Cik Yan terus jadi macam bengong jap. Kemas apa? Rasanya dalam bilik je kot bersepah sikit..sepah pun pasal si AlphaBET dok main2 dalam bilik time kitorang tido..abih kertas ke benda yang kat luar bilik diangkut masuk dalam bilik tidur Cik Yan. Tapi Cik Yan jenis tak suka orang masuk bilik tidur. Bagi Cik Yan, bilik tidur tu tanggungjawab sendiri dan hanya untuk kita dan pasangan kita je.
Posting kat facebook pasal helper ni..tapi dapat la idea nak suruh dia kemas apa kan..Tengok sliding door atau glass dekat balcony tu dah bertompok2 kaki AlphaBET..Grill pun ntah2 dah penuh dengan bulu AlphaBET. Mop lantai? pegang je mop En Suami dah mula menjerit kot..amik tuala basah takat nak lap2 lantai pun takleh..
Jadinya helper tu nanti :
- Lap sliding door, grill & balcony
- Vakum atas2 macam kipas ke syilling ke (biarlah xde abuk pun...mana tau ada abuk halus2 yang sedang berkumpul nak jadi besar)
- Mop satu rumah - ni kena make sure dia pakai antibacterial liquid..bolehla membasmi kuman2 kan..
- Bersihkan dapur? Eh..baik suruh dia rearrange pinggan mangkuk..kemalasan sudah nak memanjat2 amik barang terletak diluar jangkauan. Dulu bolehla lompat2 sambil jolok ngan sudip..skang..amik En Suami menjerit satu rumah.
- Siapkan translation untuk Health Book. Karang Isnin, dept meeting senang sikit nak update.
- Duk wat bodo tengok helper wat keje. (ni idea abang sepupu Cik Yan)
- Kemas sangkar ke mandikan AlphaBET..
Jadinya hujung minggu ni macam kena buat entrila kesudahan kisah helper ni. Itupun kalu jadi datangla..mana tau tertiba Cik Yan cakap "I need my own privacy" dah sape2 xleh datang kan..
No comments:
Post a Comment