Tuesday, 17 May 2011

Cuti Free

Hari ni, 17th May adalah Cuti Hari Wesak ataupun Cik Yan istilahkan Cuti Free. X best tau dahla Isnin keje pastu cuti sehari..Tapi sebenarnya untuk orang yang nak merancang percutian, mmg sesuai la sebab cuma amik cuti sehari iaitu pada hari Isnin dah dapat cuti yang panjang..Macam Cik Yan nak cuti mendanya sebab xde plan kemana2 yang jauh dan juga ada presentation slides yang tak siap2..

Pada malam 16th kononnya merancang nak jogging kat taman lepas tu ke Mc Donald untuk breakfast. Suka sangat Cik Yan ngan set breakfast tu tapi bangun je pagi terasa SANGAT malas..jadi plan tu tak menjadi la kan ..Hahahah. Cik Yan terasa rajin sangat nak menggosok baju2 keje jadi seawal pagi tu dah menggosok padahal malam sebelum tu dah gosok gak. Kira macam leh jadi stok baju sebulan je..

Memandangkan tak jadi breakfast kat luar, lepas gosok2 baju, sidai baju dan kemas rumah semua, Cik Yan masakla asam pedas ikan pari. Konon nak buat kari tapi macam x menarik je..panggilan asam pedas lagi kuat. Masak2, lepak2 main fb disamping urusan keje tertiba..sampai masanya Cik Yan memanjakan diri. Kul 2.30 Cik Yan menuju ke tempat spa Cik Yan. Konon dulu nak buat steam bath dan aromatherapy massage tapi memandangkan dulu Cik Yan x enjoy buat steam bath ni..jadi Cik Yan cakap xnak steam bath lah. Memandangkan adik tu ada client lagi maka Cik Yan duk lepak2 sambil membaca apa yang ada. Cik Yan dihidangkan dengan air halia..pedas rasanya..tapi sedap.

Ada adik kat sebelah tu tanya Cik Yan selalu datang buat facial ke..Cik Yan cakapla tak pernah buat pun facial setakat massage ngan body scrub je selalu..Cik Yan tanyala best ke facial..berapa kali buat..dia cakap dia baru keje jadi ni baru berjinak2 dengan facial. Cik Yan bukan apa..ada kawan buat facial selalu tapi muka dia nampak macam x secantik macam sebelum dia berjinak2 dengan facial dengan aktifnya.

Sambil tunggu turn tu, Cik Yan pun tanya2 la pekerja spa yang jaga bahagian depan tu pakej2 yang Cik Yan baca dalam katalog dorang tu memang ada kat sini ke. Menarik je untuk buat manicure ngan pedicure tu tapi malangnya takde kat branch situ. Pastu ada lak pakej untuk orang bersalin. Cik Yan pun minta info dengan lebih lanjut..sebagai persediaan sekiranya dikurniakan rezeki nanti. Jadi En Suami siapkan la duitnya nanti yer sebab kat situ ada pilihan untuk pakej seminggu, 2 minggu dan juga sebulan..Pakej tu bukan takat untuk ibu je..baby pun sekali. Menarik kan..Cik Yan nak merasa pantang dalam suasana tradisional macam dulu kala..Citer panjang pasal pakej bersalin ni...semoga Cik Yan dimurahkan rezeki anak tak lama lagi..takyahla nak tunggu date bersalin 12/12/12..

Pastu tertiba adik yang nak layan Cik Yan tu cakap kejap lagi sebab client dia tu mintak buat ear wax candle..Cik Yan pun tanya lagi kat pekerja depan tu..benda tu camner..untuk apa..Dia cakap selain untuk telinga, elok gak untuk resdung..pening kepala semua..Cik Yan pun cakap nak try.. Masa nak memula massage tu, Cik Yan berendam kaki dalam air yang ada kelopak bunga ros..memula dah plan la nak amik gambar tapi bila tengok bunga ros pink bukan merah..tak jadilah..tak menarik langsung..Kali ni Cik Yan guna minyak Herb & Spices aromatherapy..Best tau..xde pening kepala sebab hari tu adik tu pakai minyak passion yang baunya seperti lilin aromatherapy yang bila bau je confirm Cik Yan pening masa kat opis dedulu..

Massage aromatherapy ni mengambil masa selama 1 jam 30 minit..Terasa minyak panas di sapu pada badan kita. Memandangkan bahu kiri Cik Yan urat dia agak tegang jadi Cik Yan mintak adik tu urut sekuat hati kat bahagian tu. Sedap rasa..Adik tu pun cakap kali ni badan Cik Yan dan tulang macam lembut2 je..almaklumla Sabtu baru ni pun dah urut..Hehehe..Ni urut lagi pasal nak longgarkan urat bahu yang tegang tu. Doctor acupunture Cik Yan dulu dah cakap dah kena tido paling lewat kul 11..tapi lately kan sibuk menyiapkan order tambahan MasterChef Australia daily show dalam kul 11 lebih kot mana nak tido awal..patutla kalu menjadi sakit tu kan..Nanti2 Cik Yan nak buat kyropathic la ngan profesor Korea kat Ampang tu...biar dia membetulkan balik tulang2 atau urat2 Cik Yan yang telah berselirat tu. Cik Yan suka kyropathic tu..

Abis spa..Cik Yan gi membeli sate, asyik terbau je jadi kali ni nekad gi membeli..Lepas order Cik Yan gi lak beli kopi. Pastu berjalan balik ke rumah..kira exercise lah jugak kan..Jadinya inila cara Cik Yan menikmati cuti free ni tanpa melibatkan aktiviti baking..










No comments:

Post a Comment