Ada orang tu, kira rapat lah dengan Cik Yan tapi bukan dengan En Suami (En Suami tak kenal sangat pun dia) bertanyakan sesuatu berkenaan En Suami. Konon nak jadi orang tengah tapi Cik Yan rasa seperti menjadi batu api pulak..Suka melagakan orang (Cik Yan dah kena) dan suka juga bertanyakan soalan yang menyakitkan hati dengan alasan dia tak boleh bertanyakan pada pasangan dia.
Kesimpulan : Ada teman baik ni cakap orang yang suka mengorek rahsia seperti dia ni sebenarnya ada rahsia terpendam yang tak semua orang tau. Dia suka bertanyakan peribadi orang tapi cuba tanya soalan yang sama pada dirinya pasti tiada jawapan.
Seseorang begitu risaukan temannya yang ditimpa bencana tapi teman itu bersikap acuh tak acuh. Orang itu juga menyedari temannya itu tidak bersikap jujur dan tidak ingin berkongsi cerita dengan nya. Tau kan kadang2 ada orang hide atau customize apa yang nak di share atau tak nak dengan orang tertentu di laman sosial..
Kesimpulannya : Memula mesti orang tu rasa sedih kan tapi lelama mesti dia cakap atau berubah dengan bersikap sedemikian kepada teman itu atau mencipta jurang. Kawan yang baik akan sentiasa bersama ketika susah dan senang tapi kalau kawan itu tak nak sama-sama susah dan senang, back off jelah..
Dulu, ada sorang ni suka berciter tentang suaminya yang menceburi business yang dinaungi oleh sesorang siap cakap pasni nak offer Cik Yan keje. Ada satu ketika dia menceritakan keadaan di mana dia meminta pinjaman atau ihsan kawan kerana funder ni tersekat sikit sementara waktu. Sentiasa berciter dia akan berenti keje dan menjalankan business tu bersama suaminya. Tapi sehingga kini ada je makan gaji.
Kesimpulan : Kadangkala orang kita bila buat business suka aim sesuatu yang besar tapi tidak fikirkan apa yang akan berlaku dalam jangka masa pendek. Persediaan asyik untuk kejar yang berjuta-juta tapi yang kecik2 tapi confirm ada pulangan dipandang sepi. Sudahnya bila benda yang tak pasti tak mendatangkan hasil, mulalah tersepit sana sini.
Ada dua orang ni gi tengok barang sesama tapi pasal harga yang tinggi, sorang ni pun meminta tempoh tapi kawan dia pulak terang-terang dihadapannya cakap saya nak beli sebab saya ada cash..Cuba fikir perasaan orang tadi tu..
Kesimpulan : Ada juga setengah orang yang memberi pandangan negatif pada kawan tu sebabnya tidak menjaga perasaan kawan lagi sorang tu. Bayang jelah siap ada statement, saya tak haus duit dengan orang tu tapi saya fikirkan nilai budi bahasa orang..
No comments:
Post a Comment