Sunday, 11 March 2012

Vanilla Buttermilk Cake

Sebelum kawin dulu, kalu kami menyinggah di Alpha Angle, En Suami pastinya akan membeli kek di dalam Jusco tu. Katanya butter cake yang kena dengan citarasanya, lembut..spongy dan wangi. Jadi bila kawin, Cik Yan pun mulala mencuba resepi butter cake yang terdapat dalam buku resepi Mak.

Kami ni dari kecik memang tak makan pun butter cake sangat sebab Mak akan buatkan kami Kek Marble. Lebih kurang macam butter cake tapi ada warna warni, selalunya 3 warna iaitu merah, kuning dan hijau. Kek ini juga merupakan kek pertama yang Cik Yan buat sendiri pada umur 17 tahun sempena birthday Abah.

Berbalik kepada kisah butter cake, rasanya 5 resepi Cik Yan cuba dan mendapat pujian keluarga dan kawan siap tempah lagi tapi masih tak dapat menepati citarasa En Suami 100%. Alasannya bau butter la, tak spongy la takpun kekadang dia cakap "Ala x macam kat Jusco pun".

Jadi satu hari, tergerak rasa yang selama ni En Suami salah nama kek itu, almaklumla resepi lebih kurang sama je tapi masih dia tak puas hati kan. Cik Yan terasa sebenarnya kek yang En Suami beli itu kategori Chiffon/ Sponge Cake. Cik Yan pun google dan akhirnya terjumpa resepi ni.

Pertama kali membuatnya dalam bentuk cupcake dan Cik Yan tak dapat jamah pun sebab En Suami bawak cupcake sebagai bekalan ketika hantar mak dia pulang ke kampung. En Suami cakap ini adalah yang paling sedap antara banyak2 resepi butter cake tu.

Kali kedua membuatnya pada hari ni dan atas permintaan En Suami, Cik Yan jadikan dalam bentuk kek. Kebetulan Cik Yan pun nak merasmikan Bundt Pan pertama Cik Yan. Hasilnya...suka okay..En Suami sangat suka dan kata comel..



Ni resepinya

1 1/3 cups all purpose flour ~ Cik Yan guna SFR je
½ teaspoon baking soda
½ teaspoon baking powder
¼ teaspoon salt
1 cup sugar
¼ cup butter, room temperature
1 large egg
1 teaspoon vanilla
¼ tsp almond extract ~ Cik Yan tak bubuh..tak suka bau dia..jadi xnak amik risiko letak dalam kek
1 cup buttermilk

Panaskan oven pada suhu 180C.
Ayak tepung, baking soda dan baking powder kemudian masukkan garam.
Krimkan butter dan gula sehingga sebati kemudian masukkan telur dan vanilla.
Pastu masukkan tepung diselang seli dengan buttermilk.
Kemudian masukkan ke dalam bekas dan bakar di dalam oven selama 30 minit ataupun bila dicucuk lidi kuar bersih tu kira masak dah..






No comments:

Post a Comment