Saturday, 30 June 2012

Projek Dapur & Oven

Julai menjelma kembali..nanti 10 Julai, genap 2 tahun Cik Yan duduk rumah skang..rumah yang dibeli sebelum kitorang kawin sebagai persiapan. Memang senang rasa hati sebab tak perlu mengeluarkan duit yang banyak selepas kawin kerana komitmen lain yang ada. Jadi sesape yang merancang nak kawin, kalau ada duit lebih, cepat2 usahakan sebuah rumah..

Jun ni, rasanya Cik Yan agak suka benda-benda manis..tapi yang buat sendiri la..Gambar yang ada, setakat mana yang Cik Yan rasa jarang buat dan suka makan..






Em..macam every week ada je kan projek..Cik Yan memangla dah takleh wat keje rumah (ikut arahan En Suami) tapi tak bermakna duduk saje..Cik Yan memasak, baking dan kemas dapur. Ada orang kata dia pregnant tapi buat semua dengan bantuan suami..Well, En Suami bekerja dan jika dia ada sekali pun, dia akan buat sorang tanpa membenarkan Cik Yan membantu. Jadi kalau nak kata bukan2, agak2 kalau suami tu mampu, dia pasti akan hire orang, hire driver untuk kamu..Jangan kerana kekurangan kita, kita mengutuk kelebihan orang. Setiap yang berlaku ada sebabnya jadi apa yang tersurat terima dengan ikhlas, jangan ada perasaan sakit hati, cemburu semua. Kadang2 Cik Yan lebih pada bahagian ini tapi pasti ada kekurangan di bahagian lain. Allah itu Maha Adil.

Nak jugakk

Dah berbulan dah En Suami merancang nak amik course Advance Dynamic Positioning kat Singapore. Siap plan nak Cik Yan ikut supaya leh cari barang baby sikit. Tapi sebelum pregnant dulu, Cik Yan berangan untuk ikut dia, pepagi masa dia gi belajar kat CMar Centre, Cik Yan kuar mendapatkan barangan bakery kerana di situ ada beberapa kedai baking provider. Berangan jugak menuju ke Orchard Road dan lepak2 minum Caramel Machiato dan juga baked almond yang cuma dijual di Starbuck Singapore..

Bila pregnant, memang tak jalan jauh lagi sebab risaukan keadaan yang tak pasti. Yelah, tunggu lama kan nak dapat baby ni jadi kalau tak perlu, takyah la buat. Lately ni macam pening kepala pulak bila mengenangkan En Suami nak gi course ni sebabnya Cik Yan kena berjauhan dengan AlphaBET selama 10 hari dan ongkosnya pun banyak la kan untuk mereka ni. Fikir dan fikir, terasa macam tension lak lagi2 kat opis pun macam2 rumors ada. Rasa macam penat je nak hadap semua ni.

Rabu baru ni, Cik Yan confirmkan balik ngan En Suami betul ke nak gi course nanti. Tertiba-tiba dia leh cakap tak jadi sebab dia nak kejar waktu keje dia dan next January dia kena start belajar di Akademi Laut Melaka untuk menukar tiket ke Master Class One. Rupanya Pengarah Jabatan Laut dah call dan meminta En Suami menyiapkan dokumen untuk belajar. En Suami pulak sedang berkira-kira sama ada nak belajar January atau July sebab katanya January Cik Yan lum abis tempoh cuti bersalin lagi. Tapi kalau kira, dah lebih 45 hari dan takde masalah kot kalau setakat belajar kat Melaka..bukannya nun di Sweeden ke Australia ke.

Bila dengar tu, lega rasa..takdelah berjauhan dari AlphaBET lelama kan..tapi kalau tertiba dia bertukar fikiran still Cik Yan ikutkan saje sebab dia nak belajar bukan nak gi suka2.

Tapi dalam masa lega tu terasa gak something..macam Cik Yan nak jugak ke Singapore..shopping? Cik Yan takdela rasa itu agenda utama tapi rupanya sebab ada pameran Harry Potter kat Singapore Art Museum. Terus bila En Suami call semalam, Cik Yan cakap nak gi Singapore gak sebab nak tengok pameran tu. Pameran tu berakhir 30 September tapi pastinya masa itu En Suami bekerja dan kenala gi skang jugak sebelum puasa.

