Sunday, 15 May 2011

Keperluan & Kehendak

Okay ini adala tajuk semata2 yer bukan pembelajaran bahasa jadi kalu apa Cik Yan cuba sampaikan salah..harap dimaaf kan yer. Dan ini adalah kisah Cik Yan, pendapat Cik Yan..xde kena mengena dengan orang lain yer..Kerana pendapat, cara kita adalah berbeza kan..

Keta Cik Yan, Si Kecik rosak dan berehat di parking lot. Maka Cik Yan agak kecoh2 sikit sebab kerisauan dengan pemanduan Cik Yan ni. Payah kot nak parking ngan Si Besar. Setiap kali drive Si Besar akan fikir besar manala parking lot dia. Pasal tu Cik Yan mengelak ke Jusco Alpha Angle kalu dengan Si Besar..Bukan takat parking..nak u turn pun masalah sebab Cik Yan malas nak ikut jalan jauh tu..Hehehe. Dan mana x kecoh kerana Cik Yan sungguh2 dah plan nak gi belajar kelas baking di Melawati tu tapi memandangkan ngan Si Besar, sama ada kena naik taxi, abah antar ataupun parking jauh2. Sah2 risau gak sebab parking jauh tu macam x ramai orang.

Orang lain yang mengetahui pasal kerosakan Si Kecik ni memain suruh beli keta baru. Em..nice. Memang ada terfikir tapi tu kan tambah hutang. Keta yang Cik Yan nak pulak tu sangat2 akan mengecilkan peluang Cik Yan atau En Suami dalam memohon another housing loan kalu sungguh2 Cik Yan beli. Lagipun En Suami seperti tekad nak membeli motor dan sah2 Cik Yan kena pakai dedua keta tu kan..Cadangan untuk menukar Si Besar kepada keta idaman tu Cik Yan reject dgn alasan bonet belakang kecik. Balik kampung En Suami pun barang Cik Yan dah satu beg besar, camner pulak kalu mak En Suami nak ikut balik KL. Mana muat kerusi roda. Dan kalu ada rezeki anak..lagi2 la Cik Yan memerlukan ruang yang besar kan...

Cik Yan dah pernah yer duk rumah sesorang selama 3 hari berturut tanpa kuar jejauh. Paling jauh pun turun gi berenang kat kolam bawah rumah tu..dan serius, x bosan pun sebab xyah rushing pape. Cik Yan pernah cancel percutian Cik Yan kerana tertiba En Suami kena keja dan dengan segera cuti tu dipenuhi dengan aktiviti Cik Yan iaitu BAKING...Cuma Cik Yan suka sangatla kerana selepas itu dia akan berikan tawaran yang sangat Cik Yan suka..kira minta apa saje, akan dipenuhi tanpa soal siasat. Heheheh.

Jadi dalam kes ni :
KEHENDAK adalah keta BARU
KEPERLUAN adalah kena ada keta di parking lot Cik Yan dan blh bergerak bila diperlukan..
KEPINTARAN adalah dalam pengurusan masa..
BONUS adalah menerima tawaran hebat

Cik Yan pagi tadi masa nak gi keje tertiba rasa nak melawa. Seperti sesuai dengan tema hitam dengan pemakaian Cik Yan pada hari ini tapi malangnya beg dan kasut tiada warna hitam. Dulu Cik Yan cakap cukup dah dengan beg2 yang ada tapi ni kritikal dah ni. Kalu ada si Hitam maknanya xdelah pelik sangat kan..Ni beg semua coklat pastu purple..Tapi Cik Yan ke risauan ni buatnya yang menjadi pilihan hati adalah sesuatu yang memerlukan kebenaran En Suami.

Jadi kes ini pulak

KEHENDAK adalah Cik Yan nak melawa..HAHAHAHHA    
KEPERLUAN adalah beg hitam, kasut hitam yang tinggi dan selesa
KEPINTARAN adalah TIADA kerana pasti terpotong hak keistimewaan Cik Yan
BONUS adalah harapan kepada situasi yang membuatkan En Suami merasa bersalah dan memberikan tawaran terhebat..

Cik Yan macam suka kasut ni tapi heel kena potong la..tinggi tu.karang jatuh tergolek Cik Yan kat LRT tu...Jadi misi pada kali ini adalah mencari design ala2 gini.


.
Hari tu kat Bandung jumpa kedai kasut ni..memang best..tapi sayangnya size Cik Yan xde..sama ada terlampau besar atau terlampau kecik takpun tinggal yang display. Nak tunggu stok pun dia kata sebulan baru ada. Kasut ni yang silapnya adalah kerana dia macam nak putus..Lenkali Cik Yan akan beringat, kalu En Suami tanya betul ke nak kasut ni..Cik Yan xleh amik kasut yang dia tanya tu..sure ada yang x kena nanti kot..Ni kalu dia taula nak putus tu apala agaknya dia nak cakap nanti..Heheheh

Bila nak pakai kasut tinggi gini, Cik Yan kena pastikan tapak depan dia pun tinggi jugak jadi arch kaki Cik Yan xlah terseksa dan belakang pun x sakit..Tak mohlah jadi menderita kerana nak melawa kan...

No comments:

Post a Comment