Sunday, 15 May 2011

14th May 2011

Jumaat baru ni, plan asalnya memalam nak buat kek untuk tempahan esoknya. Bahan siap dah semua..cuma menunggu butter dan keju jadi suhu bilik je. Tapi dalam leka duk tengok tv..boleh pulak mata jadi sangat ngantuk. Rasanya awal sangat kot mata terlelap. Tengok2 handphone ada missed call ngan sms. Rerupanya kakak ni bagitau nak amik kek sekian2 masa. Lega Cik Yan sebab memang x larat dah, mata berat je..mana ada kudrat dah nak buat 2 biji kek tu..sesilap tertido depan oven.

Jadinya awal pagi sabtu, lepas bahan2 tu semua tersedia di dapur..dan orang pun dah mula bertukang (pelik..awal giler dorang start keje)..Cik Yan pun memulakan operasi baking. Memandangkan Cik Yan ada 2 mixer bowls, jadi Cik Yan sukat semua adunan in one go. Maknanya sukat gula, butter untuk masuk ke dalam dedua bowls tu. Kalula Cik Yan ada 2 bekas bulat tu..rasanya dedua kek boleh dibakar serentak..Tapi memandangkan cuma ada satu je, terpaksala buat satu2.

Memula buat adunan kek pertama, masuk je oven, Cik Yan buat dulu frosting dia kemudian baru kek kedua tu. Jadi tepat kul 10.30 siapla dedua biji kek untuk diambil. Bila dah siap semua..sementara menunggu kakak sorang ni datang, Cik Yan pun memanjakan diri di Cintasari Tradisi Spa.

Spa ni berdekatan dengan rumah Cik Yan. Biasanya jalan kaki je tapi dah hujan lebat yang amat, terpaksalah drive. Tu pun 2 kali pusing baru dapat parking yang berdekatan spa tu. Cik Yan mintak aromatherapy massage je. Best rasa bila bahagian bahu di urut dengan kuat. Adik yang layan ni first time attend Cik Yan. Setiap kali mesti cakap mintak bagitau kalu sakit. Cik Yan ni pulak memang jenis leh tahan la sikit time orang urut kan..cuma kekadang ada rasa macam nak tumbuk2 katil tu..Heheheh. Yang satu tak tahan, minyak aromatherapy yang dorang pakai. Pening kepala Cik Yan..Next appointment time Wesak ni..buat steam bath then massage lagi..Aromatherapy massage ni selain pakai minyak yang wangi yang membuat kepala sakit tu..minyak tu panas..sedap je rasa time urut..

Balik je Spa, Cik Yan siap2 cupcake untuk dibawa semasa berjumpa kenkawan baik Cik Yan. Asyik dorang tengok je gambar2 kat Fb, kali ni bagi dorang makan lak..lagipun time birthday dorang, x dapat berjumpa sebab masing2 sibuk kan..jadi masa ni amik kesempatan bagi kat dorang...













No comments:

Post a Comment