Friday, 1 June 2012

Owh Blackwood

Minggu lepas Cik Yan ajakla En Suami untuk membeli makanan AlphaBET yang tinggal sikit tu jadi kami cuma singgah di Pet Save Melati Utama je dan sedihnya stock Royal Canin 32 dah abis dan jurujual suggest makanan lain iaitu Wellness. En Suami pun cakap amikla yang kecik dulu dan Cik Yan pun ikut cakap dia sambil mengambil 2 paket litter beads tu. Semasa nak bayar, En Suami tunjukkan satu paket Royal Canin yang ditanda dengan marker "contain Pork". Tergamam sebentar dan minta penjelasan tapi jurujual cakap ni yang lama. Cik Yan terus tanya adik-adik yang bela kucing tentang kebenarannya dan juga cari kat internet. Masa tu jumpala bahawa kandungan RC Fit Regal memang dari dulu ada pork tapi bukan yang lain.

Esoknya En Suami gi keje, Cik Yan pun bagila dorang try Wellness tapi dorang makan sebiji je biskut tu dan terus taknak makan. Cik Yan terus bagitau En Suami dan dia mula risau gak tapi Cik Yan kata biar jelah dulu kalau lapar makan la..Rupanya anggapan Cik Yan salah, langsung dorang tak makan seharian sampai la esok harinya Cik Yan tambah dengan makanan lama dorang. Dorang dok pilih makanan lama je dan tinggalkan yang baru. Mujur ada membeli wetfood gak tapi Cik Yan tak bagi lagi.

Di opis, masa tanya kawan tu, dia explain la yang new packaging nanti contains pork sebagai new formula added. Di website Royal Canin pun ada menceritakan tentang pork ni jadi terus Cik Yan decide taknak bagi RC lagi. Kawan tu tukar RC kepada IAMS dan menerangkan memang kucing-kucing takkan suka Wellness tu. Jadi terus Cik Yan buat keputusan nak bertukar kepada Blackwood. Kawan di Kemaman memberitahu tentang produk makanan kucing halal yang didengarnya di radio tapi takpela..try Blackwood.

Cik Yan pun order online dari penjual Frontline Spray hari tu dan kali ni request mintak hantar sendiri bukan pos. Memula dia kata penghantaran pada malam berikutnya jadi Cik Yan agak lega sikit dan malam tu bagila AlphaBET makanan dalam tin. Keesokannya, awal pagi Cik Yan sms tanya confirm ke nak antar malam ni tapi tiada reply. Adik yang suggest penjual ni cakap dia memang lambat tapi setakat ni dia tak mengalami masalah dengan penjual ni. Maka balik keje Cik Yan pun menantila tapi nak dekat kul 7 dapat pulak sms kata penghantaran esok hari kerana ada urusan lain. Cik Yan berasa dipermainkan lantas mintak cancel je. Siannya AlphaBET, dorang mogok tak nak makan tapi masih aktif lompat sana sini. Sedih rasa sebab macam Cik Yan tak bertanggungjawab pulak. Perkhabaran lambat, klinik pun dah tutup, manala Cik Yan leh gi jejauh memalam ni mencari makanan tu.

Cik Yan minta tolong sorang kakak ni untuk mencari di AEON AU2 namun takde gak. Cik Yan pun mula call Petsmore Wangsa Walk..stok takde sampai Julai dan RC pulak abis stok dan stok baru sampai bulan Ogos. Try pulak cawangan Festival City dan nasib yang sama. Cik Yan call klinik yang biasa Cik Yan bawak AlphaBET tapi staff menjelaskan mereka tidak menjual Blackwood. Begitu juga klinik haiwan di belakang opis En Suami, sama gak..dorang tak jual Blackwood. Jadi petang tu balik keje terus Cik Yan singgah Pet Save Melati Utama dan membeli 6 tin wet food dan juga sepeket kecil Science Plan.

Beta dengan Science Plan, 6 tin wet food & litter tray yg lagi beso

Balik rumah, Beta nampak macam lemah je terus Cik Yan tuangkan Science Plan tapi Alpha je yang makan. Terus Cik Yan buka makanan tin tu dan bagi dorang makan. Sian dorang tak makan dengan betul dan mujur takde pape. Jadinya pasal hari Khamis Cik Yan ada appointment dengan Dr Ashar terus plan dengan kakak sorang ni untuk menerjah kedai kat Gombak tu selepas check up.