Tak sabar nyela nak tau En Suami dapat slot in masa untuk bawak gi Singapore ke tak sebab dia dah ada plan sementara cuti sebelum mula keje lagi. Harapnya dapat la Cik Yan ke sana..Harry Potter kan kegemaran Cik Yan..


Creme Brulee


 
Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya Cik Yan dapat gak resepi Creme Brulee ataupun cara yang betul untuk membuatnya. Asal buat dulu failed je tapi still sedap cuma texture dia seperti puding gula hangus..gula atas tu pulak tak menjadi sangat jadi niat nak membeli chef torch tu diketepikan..

Satu hari tu, Cik Yan buka you tube dan cuba mencari klip membuat creme brulee dan rupanya tak jauh beza dengan apa Cik Yan buat tapi agaknya la mungkin pasal selama ni tak menggunakan teknik bain marie ketika membakarnya..Tang gula tu? no comment..mesti pasal tengok tak jadi..jadi buat gula pun ala kadar dan yang paling best la kan..En Suami makan buang gula tu sebab katanya hangus. Betul la dia cakap hangus sebab bukan gula terhangus tapi creme tu yang hangus..

Jadi kat sini saje nak share resepi yang bagi Cik Yan simple tapi menjadi..

Bahan yang kita perlukan :

2 cwn whipping cream
5 bii kuning telur (telur putih leh wat pavlova ke macaron ke..heheh)
1/3 cwn + 2 cmb gula (next time Cik Yan nak guna 1/3 cwn je sbb manis bagi Cik Yan)
1/2 cmt vanila
Secubit garam (kalau xleh agak..letak je 1/4cmt)

Whipping cream letakkan di atas api dan biarkan dia mendidih disekelilingnya..jangan sampai mendidih sepenuhnya.

Whisk kuning telur dan gula didalam bekas yang lain bersama vanila dan garam dan tuangkan sedikit cream tadi dan whisk lagi supaya telur tidak menjadi masak. Tuang cream sedikit demi sedikit sampai abis dan pastikan sebati.

Pasal Cik Yan takde ramekin, Cik Yan gunakan baking tray yang ada dan campuran cream tadi dituangkan ke dalam tray itu. Buang buih yang ada (kalau ada chef torch, ala kan kejap supaya buih hilang).

Bakar menggunakan kaedah bain marie (letak air dalam tray yang besar dan kemudian letakkan baking tray yang berisi cream tadi) selama 45 min pada suhu 160C ataupun sampai masak. Cik Yan suggest jangan gunakan api atas bawah sebab nanti cepat gelap permukaannya. Cukup guna api bawah je. Sejuk kan sebelum buat proses seterusnya.

Maka terjadila creme kita..

Untuk brulee pulak, kita taburkan gula atas permukaan creme tadi dan bakar menggunakan mode grill pada oven pada suhu 250C selama 10 minit..Siap sudah....




Monday, 25 June 2012

Day of the Seafarer

To my beloved husband, wish you good luck and hope the Master Class One will be yours next year or 2014.  Bolehla me and baby ikut belayar kapal besar..

 

http://www.imo.org/about/events/pages/day-of-the-seafarer.aspx




 
The campaign for Day of the Seafarer 2012 will be announced soon!
25 June of each year is the "Day of the Seafarer", recognizing the invaluable contribution seafarers make to international trade and the world economy, often at great personal cost to themselves and their families.
Governments, shipping organizations, companies, shipowners and all other parties concerned are invited to promote and celebrate the Day in an appropriate and meaningful manner. 
The Day of the Seafarer was first celebrated in 2011, following its establishment by a resolution adopted by the Conference of Parties to the International Convention on Standards of Training, Certification and Watchkeeping for Seafarers (STCW), 1978, held in Manila, Philippines, in June 2010, which adopted major revisions to the STCW Convention and Code.
The Day of the Seafarer has now been included in the annual list of United Nations Observances.
In 2011, the celebration took the form of an online campaign, in which IMO asked everyone to voice their support using social networks. On the Day of the Seafarer, we asked  people around the globe to say “Thank you seafarers” on Facebook, via tweets, by posting a video on YouTube, discussing on LinkedIn, or even writing an inspirational blog.
The Day of the Seafarer provides an opportunity to pay tribute to the world’s 1.5 million seafarers for the unique and all-too-often overlooked contribution to the well-being of the general public, and we would like to do it using as many social media networks as possible.

