Sunday, 27 May 2012
Abaya
Buku ni Cik Yan beli masa jenjalan kat Wangsa Walk, kebetulan takde bahan bacaan baru terusla singgah kedai buku Popular. Ni antara yang Cik Yan beli la masa tu borong je memana yang rasa dapat mengisi masa dan juga buku mengenai kehamilan.
Apabila Mama Pakai Abaya memang satu cerita yang menarik. Berkisahkan bagaimana seorang ibu yang pentingkan penampilan diri sehingga tidak menutup aurat dan tergamak memakai t-shirt anak daranya yang berusia belasan tahun ketika keluar bersama rakan bisnesnya. Bagusnya cerita ini adalah tentang anak-anak yang tak putus doa supaya ibu mereka menutup aurat. Dan apabila usaha yang dilakukan mereka tidak kesampaian, mereka meminta bantuan ayah mereka yang berada di lautan luas.
Dari situ, wujudnya Ibu Qaseh yang mengajar mereka lebih memahami ajaran Islam, mengajar mereka supaya lebih kuat berdoa demi kebaikan ibu mereka dan juga menghormati dan menegur ibu mereka dengan cara yang lemah lembut dan tidak menyakiti hati ibu mereka.
Bagusnya kan sekiranya dikurniakan anak-anak yang sentiasa mendoakan kita dan juga mempunyai kesedaran untuk menutup aurat walaupun ibu mereka tidak sedemikian. Ayah yang sentiasa sibuk mencari duit untuk keluarga juga sedar tentang kegagalannya untuk membimbing isterinya supaya memelihara aurat.
Tapi masih lagi insan di luar sana yang alpa tentang pentingnya aurat dengan alasan tidak ikhlas..Bagaimana apa yang di idamkan ditarik balik atau diberi nikmat sementara sahaja? Pasti kita merintih takpun hampir hilang akal kan tapi jika diberi balik nikmat tu, akan berkekalan la dia dengan sikapnya itu..Dalam Islam pun ada berpesan arahan ibu bapa, suami boleh diengkari jika melibatkan perkara yang bukan ajaran Islam tapi kadangkala mereka sendiri yang tidak mempunyai keinginan untuk menutup aurat. Pakai tudung pun dengan cara yang tidak betul dan berlengankan baju pendek dan menampakkan susuk badan. Memangla nikmat dunia dikecapi skang tetapi hakikat sebenarnya kaum wanita itu menarik ayah, abang, adik lelaki dan suami ke pintu neraka dengan tidak menutup aurat. Memang suami kamu akan puji kecantikan kamu yang menayang aurat dihadapan rakan taulan tapi kalau benar kita sayangkan keluarga, fikirkan balasan untuk mereka di akhirat kelak..
Oh ya..cakap pasal abaya, Cik Yan dapat abaya yang dibeli melalui online dan Alhamdulillah saiznya sesuai dengan Cik Yan. Cik Yan lantas menggayakan abaya itu di hadapan En Suami berserta tudung purple yang ada. En Suami tidak sudah-sudah memuji tentang kesesuaian abaya itu pada Cik Yan dan potongannya yang menarik. Memula masa tu ingat setakat mengambil hati tapi bila keesokkannya harinya mendapat mesej pujian dari En Suami yang tak sudah-sudah mengenai Cik Yan dan abaya tu..memang melayang badan ke langit je rasa. Insya Allah, Cik Yan nak jadi isteri yang solehah, nak jadi isteri yang menjadi ketua bidadari di syurga buat suami, nak jadi isteri yang menjaga aurat dihadapan khalayak dan menjadi ibu contoh kepada anak-anak kami.
Labels:
Something to share
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment