni lap kaki lepas gi toilet. Heheh.

    ReplyDelete