Thursday, 15 March 2012

Apam Pisang Bundt Pan

 

Semegah tak nama? Memula ingat nak buat chocolate banana cake tapi terasa malas pulak nak menghadap sink lepas baking. Pisang pulak harus digunakan segera maka jadila resepi ni yang Cik Yan salin dari buku resepi mak Cik Yan. Pembuatan apam ini telah merasmikan penggunaan pengukus Cik Yan yang besar gedabak itu buat pertama kalinya.

Gambar kali ni ditangkap ketika membuat apam pisang ini buat kali kedua iaitu hari ni sebab malas nak guna mixer. Sehari sebelum dah buat banana choc cake tu tapi pecah masa Cik Yan nak terbalik kan dia. Tekstur lembut dan sedap tapi nantila bila Cik Yan buat lagi, Cik Yan letak gambar dia yang pecah tu.

Meh try resepi ni.

Panaskan kukusan.
Memula lenyek secawan pisang (dalam 6 biji) bersama secawan gula


Kemudian ayak 2 cawan tepung bersama 1 tsp baking soda (Cik Yan guna  3/4 tsp je)


Gaulkan tepung dan pisang lenyek tadi dan masukkan secawan santan. Cik Yan guna santan kotak je dan satu kotak santan ini bersamaan dengan secawan atau pun 200ml.


Lengserkan minyak pada bundt pan ni. Kalau pakai baking pan lain pun still kena lengser minyak jugak.


Tuangkan adunan tadi dan kukus sampai lidi atau pencucuk tidak melekat.


Tadaaa..siap dah. Anggaran masa adalah selama 30 minit. Memula masa panaskan kukusan tu biar api marak tapi bila nak letak apam tu, kecikkan api supaya tidak merekah.


Kesimpulannya resepi ini menggunakan :-
6 biji pisang
1 cwn gula
2 cwn tepung
1 tsp baking soda (as mentioned above, Cik Yan guna 3/4 tsp je)
1 cwn santan.

Simple je kan resepi ni tapi hasilnya memuaskan. Lembut dan gebu seperti bulu Alpha n Beta.


4 comments:

  1. Yan... pakai pisang apa? Teringin plak nk try... mcm senang...

    ReplyDelete
  2. Alamak..pisang apa? aku pakai pisang yang org biasa makan tu (besar dari pisang emas)..Nama apa aku tak taulah..hehheh.

    Kawan aku cakap masa dia buat kek pisang dia, guna pisang montel dan sewaktu dengannya dia..

    Tapi jgn lak ko pakai pisang tanduk/ nangka..heheh

    ReplyDelete
  3. Ekekeke....pisang tanduk kalu, bertanduk la kek tu karang.

    Bkn pa, pisang byk sgt jenisnya.. emas, restali, montel, tu yg aku taw, yg x taw tu tah apa
    Lagi

    ReplyDelete
  4. Suka tgk bentuk tu...
    Aku selalu beli kek pisang bentuk mcm ni la tp kecik sket kat bakeri sogo, tp dia letak walnut jugak dlm tu...

    ReplyDelete