Sunday, 30 October 2016

Udang Kari Kering

Memandangkan kanak2 riang suka sangat makan udang, maka bila lihat kari ikan tenggiri yang tak berapa banyak tu, terus gigih mencari resepi yang sesuai. Nak buat sambal karang takut perasaan teruja nak makan tu takde yelah sebab yang sorang tu tak suka makan pedas.

Memang dok terbayang udang masak kari kering dan terus google tengok resepi mana yang bahan-bahan tak memerlukan Cik Yan ke kedai.

Resepi dari Blog Dapurku Sayang oleh blogger DayangJack

Bahan-bahan

bahan A :

  • 10 ekor udang XL (dibersihkan)
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam

bahan B : 

  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (dicincang)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • sedikit serbuk cili - optional
  • garam 
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil gula perang atau gula pasir

Cara-cara :

  • Gaul-gaulkan bahan A. Goreng hingga masak. Ketepikan.
  • Untuk bahan B : tumis bawang besar, bawang putih, halia dan biji sawi hingga naik bau. Kemudian masukkan daun kari, bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Tambahkan sedikit air jika perlu. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. 
  • Akhir sekali barulah dimasukkan udang goreng tadi. Gaul-gaulkan sebati. Tutupkan api. Angkat dan hidangkan.


Saturday, 29 October 2016

Popia Ayam Bersayur



Nama asal dia chicken vegetable egg rolls. Cik Yan amik resepi dari http://bestrecipebox.com/recipes/chicken-egg-rolls/ lepas tengok youtube dia yang menarik perhatian untuk mencuba.

Kisah sebenarnya nak perabihkan kulit popia yang dulunya beli buat murtabak segera. Sesambil tengok resepi kawan pastu tengok youtube dan berkenan dengan resepi ni.

Ingredients
  • 1 pound (455g) ground chicken (chicken breast or thigh meat) *see head note
  • 1 cup (240ml) Cabbage, shredded thin
  • 3 green onions, small chopped
  • 1/2 cup (120ml) grated Carrot, (about 1 medium carrot)
  • 3 large cloves garlic, minced or crushed
  • 1 large egg
  • 1 Tablespoon (15ml) Fish sauce (or soy sauce, for the wimps) :)
  •  freshly grated black pepper
  • 1 package of Egg Roll Wrappers or sometimes called "spring roll" wrappers in the freezer section of market.
  • oil for frying
Methods
  1. In large bowl, combine chicken, cabbage, green onions, carrot, garlic, raw egg, fish sauce and black pepper. Mix together well, making sure all the chicken combines with the vegetables. Cover and allow to marinade for about 20 minutes.
  2. Using egg roll wrappers or spring roll wrappers, add about 2 Tablespoons of chicken filling to each wrapper. Please watch the video in the post above to learn how to roll even and tight rolls.
  3. Fill large frying pan with about 1/2 inch of vegetable oil. Heat to about 325°F.
  4. Slowly add egg rolls to frying pan, but do not crowd them because they will stick together if placed too close.
  5. Fry each side of egg roll for about 3 minutes or until crisp and brown. Flip over and cook other side until brown.
  6. Blot on paper towel to remove excess oil. 
Notes
For this chicken egg rolls recipe, you can either start with raw chicken, then fry it in the wrappers. This gives a very flavorful and moist filling to the egg rolls. The juices from the filling remain in the wrappers. You just have to make sure to not fry the egg rolls in too high of heat or else they will be raw inside. Or you can pre-cook the filling first, then roll them in the egg roll wrappers and fry them to a golden brown. ~~Cik Yan pre cook ~~




Pajeri Terung

Resepi pajeri terung ni menarik minat sebab tak menggunakan bahan yang sangat banyak dan mudah penyediaan dia.

Resepi adaptasi dari Azie Kitchen.

