Sunday, 4 March 2012

Kek Gula Hangus

Satu hari tu, Cik Yan dok tengok kertas2 resepi Cik Yan sebab terasa nak baking tapi macam ada barang kurang je. Belek2 terjumpa la resepi Kek Gula Hangus ni dan bahannya sangat simple dan semua ada kat rumah. Sebenarnya terkejut gak Cik Yan sebab tak sangka boleh ada stock susu manis..Cik Yan kan tak minum susu dan En Suami lak kalu minum teh suka guna susu kotak atau pun susu cair.

Jadi bermula percubaan resepi baru Cik Yan.

Bahannya :

Untuk Gula Hangus
220g gula pasir
240ml air panas
2 tbsp butter

Untuk adunan
200ml susu pekat
5 biji telur size B (telur ni kan sure ada kat rumah)
1 tsp vanila
120g tepung gandum
2 tsp soda bikarbonat

Camner nak buat?

Memula buat gula hangus dulu, letak atas api dan biar sampai berbuih tepi2 tu..Kalu guna bekas yang ada pemegang, goyang2 supaya gula yang lum cair bercampur. Biarkan sampai warna keemasan dan masukkan air. Ni kena jejaga supaya tak memercik dan kacau perlahan supaya gula larut sepenuhnya. Kemudian masukkan butter dan biarkan sejuk.

Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan sambil tu pukul telur dengan vanila sampai berbuih..pastu masukkan susu dan pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti dengan gula hangus tadi.

Masukkan bancuhan tu dalam blender supaya tepung tidak berketul. Logiknya kan gula hangus tu panas gak..dia akan buatkan tepung berkumpul. Pastu rehatkan adunan selama 4 jam sebelum dibakar. Bab rehat ni, paling lama Cik Yan buat 2 jam je (30 min first trial, 2 jam on 2nd trial).

Bakar adunan dengan api bawah pada suhu 160C selama 30 min dan tukarkan kepada mode api atas bawah selama 30 min (ikut jenis oven). Untuk adunan ni, memadai dengan sapu butter atau minyak pada bekas sebelum tuang adunan tu.

Ni hasil pertama kali buat dan time tu Cik Yan kurangkan soda bikarbonate sebab bagi Cik Yan benda tu akan buat pahit. Sarang dia pun separuh je dan Cik Yan gunakan bekas 7inch.





Ni pulak kali kedua dan masih kurangkan soda bikarbonat tapi menggunakan bekas 9inch dan disimpan 2 jam sebelum dibakar.


Cik Yan suka sangat kek ni sampai leh makan banyak. En Suami lak setakat amik rasa je sebab dia nak vanila kek dia tu. Kesimpulannya pasni nak ikut resepi bebetul..bubuh soda bikarbonat as per recipe dan juga biar rehat selama 4 jam or more.

No comments:

Post a Comment