Sunday, 8 May 2011

Hari Ibu 08th May 2011

Alkisahnya minggu ni adalah Hari Ibu sedunia (kot)...Dari Sabtu kononnya Cik Yan menyiapkan tempahan untuk orang yang merancang untuk celebrate bersama ibu atau pun wife memasing..Tengok kat facebook pun rata2 ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu2 dan jugak kenkawan.

Tapi ada gak musykil bila memasing tuju lagu lah tuju ucapan la..bagus betul ek ibu2 dorang sebab ada akaun Facebook. Mak Cik Yan xdela akaun facebook walaupun dia dulu keje mengadap komputer. Tapi biarlah kan, yang penting kita memasing appreciate mereka.

Memandangkan kitorang ni bukanla celebrate sangat bebenda ni tapi still la Cik Yan nak ada something on this day kan..Seawal pagi Cik Yan siapkan kek/ brownies ni. Orang lain sibuk2 ngan Red Velvet, Mak tak suka pun. Dia siap bagitau hasil baking Cik Yan mana yang dia suka sangat. Kebetulan yang ni memang lama tak buat, jadi di hari yang istimewa ni Cik Yan buatla untuk makan bersama keluarga.





Memangla kek biasa je kan tapi Cik Yan puas hatila dapat buat sendiri dan sesama makan. Dedulu masa kecik kan mak selalu buat kek bila dia cuti jadi bila dah besar ni, biarlah Cik Yan yang amik alih kan..Puas hati rasa dapat buatkan kek ni dihari ni. Mak pun bukan main lepas potong terus amik untuk dia punya pastu cakap korang punya potong sendiri ek..ni mak punya..Hehehehh

Oh ya, sebelum balik tu, abah datang betulkan Si Kecik. Masa jemput dari pondok guard tu, Cik Yan tunjuk la jalan ke parking lot kan. Kena pusing2 3 tingkat. Abah leh tanya Cik Yan, boleh ek Cik Yan bawak keta sampai parking lot. Cik Yan gelak2 je sebab kalu dah Si Besar pun Cik Yan dapat bawak ke tempat parking setakat Si Kecik apalah sangat kan..

Rerupanya sian Kecik, Cik Yan  lupa betul bukan lupa..malas sangat nak check dia sampai air bateri kering. Bila abah bising2, Cik Yan cakap la hari tu kan servis..heheheh. Tapi serius lah, memang masa servis tu orang tu mentang2 Cik Yan yang kena amik, dia buat ala kadar je sampai stereng Kecik tak selembut dulu. Tak top up stereng gear oil. Lepas abah pasang je jumper tu terus balik rumah mak dan biar je Si Kecik ngan enjin hidup depan rumah berjam2. Abah ntah apa dia godek2 tapi Cik Yan sukalah..sure abah check bagi pihak Cik Yan. Kalu tak silap macam dia cuci Si Kecik gak..

Nanti nak tanya mak la apa abah komen pasal masa balik rumah mak, abah saje je duk belakang Si Kecik. Mesti nak tengok skill pemanduan Cik Yan yang amatur tu kan..Nantilah, cuba tengok Cik Yan dan Besar, kita main kejar2 ek kat atas jalan.Hehehhe




No comments:

Post a Comment