Bahan-bahan
  • 4-5 biji terung - belah 2 tak putus
  • 2 paket kecil rempah kari daging Babas
  • 1 paket kecil kerisik
  • 1 mangkuk kecil santan - Cik Yan guna santan kotak
  • 2 tsp garam atau secukup rasa 
  • 3 tbsp gula atau secukup rasa
Bahan kisar:
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ibu jari halia
  • Segenggam udang kering

Cara memasaknya :
  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau
  • Masukkan serbuk kari tanpa dibancuh dengan air
  • Masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau
  • Baki santan dimasukkan bersama kerisik, garam, gula secukupnya
  • Kemudian masukkan terung dan air cukup sehingga terung terendam dan biar sampai masak




Tuesday, 25 October 2016

Sosej Ayam



Memandangkan kanak2 riang suka sangat makan sosej (bila buat roti inti sosej, Mia mkn sosej smpi abis tapi roti separuh je), maka terus tergerak rasa nak buat sendiri. Apa tak nya bila baca banyak kata sosej penyumbang obesiti la, penyumbang sakit kronik la bagai la. Tapi untuk takde makanan seperti sosej susah gak bila kita ada kanak2 yang suka makan.

Cubaan pertama menggunakan minced chicken sedia ada, pastu tak kukus sebab terbaca katanya untuk tujuan kesihatan jangan kukus dengan plastik, memadai simpan dalam peti beku selama 4 jam sebelum masak. Hasilnya bila atas api, dahla dengan lemak2 putih pastu sosej lambat masak (atau x confident dah masak) dan dia meleper. Semua suka makan lagi2 bila Cik Yan tumis garlic with PEVOO campak parsley flakes. Cuma En Suami cakap tak padat la.




Cubaan kedua berlaku bila dapat beli boneless part di Az Zain dan kebetulan ada pulak daun pisang. Memang bau ayam tu ketika kukus sedap sangat dan hasilnya elok skit dari yang pertama dimana takde lagi lemak2 putih ketika atas api.

Kali ketiga pula menggunakan boneless yang dibeli di pasar tani dan bau dia tak berapa sedap. Mungkin sebab masa tu bahagian tu terdedah pada cuaca panas (penjagaan ayam kan kena betul, dahla panas x curah air kerap atau ada ais ke). Tapi hasil kejadian boleh tahan jugakla cuma ketika dikukus, menggunakan aluminium foil.

Kali keempat menggunakan boneless part dari ayam LadangKu. Ayam dari syarikat ni terdiri dari beberapa jenis (whole chicken, potong 8/12/14, drumstick la thigh la) dan yang pasti leh delivery dan isi ayam sebagus Az Zain (pada tekak Cik Yan). Kali ni wrap menggunakan plastic wrap dan terasa perfect. Sebabnya kita leh pastikan isi ayam dimampatkan dan boleh memanjang ikut kita nak. Pastu simpan dalam peti beku kejap, panaskan kukusan dan buang plastic wrap, kukus la seketika mungkin dlm 5-10 min sebelum di sejuk dan di bekukan.

Resepi ni dari internet, maaf tak ingat sumber. Semoga rezeki empunya resepi bertambah kerana mendatangkan kesenangan pada mereka2 yang berniat nak buat sosej sendiri.

Bahan-bahan
  • Daging ayam
  • Black pepper - ikut suka banyak mana, tumbuk dulu
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Carrot/ Mushroom/ Cheese - jika suka
  • Garam & Gula
  • 1 tbsp tepung ubi kayu - tpg gandum pun boleh
Cara membuatnya
  • Masukkan semua bahan ke dalam food processor dan kisar sehingga hancur
  • Tujuan black pepper ditumbuk dulu sebab Cik Yan nyer tak berjaya nak hancurkan dia. Tak bestkan makan sebiji gitu.
  • Bentukkan sosej - Cik Yan timbang 40g setiap satu, letak dalam plastic wrap, padatkan, ikat kedua2 hujung.
  • Masuk dalam peti beku seketika dan kukus.
  • Jika menggunakan daun pisang, boleh kukus terus lepas siap bentuk, masih cantik juga kejadian dan dapat wangi daun pisang tu.
  • Dah siap kukus, sejukkan sebelum simpan dalam peti beku jika buat banyak2.