By generating interaction on the web about seafarers, we want to show respect, recognition and gratitude to seafarers everywhere. The universal outreach of social media will raise awareness of the vital role that seafarers play in the world economy and, in many respects, in sustainable development, enabling ships to carry than 90% of world trade safely, efficiently and with minimal impact on the environment.

The Day of the Seafarer is also an opportunity to educate the public about issues facing the modern-day seafarer - issues such as piracy. But, most importantly, it is the occasion for us, the world, to say “Thank you, seafarers.”
We encourage everyone to participate in this worldwide effort by celebrating and joining us on the web: so please if you want to get involved, take action and download the toolkit featured on this page.



Saturday, 23 June 2012

Julai nak menjelma

Lagi 7 hari bulan Julai nak menjelma..tak sabar rasanya kot selain berdebar menantikan Ramadhan tu. Macam-macam benda Cik Yan nak buat Julai ni itu pun kalau diizinkan dan diberi kesihatan yang baik. Risau gak nak menempuh Ramadhan tapi bila terbaca banyak buku-buku menggalakkan orang mengandung berpuasa sunat sepanjang tempoh kehamilan, pastinya puasa Ramadhan lagi mendapat berkat.

En Suami pun dalam beberapa hari lagi akan pulang bercuti sekejap dan harapnya sempatla dia temankan Cik Yan untuk check up kali kelima dengan Dr Ashar. Kali ni mungkin dah leh tengok jantina kan jadi leh siap2kan nama. Penat ar nak pikir nama untuk lelaki dan perempuan jadi bila dah spesifik, senang sikit kot.

Bulan Julai ni, Cik Yan plan takpun ingatkan En Suami tentang :

  1. Emergency lighting - ni kes blackout last Sunday yang merisaukan dia. Padahal masa tu rumah taklah gelap mana sebab dari balkoni dapat cahaya lampu jalan cuma panas jelah kan. Cik Yan cakap baik pasang generator ke backup power supply ke..nanti panas Cik Yan pening kan..
  2. Beli barang baby macam katil, stroller, traveling bag ke traveling mat ke - biarlah orang kata awal ke apa ke tapi Cik Yan dah pikir masak2 dan kena beli gak. Sebabnya En Suami akan bekerja sampaila Oktober ataupun awal November. Takkan Cik Yan nak gi beli barang2 beso tu takpun sape nak pasang katil..takkan nak suruh abah kot..sian dia. Barang kecik2 tu takpela, Cik Yan leh beli online je takpun shopping ngan kenkawan..Ada jugak beberapa barang yang nak beli tapi taknak En Suami tau..Hehehe
  3. Start study or handle hal strata rumah Cik Yan ni - memula En Suami kata nak buat tapi mana nak sangka dah Cik Yan pregnant jadi dia merancang keje je dulu sebab nak cuti lama selepas Cik Yan bersalin. Ngam-ngam habis pantang, dia start belajar lak..Jadi harus Cik Yan study dan urus sikit2 sampai settle dan harapnya taklah sampai ke bulan November.
  4. Rearrange or relocate barang - ni penting gak ni...karang mana nak letak baby kalau Cik Yan nak tengok tv..takkan nak biar je dalam bilik. Pastu takkan nak letak area ogawa ngan treadmill Cik Yan..terasa macam jauh dan tempat tu lak dekat dengan sliding..macam tak sesuai je.
Ada 4 point je kan tapi bab barang baby tu kena pikir bebetul kan supaya tak membazir..Mana tau Cik Yan excited sangat, En Suami lak tak sampai hati nak stop, nanti sedap je Cik Yan memborong. Not to worry kalau beli online..shopping online kurang sikit feel dia berbanding kuar membeli dengan En Suami..


Tuesday, 19 June 2012

Saya yang menurut perintah!

