Dah berbulan dah En Suami merancang nak amik course Advance Dynamic Positioning kat Singapore. Siap plan nak Cik Yan ikut supaya leh cari barang baby sikit. Tapi sebelum pregnant dulu, Cik Yan berangan untuk ikut dia, pepagi masa dia gi belajar kat CMar Centre, Cik Yan kuar mendapatkan barangan bakery kerana di situ ada beberapa kedai baking provider. Berangan jugak menuju ke Orchard Road dan lepak2 minum Caramel Machiato dan juga baked almond yang cuma dijual di Starbuck Singapore..
Bila pregnant, memang tak jalan jauh lagi sebab risaukan keadaan yang tak pasti. Yelah, tunggu lama kan nak dapat baby ni jadi kalau tak perlu, takyah la buat. Lately ni macam pening kepala pulak bila mengenangkan En Suami nak gi course ni sebabnya Cik Yan kena berjauhan dengan AlphaBET selama 10 hari dan ongkosnya pun banyak la kan untuk mereka ni. Fikir dan fikir, terasa macam tension lak lagi2 kat opis pun macam2 rumors ada. Rasa macam penat je nak hadap semua ni.
Rabu baru ni, Cik Yan confirmkan balik ngan En Suami betul ke nak gi course nanti. Tertiba-tiba dia leh cakap tak jadi sebab dia nak kejar waktu keje dia dan next January dia kena start belajar di Akademi Laut Melaka untuk menukar tiket ke Master Class One. Rupanya Pengarah Jabatan Laut dah call dan meminta En Suami menyiapkan dokumen untuk belajar. En Suami pulak sedang berkira-kira sama ada nak belajar January atau July sebab katanya January Cik Yan lum abis tempoh cuti bersalin lagi. Tapi kalau kira, dah lebih 45 hari dan takde masalah kot kalau setakat belajar kat Melaka..bukannya nun di Sweeden ke Australia ke.
Bila dengar tu, lega rasa..takdelah berjauhan dari AlphaBET lelama kan..tapi kalau tertiba dia bertukar fikiran still Cik Yan ikutkan saje sebab dia nak belajar bukan nak gi suka2.
Tapi dalam masa lega tu terasa gak something..macam Cik Yan nak jugak ke Singapore..shopping? Cik Yan takdela rasa itu agenda utama tapi rupanya sebab ada pameran Harry Potter kat Singapore Art Museum. Terus bila En Suami call semalam, Cik Yan cakap nak gi Singapore gak sebab nak tengok pameran tu. Pameran tu berakhir 30 September tapi pastinya masa itu En Suami bekerja dan kenala gi skang jugak sebelum puasa.
Tak sabar nyela nak tau En Suami dapat slot in masa untuk bawak gi Singapore ke tak sebab dia dah ada plan sementara cuti sebelum mula keje lagi. Harapnya dapat la Cik Yan ke sana..Harry Potter kan kegemaran Cik Yan..
No comments:
Post a Comment