Monday, 24 October 2016

Tauhu Lembut Kukus



Ini salah satu resepi internet yang Cik Yan cuba dan menjadi antara yang boleh dimakan En Suami dan juga keluarga dia yang acapkali datang bertamu.

Memang bila masak Cik Yan refer resepi, nak ikut sukatan bebetul sebab Cik Yan memang tak pandai dan tak yakin lagi2 nak hidang pada tamu. Setengah orang, Cik Yan rasa makanan dia tak berapa sangat tapi selamba je masak untuk reramai orang semua. Bila la nk ada rasa selamba dan yakin masakan tu sedap tak taulah..

Resepi ni mudah je dan Cik Yan amik dari fotopages RinnChan.

Bahan-bahan

  • Tauhu Lembut Jepun
  • 4 tbsp sos tiram
  • 1 tbsp makan sos nampla ~ ini adala sos ikan yer
  • 1 tbsp kicap soya cair
  • 1 tsp gula
  • 1 tsp serbuk lada hitam
  • Secubit garam
  • 3 biji bawang putih, diparut halus
  • 1 tsp minyak bijan
  • Bahan tabur seperti hirisan daun bawang, cili merah, lobak merah, daun ketumbar dan bawang goreng.
Cara membuatnya
  • Panaskan kukusan.
  • Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas tahan panas yg telah dilengser sedikit minyak.
  • Dlm mangkuk lain, satu kesemua bahan lain kecuali bahan tabur. Kacau sebati.
  • Siram kuah atas tauhu. Kukus selama 15 minit.
  • Setelah masak, taburkan bahan tabur dan hidangkan.


Friday, 14 October 2016

Pau Kacang Merah

Suatu hari tu budak opis whatsapp gambar bun kacang merah hasil uli tangan. Cik Yan pun tanyala sebenarnya kacang tu yang mana satu adakah yang bersaiz seperti kacang hijau atau kacang soya tu. Dia jawab ala filling beli kat Bagus je terus trigger akan kelazatan filling nenas yang Cik Yan pernah beli dulu dan apabila berpeluang ke baking supply, terus Cik Yan cari filling kacang merah.

Beli je tau..tak confident buat pau lagi tapi satu hari tu lepas baca kat blog, kawan kat fb pun ada yang buat. Maka terus rasa nak tanya kat kawan tu dan macam2 la dia share.

Sebab kat rumah banyak tepung gandum jadi Cik Yan rasa tak perlula nak beli tepung pau sebab baca alasan dari orang pernah buat beza dia cuma pada warna je,

Maka resepi yang menjadi pilihan adalah dari Blog Masam Manis. Owner, Azlita tu siap bagi cara untuk mengelakkan pau tu mengecut lepas masak dan Cik Yan buat memang menjadi cara tu. Tapi next time, Cik Yan nak uli pakai mesin jela guna yang macam gerudi tu sebab nak pakai breadmaker macam takut terlebih uli lak. Cik Yan memang tak berapa suka keje menguli ni namun puas hati la bila pau ni berjaya maklumla banyak kot kuantiti tepung yang digunakan.

Resepi adaptasi dari http://www.azlitamasammanis.com/2015/09/pau-kacang-merah-gebu-dan-sangat-sedap.html




Bahan-bahan

  • 1 kg tepung pau  atau tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak
  • 2 1/4 cawan air
  • 11 gm yis
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 biji telur

