Sunday, 10 June 2012

Lepas gian baking

Lama sangat kot Cik Yan tak menggunakan mixer atau pun baking. Kalau terasa nak makan benda manis, Cik Yan dok buat puding kastard berkuah, cream caramel atau pun creme brulee. Last hari tu buat kek coklat kukus tapi tu memang tak gunakan mixer pun.

Bila kata lama, bukan la bertahun kan tapi pasal dulu setiap minggu mesti ada 2 atau 3 kali baking sama ada untuk makan sendiri atau pun orang tempah. Ni rasanya macam dah okay kot untuk mulakan kembali aktiviti amik tempah tapi dalam kuantiti yang senang Cik Yan bawak la melainkan orang nak amik sendiri kat rumah.

Masa bagitau En Suami yang Cik Yan terasa nak baking sesuatu yang simple, dia dok tanya berapa "simple" untuk simple Cik Yan tu. Sebabnya ketika membuat kek gula hangus a.k.a kek sarang semut, Cik Yan kena cairkan butter, buat caramel semua. Jadi apa yang Cik Yan leh cakapkan kat sini..Cik Yan istilahkan simple bila Cik Yan tak perlu beri perhatian lelama kat sesatu adunan. Macam butter, letak je atas api dan biarkan dia mencair begitu juga caramel, biar je atas api sampai dia cair dan curah air pastu tinggal. Untuk kek pula, bila dah masuk oven, bakar dan siap boleh dihidang tanpa perlu letak topping. Bila melibatkan penggunaan topping ni yang keje membasuh bertambah kerana kena cuci bekas lelebih sebab takleh main sapu je ngan sponge cuci pinggan. Sabun pun kena lebih jadi kesimpulannya Cik Yan taknakla amik order kek bertopping ni.

Owh untuk raya, kalau sihat Cik Yan nak amik order biskut sarang semut..nak? Heheh.

Ni hasil baking Cik Yan setelah sekian lama..Kek Sarang Semut ataupun Kek Gula Hangus. Ni tengah promo gak kalau ada sesape nak order kan..



No comments:

Post a Comment