Tuesday, 31 May 2011

Mood baking ku berlalu pergi

Lepas siapkan kek untuk birthday kakak Cik Yan pagi Ahad tu terus Cik Yan dah rasa penat, bosan kot buat kek ni. Masa tu fikir mungkin pasal penat sangat kot setelah berhempas pulas menyiapkan RVC. Padahal kek yang Cik Yan buat tu macam cantik je..kali ni memang kek coklat tu Cik Yan buat 2 tingkat dan bila kakak potong, Cik Yan tengok sekata dan balance layer cake tu..Cik Yan cakap kat mak..kalu kat Master Chef, potong kek beringkat2 ni pastu tak jatuh maknanya Cik Yan menang dah..hehehe.
Ni gambar kek birthday tu..Saje letak edible image tu sebab teringat masa kekecik mak dan abah akan beli kek gambar camni untuk dia.




Malam tu kononnya plan nak buat RVC tapi mood xde. Terus msg member takut dia mengharap kan..Mujur dia memahami..siap cakap jangan rushing buat kek dia nanti tak sedap..Cheit..boleh gitu..Hahahah.

Kat opis lak..kakak ni yang order Japanese Souffle Cheese Cake bagitau la yang dia boleh je bebila asalkan sebelum Khamis sebab dia cuti time tu. Still tak rasa nak baking..tapi masa tu tak amik port sangat sebab kat opis kan. En Suami dah gelak2 bila Cik Yan cakap mood baking Cik Yan telah berlalu pergi.

Abis keje Cik Yan melepak di Jusco Alpha Angle dan balik masak spaghetti bolognaise. Masa masak2 tu memang saje kuarkan cheese dan bahan2 kek. Jadi bila dah siap masak..rasa macam nak try la pecah telur asingkan putih dan kuning telur. Masa tu semua berjalan dengan lancar.

Jadi operasi memaksa diri baking dilakukan dan mujur tak banyak masalah..macam teratur lah pulak time baking tu..Dan hasilnya seperti dalam gambar



Alhamdulillah walaupun takde perasaan excited macam biasa tapi kek ni bagi Cik Yan perfect..atas dia kekuningan sekata...

Memandangkan hari kebesaran Cik Yan menjelang tiba..terasa nak mencabar diri buat Chocolate Indulgence..semoga mood baking kembali supaya pada hari kebesaran Cik Yan, Cik Yan dapat menghadiahkan kek yang agak complicated kepada keluarga Cik Yan..Kalu rasa payah sangat ngan Chocolate Indulgence tu, nak try Kek Aiskrim yang Cik Yan belajar hari tu..cuma kena beli bekas lagi la kan..

No comments:

Post a Comment