En Suami banyak kali bagitau yang dia risau setiap kali Cik Yan mop lantai tak kira guna mop yang mana tapi Cik Yan pulak jenis lagi suka mop, dah kering vakum..terasa puas hati. En Suami dari masa ke semasa asyik pesan panggil maid datang rumah, pesan Cik Yan dok rehat je dan juga tak bagi drive kalau rasa tak sedap badan (dulu kena marah kalau malas drive)..tapi Cik Yan asyik lupa je nak call maid for service.

Sabtu hari tu kan hari2 Cik Yan menghadap dapur..memula buat soto ayam petang tu lak dok buat pavlova. Sambil tu dok mengemop lantai sekali lalu pastu tinggal dan ngadap oven Cik Yan tu. Nak jadi citer masa mop lantai tu adalah kawasan yang berlopak depan bilik air tu. Time beringat memang mengelak kawasan tu tapi nak jadi citer, pasal kelam kabut, terlalu kawasan itu dan tergelincir dan mujur sempat bertahan pada tiang pintu toilet. Terkejut Cik Yan, terdiam sekejap sambil minum air zam zam tenangkan perasaan. Bila sms bagitau En Suami, apa lagi kerisauan dia melanda dan siapla mintak janji jangan mop lantai. Pesan mintak ikut cakap dia untuk panggil maid buat keje semua tu.

Cik Yan bukan apa..orang lain pregnant gak tapi buat semua. Ada kawan tu lagila duk lama kat spital pastu gi keje drive sendiri pasal berlainan jalan dengan suami dia. Dia siap cakap buat apa buang masa di perjalanan..Masa tu dah dup dap gak sebab En Suami hari tu siap ada plan pasal risau Cik Yan gi keje sendiri. Banyaklah yang berlaku di sekeliling yang buat Cik Yan suka cakap "No. No. No" kat apa saja cadangan En Suami.

Tapi pasal dah incident tergelincir ni, mengenangkan pulak nanti dia tak senang buat keje dan mendatangkan bahaya atas diri En Suami pulak, maka dengan ini saya, Cik Yan akan menjadi tuan puteri jelah..petik jari siap semua..Hahha..taklah siap segera..maksudnya ikut je cakap En Suami panggil maid wat keje. Kita mulakan dengan panggilan telefon ke Procleaners Services, mintak 2 maids for 4 hours kasi cuci rumah, tempat AlphaBET ngan dapur..Nanti antar baju2 gi dobi takyah nak gosok2 banyak2 macam selalu..

Si Besar dan Si Kecik? Si Kecik bawak gi keje pepagi parking kat lrt tapi mengenangkan asyik takleh bangun awal, maka panaskan je enjin dia kalau lama tak berjalan. Si Besar? rutin dia adalah ke Jusco tak pun balik rumah family Cik Yan..mintak-mintak Si Besar tak due for services dalam bulan ni..Jenuh kot nak menunggu kat service centre.

AlphaBET lak? antar grooming? macam malas lak tapi rasa macam sukanya kalau kuku budak 2 ekor tu dipotong..nanti mesti sedap time Beta urut Cik Yan..

Makan apa? ni takleh petik jari..takleh selalu tapau tapi leh selang seli dengan masakan simple..Cakap pasal masak ni..hari tu belila talapia merah kat Jusco..terbayang ikan talapia goreng makan dengan sambal belacan..tapi bila nak masak..dok kira-kira sanggupkah Cik Yan menghidu bau ikan yang di dalam minyak panas itu..makanya panggang je ikan tu dan makan dengan sambal belacan..Bila bagitau En Suami, dia pun galakkan Cik Yan buat gitu katanya lagi healthy..

Okayla..jadi tuan puteri la wat masa ni..cant wait untuk En Suami abis keje..nak makan ikan pape masak rasa khas kat De Templer..


Sunday, 10 June 2012

Miss You Like Crazy - The Moffats

Teringat lagu ni..zaman belajar kot

Huhu..x suka tau

En Suami gi keje lagi dan hari dia bertolak je Alhamdulillah pening-pening semua takde dah jadi dia taklah risau. Cik Yan sampai rumah lepas keje pun selepas berehat jap dah boleh masak-masak sesuka hati. Betul Dr S cakap ada masanya ketika kehamilan, kita akan dipermudahkan bila ditinggalkan tapi bila suami ada je kat rumah mulala pening la, sakit kaki la pinggang la.

