Sunday 10 June 2012

Huhu..x suka tau

En Suami gi keje lagi dan hari dia bertolak je Alhamdulillah pening-pening semua takde dah jadi dia taklah risau. Cik Yan sampai rumah lepas keje pun selepas berehat jap dah boleh masak-masak sesuka hati. Betul Dr S cakap ada masanya ketika kehamilan, kita akan dipermudahkan bila ditinggalkan tapi bila suami ada je kat rumah mulala pening la, sakit kaki la pinggang la.

Minggu lepas cuti hujung minggu agak panjang sebab Hari Keputeraan Agung jadi selepas En Suami bertolak ke Kemaman, Cik Yan dok relax jelah kat rumah sambil tengok AlphaBET yang berselera makan makanan yang baru. Tapi sampai je waktu tengah hari terasa bosan dan teringat Si Besar dah lama tak bergerak karang nanti enjin takleh start kan naya..Tak pepasal kena bawak gi Service Centre kat Puchong tu..owh tidak...

Cik Yan pun mintak izin En Suami untuk keluar dan seperti biasa ayat dia :

 "Bawak keta elok2 tapi ingat biar keta calar ke apa janji selamat" 
  • ni Cik Yan suka, watnye ada keta gesel ke atau ada motor sesuka hati langgar Cik Yan, tak perlu risau kena marah sebab En Suami kata janji Cik Yan selamat dan tak terkejut.

"Beli la apa yang nak, duit dah bagi kan..tapi jangan sampai membazir. Kalau rasa perlu, beli je takyah tanya" 
  • ni ibarat ayat pemutus mood shopping Cik Yan sebab setiap kali En Suami cakap camtu je terus blur nak beli apa dan mesti rasa nak call tanya boleh tak nak beli itu ini. Bila kuar sama ngan dia takde pulak ayat ni padahal masa tu semangat kot nak shopping sakan.
  • Cik Yan tau sangat kalau bab beli handbag je kena tunggu dia ada sebab dia nak check design beg tu, kegunaan masa bila semua sebab dia cakap kadang-kadang ada setengah beg kat kedai tu lebih kurang je design cuba lain jenama. Jadi nape nak beli yang design sama kan lainla kalau duit kita tu banyak-banyak dan tak abis.
Sudahnya masa kuar tu Cik Yan cuma beli barang dapur je sebab memang tak rasa bersalah kat situ. Masa kat bahagian basah tu mula fikir nak masak apa semua, kat buah pulak fikir buah untuk buat jus dan makan. Tu jelah kot hasilnya tapi puas hati sebab tak rasa bersalah..Bab makan En Suami tak risau sangat sebab dia tau Cik Yan strict pasal pemakanan Cik Yan cuma dia asyik ingatkan makan sayur banyak-banyak supaya bertambah balance pemakanan Cik Yan.

No comments:

Post a Comment