Awal-awal pagi lagi sebelum Subuh En Suami call bagitau dia ada di port dan sedang berkira-kira nak balik. Bila bagitau Cik Yan ada appointment terus dia cakap tunggu sebab dia nak teman jugak. Maka Cik Yan lewatkan appointment tu sikit agak-agak dia leh sampai. Lega gak rasa kalau tak menggigil kot nak drive sendiri..

Dalam kul 10 lebih tu, Cik Yan call Trendy Pet, petshop kat Gombak tu dan sukanya dengar bila uncle tu cakap dia ada banyak Blackwook. Terus Cik Yan kata tunggu saya datang nanti..Tapi letak je phone, En Suami suruh turun sebab dah sampai maka kami menuju ke Ampang Puteri. Sampai je terus dapat no yang besar dan tengok-tengok Dr Ashar takde sebab attend patient Dr Fauziah yang nak discharge tapi Dr Fauziah takde. Kami pun gi la makan je kat cafe tu sebab Cik Yan tak mampu nak jalan jauh sebab keta dah parking awal-awal. Best gak lauk kat situ kena dengan selera Cik Yan dan En Suami. Kisah check up entry lain la ek..

Balik dari hospital En Suami bawak gi Subang Jaya jap sebab nak gi tempat medical supplies. Dari situ terus tuju ke Gombak dan dalam keta En Suami dah pesan beli yang kecik je makanan tu tapi Cik Yan sampai je situ terus amik yang 3kg. Royal Canin yang lama ada lagi dan uncle tu pun kata tu stok lama tapi rasa was-was dah jadi abaikan je. Dalam keta En Suami mengomel sebab Cik Yan tak dengar kata tapi kan kalau abis, sian Cik Yan nak gi beli kan...Sampai rumah terus bagi dorang makan dan sukanya Cik Yan sebab Beta makan dengan penuh selera. Nasib beli yang 3kg kan....


Oh..Cik Yan hafal jalan dah kalau kena gi beli sendiri nanti. Hari tu macam tak confident je tapi ni dah confident sikit jalan ke situ. Hehehe..Dahla uncle tu ngan wife dia sangat baik dan bagi less kat every item purchased. Jadi berakhirla kisah pencarian makanan untuk kucing-kucing kesayangan Cik Yan. Tak sangka dorang ni cerewet dan Alpha tu dapat je Blackwood terus taknak dah Science Plan.

Beta try dulu
Alpha pulak try
Alhamdulillah..kenyang dah..masa golek-golek pulak








10 comments:

  1. haaaaa rc ada pork sebelum nie dgr2 ja ermm habis tu mcm mana yer kita yang dah bagi kucing mkan n kita pgg?nk kena samak ker?kucing dekat rumah nie makan rc hair n skin.....adoiiiii dah ler tgn kita yang masak untuk suami,ermmm pening2

    ReplyDelete
  2. Katanya pork tu dulu kat flavor fit ke apa..yg lain ok..tapi new packaging nanti dorang letak new formula added (pork) kat semua jenis.

    ReplyDelete
  3. ayoooyoooooo hahhaha dalam perancangan nk tukar ke blackwood tapi bby cat makn blackwood untuk kitten tu hihih

    ReplyDelete
  4. Saya ada jual blackwood dengan harga berpatutan dan duduk di sri gombak. boleh singgah ke blog saya. TQ

    http://gombakblackwood.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Blackwood halal ke x ek? Tq

    ReplyDelete
  6. Setakatni lum ada lagi kata contains pork..

    ReplyDelete
  7. Kat rampai bisnes park ade 1 petshop byk stok blackwood. .. sye selalu beli situ. .. every item pon ade diskaun. ... hehe

    ReplyDelete
  8. Dulu susah nak mencari blackwood ni..tapi skang mintak Azman Ali ni antar je...good price..good service...

    ReplyDelete
  9. salam antara blackwood dgn royal canin, akak ade nmpak x beza pada kucing2 akak? mana lagi bagus? sy nak cadangkan safari pet planet dekat sri gombak sebelah tc permata.. harga mmg best, service so far plg best.. diorg pn buat delivery jugak

    ReplyDelete
  10. Bulu makin lebat... skang dah tak mkn blackwood dah. Tapi masa tu kucing mix persian. Skang ada persian bebetul bagi dorang Orijen pulak. TC permata tu yg area mana ek..dekat KSL futsal ke tmn bolton tu?

    ReplyDelete