Minggu lepas cuti hujung minggu agak panjang sebab Hari Keputeraan Agung jadi selepas En Suami bertolak ke Kemaman, Cik Yan dok relax jelah kat rumah sambil tengok AlphaBET yang berselera makan makanan yang baru. Tapi sampai je waktu tengah hari terasa bosan dan teringat Si Besar dah lama tak bergerak karang nanti enjin takleh start kan naya..Tak pepasal kena bawak gi Service Centre kat Puchong tu..owh tidak...

Cik Yan pun mintak izin En Suami untuk keluar dan seperti biasa ayat dia :

 "Bawak keta elok2 tapi ingat biar keta calar ke apa janji selamat" 
  • ni Cik Yan suka, watnye ada keta gesel ke atau ada motor sesuka hati langgar Cik Yan, tak perlu risau kena marah sebab En Suami kata janji Cik Yan selamat dan tak terkejut.

"Beli la apa yang nak, duit dah bagi kan..tapi jangan sampai membazir. Kalau rasa perlu, beli je takyah tanya" 
  • ni ibarat ayat pemutus mood shopping Cik Yan sebab setiap kali En Suami cakap camtu je terus blur nak beli apa dan mesti rasa nak call tanya boleh tak nak beli itu ini. Bila kuar sama ngan dia takde pulak ayat ni padahal masa tu semangat kot nak shopping sakan.
  • Cik Yan tau sangat kalau bab beli handbag je kena tunggu dia ada sebab dia nak check design beg tu, kegunaan masa bila semua sebab dia cakap kadang-kadang ada setengah beg kat kedai tu lebih kurang je design cuba lain jenama. Jadi nape nak beli yang design sama kan lainla kalau duit kita tu banyak-banyak dan tak abis.
Sudahnya masa kuar tu Cik Yan cuma beli barang dapur je sebab memang tak rasa bersalah kat situ. Masa kat bahagian basah tu mula fikir nak masak apa semua, kat buah pulak fikir buah untuk buat jus dan makan. Tu jelah kot hasilnya tapi puas hati sebab tak rasa bersalah..Bab makan En Suami tak risau sangat sebab dia tau Cik Yan strict pasal pemakanan Cik Yan cuma dia asyik ingatkan makan sayur banyak-banyak supaya bertambah balance pemakanan Cik Yan.

Lepas gian baking

Lama sangat kot Cik Yan tak menggunakan mixer atau pun baking. Kalau terasa nak makan benda manis, Cik Yan dok buat puding kastard berkuah, cream caramel atau pun creme brulee. Last hari tu buat kek coklat kukus tapi tu memang tak gunakan mixer pun.

Bila kata lama, bukan la bertahun kan tapi pasal dulu setiap minggu mesti ada 2 atau 3 kali baking sama ada untuk makan sendiri atau pun orang tempah. Ni rasanya macam dah okay kot untuk mulakan kembali aktiviti amik tempah tapi dalam kuantiti yang senang Cik Yan bawak la melainkan orang nak amik sendiri kat rumah.

Masa bagitau En Suami yang Cik Yan terasa nak baking sesuatu yang simple, dia dok tanya berapa "simple" untuk simple Cik Yan tu. Sebabnya ketika membuat kek gula hangus a.k.a kek sarang semut, Cik Yan kena cairkan butter, buat caramel semua. Jadi apa yang Cik Yan leh cakapkan kat sini..Cik Yan istilahkan simple bila Cik Yan tak perlu beri perhatian lelama kat sesatu adunan. Macam butter, letak je atas api dan biarkan dia mencair begitu juga caramel, biar je atas api sampai dia cair dan curah air pastu tinggal. Untuk kek pula, bila dah masuk oven, bakar dan siap boleh dihidang tanpa perlu letak topping. Bila melibatkan penggunaan topping ni yang keje membasuh bertambah kerana kena cuci bekas lelebih sebab takleh main sapu je ngan sponge cuci pinggan. Sabun pun kena lebih jadi kesimpulannya Cik Yan taknakla amik order kek bertopping ni.