Cara membuatnya

  • Satukan bahan di atas dan kacau hingga gula larut
  • Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar
  • Tuangkan adunan cecair sedikit-sedikit sambil di uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
  • Tutup doh dengan kain dan biarkan 5 minit
  • Ambil sedikit doh dalam berat 35-40g, bulat dan leperkan, isi inti yang telah dibulatkan sebelum tu
  • Letakkan doh yang dah berinti atas kertas minyak atau daun pisang
  • Buat hingga habis dan biarkan doh kembang sekali ganda
  • Pastikan air kukusan telah mendidih dan penutup dibalut dengan air untuk mengelakkan dari air jatuh atas pau
  • Kukus selama 7-10 minit dan apabila sudah masak segera angkat pau beserta penutup sekali.
  • Biarkan pau dan penutup kukusan selama beberapa minit untuk mengelakkan permukaan pau mengecut.
  • Selepas itu barulah boleh dihidangkan atau jika mahu disejuk bekukan, biar hingga sejuk dan simpan dalam bekas.
  • Pau yang telah disejukbeku boleh di kukus semula dalam anggaran masa 5 minit.
Note :
  • Cik Yan guna separuh resepi dan hasilnya dalam 25 biji. 
  • Ada pau yang Cik Yan tinggalkan konon kalau En Suami nak makan tapi dia tertido terus, esoknya lepas Subuh Cik Yan try masih lagi lembut.

Thursday, 13 October 2016

Sotong Goreng Telur Masin

Pertama kali makan sotong telur masin ni masa lunch kat de Templer, tengok dalam menu macam eh tak pernah try dan teringin la nak makan sotong maka order.

Memang sedap dan berangan nak buat sendiri kalau teringat beli sotong. Nak jadi kisah, sotong dah beli tapi 2 minggu tersimpan memula sebab takde telur masin pastu bila ada, asyik ada lauk lain je yang menarik untuk dimasak.

Satu weekend tu En Suami rebus kesemua telur masin yang ada tapi lepas tu makan 2 biji dan disorokkan sebab kanak2 riang tak nak makan nasi sibuk nak makan bahagian putih telur masin.

Dan terjadi la lauk ini..

Adaptasi dari blog Fiza's Cooking.

Bahan-bahan

Bahan A
  • 500gm Sotong
  • 1 cwn tepung jagung
  • 1 tsp serbuk lada hitam
Bahan B
  • 3 tbsp butter
  • 2 pelepah daun kari
  • 7 tangkai cili padi - dicincang ~ Cik Yan guna cili merah je sbb share dgn kanak2 riang skali
  • secubit gula
  • 1 kiub ayam ~ Cik Yan guna suku je
  • 2 butir telur masin yang telah di rebus- ambil yang kuning sahaja & hancurkan ~ sbb tak cukup telur, masuk gak telur putih, kan tak baik membazir
Cara memasaknya
  • Sotong dipotong bulat, bersihkan dan keringkan
  • Salut sotong dengan telur dan campuran tepung jagung dan serbuk lada hitam (boleh juga guna tepung bestari ke tepung gandum ke untuk goreng
  • Masukkan sotong satu persatu untuk elak melekat antara satu sama lain. Masak seketika je untuk elak dari menjadi liat. Ketepikan
  • Cairkan butter dalam kuali dan masukkan telur kuning yang telah dihancurkan tadi. Apabila telur mula berbuih masukkan daun kari dan cili.
  • Masukkan bahan lain, perisakan diikuti dengan sotong telah digoreng tadi. Biar sebati dan tutup api.



Friday, 7 October 2016

Roti Butterscotch

Resepi roti ni terjumpa dalam group FB rasanya tapi tak pasti group yang mana. Apa pun resepi ni memang sedap dan menjadi kegemaran Mia. Buat kali kedua menggunakan breadmaker sepenuhnya (masa kali pertama, bakar menggunakan oven). Memula takde niat pun nak mengulang dalam masa terdekat tapi bila Mia tanya boleh tak buat roti ni (sambil dia makan) untuk bawa ke sekolah nak share dengan kawan & teachers, tunaikan ajala.

Masa kali pertama tu, butterscotch chip tu tak berselerak sangat dan terkumpul maka roti tu nampak la kesan macam kita letak filling. Jadi bila kita makan, chip tu macam terlampau banyak pada setengah bahagian tapi kat tempat lain langsung takde ataupun sikit je. Chip juga tak mencair bila gunakan oven jadi dapat ke budak2 ni, ada masa dia jilat dulu bahagian chip yang tebal tu.


Kejadian kali kedua memuaskan sebab chip tu jadi bersepah dan cair maka roti tu nampak la macam kesan2 garis cantik skit.