Owh untuk raya, kalau sihat Cik Yan nak amik order biskut sarang semut..nak? Heheh.

Ni hasil baking Cik Yan setelah sekian lama..Kek Sarang Semut ataupun Kek Gula Hangus. Ni tengah promo gak kalau ada sesape nak order kan..



Thursday, 7 June 2012

Our 4th Anniversary

Alhamdulillah..4 tahun sudah kami merasmikan ikatan cinta kami dengan pernikahan yang berlaku jam 9.00 malam pada 7th Jun selepas 3 hari birthday Cik Yan.

4 tahun bersama mengharungi cabaran sebagai suami isteri, suka duka, susah dan senang dan juga sebuah penantian selama 2 tahun..Insya Allah baby coming in November nanti..Nape kata 2 tahun ek..sebab masa tunang pun melihatkan keadaan masa itu, En Suami pulak sentiasa takde, jadi Cik Yan cakap 2 tahun kita enjoy pepuas dulu dan dia concentrate dalam karier dia, mak dia dan kukuhkan kewangan adiknya..Tu yang tahun ketiga perkahwinan baru Cik Yan bersungguh buat treatment sana sini. Heheh.

Lagu ni tergiang kat telinga tatkala terjaga dari tido kerana lapar..Alhamdulillah, berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin. Semoga ikatan ini kekal selamanya dan diberkati Allah.

Sunday, 3 June 2012

Situasi..

Ada orang tu, kira rapat lah dengan Cik Yan tapi bukan dengan En Suami (En Suami tak kenal sangat pun dia) bertanyakan sesuatu berkenaan En Suami. Konon nak jadi orang tengah tapi Cik Yan rasa seperti menjadi batu api pulak..Suka melagakan orang (Cik Yan dah kena) dan suka juga bertanyakan soalan yang menyakitkan hati dengan alasan dia tak boleh bertanyakan pada pasangan dia.

Kesimpulan : Ada teman baik ni cakap orang yang suka mengorek rahsia seperti dia ni sebenarnya ada rahsia terpendam yang tak semua orang tau. Dia suka bertanyakan peribadi orang tapi cuba tanya soalan yang sama pada dirinya pasti tiada jawapan.

Seseorang begitu risaukan temannya yang ditimpa bencana tapi teman itu bersikap acuh tak acuh. Orang itu juga menyedari temannya itu tidak bersikap jujur dan tidak ingin berkongsi cerita dengan nya. Tau kan kadang2 ada orang hide atau customize apa yang nak di share atau tak nak dengan orang tertentu di laman sosial..

Kesimpulannya : Memula mesti orang tu rasa sedih kan tapi lelama mesti dia cakap atau berubah dengan bersikap sedemikian kepada teman itu atau mencipta jurang. Kawan yang baik akan sentiasa bersama ketika susah dan senang tapi kalau kawan itu tak nak sama-sama susah dan senang, back off jelah..

Dulu, ada sorang ni suka berciter tentang suaminya yang menceburi business yang dinaungi oleh sesorang siap cakap pasni nak offer Cik Yan keje. Ada satu ketika dia menceritakan keadaan di mana dia meminta pinjaman atau ihsan kawan kerana funder ni tersekat sikit sementara waktu. Sentiasa berciter dia akan berenti keje dan menjalankan business tu bersama suaminya. Tapi sehingga kini ada je makan gaji.

Kesimpulan : Kadangkala orang kita bila buat business suka aim sesuatu yang besar tapi tidak fikirkan apa yang akan berlaku dalam jangka masa pendek. Persediaan asyik untuk kejar yang berjuta-juta tapi yang kecik2 tapi confirm ada pulangan dipandang sepi. Sudahnya bila benda yang tak pasti tak mendatangkan hasil, mulalah tersepit sana sini.

 Ada dua orang ni gi tengok barang sesama tapi pasal harga yang tinggi, sorang ni pun meminta tempoh tapi kawan dia pulak terang-terang dihadapannya cakap saya nak beli sebab saya ada cash..Cuba fikir perasaan orang tadi tu..

Kesimpulan : Ada juga setengah orang yang memberi pandangan negatif pada kawan tu sebabnya tidak menjaga perasaan kawan lagi sorang tu. Bayang jelah siap ada statement, saya tak haus duit dengan orang tu tapi saya fikirkan nilai budi bahasa orang..