Bahan-bahan
  • 270g tpg roti
  • 30g tpg gandum
  • 35g gula pasir
  • 1 1/2 tsp instant yeast
  • 15g susu tepung ~ Cik Yan xde maka memang tak letak jadi sukatan tepung tambah sikit
  • 40g plain yogurt
  • 125ml full cream milk
  • 1 butir telur ~ Cik Yan guna 2 butir sebab telur gred B
  • 3/4 tsp garam
  • 1 cwn butterscotch chip
Cara membuatnya 
  • Satukan kesemua bahan dan uli sehingga elastik. Ini agak mengambil masa sedikit kerana bahan2 yang digunakan
  • Rehat doh selama 60 minit
  • Canai doh sehingga menjadi segiempat dan lipat 3
  • Canai lagi dan tabur chip kemudian lipat 3 semula
  • Canai menjadi bentuk segiempat dan gulung kemas
  • Masukkan ke dalam loyang yang telah di gris dan biarkan mengembang sehingga 3/4 bekas
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30-35 min.
Jika menggunakan breadmaker,
  • Masukkan bahan mengikut aturan breadmaker anda.
  • Chip diletakkan pada bahagian fruit & nut
  • Pilih option Basic atau Sweet
  • Crust, pilih Light atau Medium
  • Tekan Nut (atau jadikan yes pada paparan Nuts?)
  • Tunggu sehingga masak dan siap..

Thursday, 6 October 2016

Food Processor Quick Puff Pastry

Sejak kawan share cara buat puff pastry sendiri, ada masa2 rasa seronok untuk makan yang kita buat sendiri tapi ada masa2 yang kita beli je kat baking supply. Kali ni tergerak nak try resepi menggunakan food processor sebab masa tengok MY Kitchen Rules, peserta kebanyakan menggunakan puff pastry yang dibuat menggunakan food processor pastu dapat kepujian.

Resepi yang menarik perhatian Cik Yan adalah dari Martha Stewart siap ada video sekali jadi kalau kita rasa macam was-was boleh refer kat video tu.

Adaptasi dari web http://www.marthastewart.com

Bahan-bahan

  • 1 1/4 cwn unsalted butter, chilled
  • 2 cwn tepung serbaguna/ plain flour ~ Cik Yan guna tepung gandum je
  • 3/4 tsp garam
  • 2/3 cwn air sejuk
Cara membuatnya
  • 1 cawan butter dipotong dadu kemudian diletakkan didalam bahagian chiller seketika. Seeloknya susun potongan butter tu sekata 
  • Masukkan tepung dan garam ke dalam processor dan pulse untuk sebatikan.
  • 1/4 cwn butter dipotong nipis kemudian dimasukkan ke dalam tepung tadi, pulse 3 kali dimana setiap pulse lebih kurang 1 saat. Masukkan air sebanyak 2 kali dan pulse 2 kali. Adunan tidak akan membentuk berbola
  • Keluarkan adunan tadi dan letak atas permukaan yang telah ditabur tepung. Bentukkan menjadi silinder kemudian diratakan untuk membentuk segiempat
  • Menggunakan roller, ketuk2 doh tadi dari bahagian paling jauh dari kita. Jika terdapat butter yang melekat, taburkan tepung.
  • Ketuk2 sehingga tiada lagi adunan yang melekat pada roller kemudian roll doh supaya berbentuk segiempat (anggaran 10 inc * 20 inc). Lipat bahagian hujung yang panjang supaya bahagian lagi satu boleh menutupinya dan gulungkan. Simpan dalam chiller selama 20 minit.
  •  Leperkan gulungan tadi supaya menjadi segiempat semula dan ambil bahagian yang pendek dan lipat seperti tadi.
  • Jika mahu boleh ulang lagi langkah lipatan tadi atau doh kira sudah sedia untuk disimpan dan boleh digunakan selepas 3 jam berada di chiller.
  • Ambil bahagian hujung dan lipatkan supaya bahagian lagi satu boleh sama rata dengan nya.