Kenangan First Trimester

Alhamdulillah, berjaya sudah melepasi trimester pertama kehamilan tanpa sebarang alahan yang teruk. Selain kerana rezeki yang dah sampai, rasanya penggunaan chlomid kali ketiga pada dose yang tinggi, biodex dan adanya AlphaBET memainkan peranan juga. First confirmation on pregnancy was done with pregnancy test kit on 15th March setelah lewat 2 hari dan keesokan harinya pulak double check dengan Doctor di Klinik Mediviron Setiawangsa. Bila kata dah confirm terus esok harinya buat appointment dengan Dr Ashar untuk check up seterusnya. Pada masa tu juga En Suami sangat excited dan meminta menggunakan test kit lagi dan itu menandakan 3 kali penggunaan pregnancy test kit untuk pengesahan kehamilan.


To my dear

En Suami,

"Saya nak beli abaya lagi..boleh? Owh hari tu memang dah order satu tapi ni tambah lagi sebab masa tunjuk gambar, En Suami kata sangat cantik dan tanya dah beli belum kan..Jadi ni saya nak beli la ni dan mintak design yang boleh pakai juga selepas saya bersalin. Sms dihantar tapi mungkin line dah takde..takpe, saya order je. Hahahah."


Suka sangat tengok design abaya skang ni lebih-lebih lagi bila En Suami pun suka Cik Yan pakai abaya. Bagi Cik Yan senang keje sebab tak payah kira baju singkat ke tak tutup aurat ke dan juga nampak kemas. Bukan tak boleh beli baju maternity tapi kalau baby dah kuar, baju tu mesti nampak tak sesuai kan. Abaya ni leh jadi pengganti baju kurung jika ke mana-mana majlis takpun sarung je time nak turun gi kedai bawah. Takyah sesusah tukar tshirt lengan panjang semua.


Friday, 1 June 2012

Owh Blackwood

Minggu lepas Cik Yan ajakla En Suami untuk membeli makanan AlphaBET yang tinggal sikit tu jadi kami cuma singgah di Pet Save Melati Utama je dan sedihnya stock Royal Canin 32 dah abis dan jurujual suggest makanan lain iaitu Wellness. En Suami pun cakap amikla yang kecik dulu dan Cik Yan pun ikut cakap dia sambil mengambil 2 paket litter beads tu. Semasa nak bayar, En Suami tunjukkan satu paket Royal Canin yang ditanda dengan marker "contain Pork". Tergamam sebentar dan minta penjelasan tapi jurujual cakap ni yang lama. Cik Yan terus tanya adik-adik yang bela kucing tentang kebenarannya dan juga cari kat internet. Masa tu jumpala bahawa kandungan RC Fit Regal memang dari dulu ada pork tapi bukan yang lain.

Esoknya En Suami gi keje, Cik Yan pun bagila dorang try Wellness tapi dorang makan sebiji je biskut tu dan terus taknak makan. Cik Yan terus bagitau En Suami dan dia mula risau gak tapi Cik Yan kata biar jelah dulu kalau lapar makan la..Rupanya anggapan Cik Yan salah, langsung dorang tak makan seharian sampai la esok harinya Cik Yan tambah dengan makanan lama dorang. Dorang dok pilih makanan lama je dan tinggalkan yang baru. Mujur ada membeli wetfood gak tapi Cik Yan tak bagi lagi.

Di opis, masa tanya kawan tu, dia explain la yang new packaging nanti contains pork sebagai new formula added. Di website Royal Canin pun ada menceritakan tentang pork ni jadi terus Cik Yan decide taknak bagi RC lagi. Kawan tu tukar RC kepada IAMS dan menerangkan memang kucing-kucing takkan suka Wellness tu. Jadi terus Cik Yan buat keputusan nak bertukar kepada Blackwood. Kawan di Kemaman memberitahu tentang produk makanan kucing halal yang didengarnya di radio tapi takpela..try Blackwood.

Cik Yan pun order online dari penjual Frontline Spray hari tu dan kali ni request mintak hantar sendiri bukan pos. Memula dia kata penghantaran pada malam berikutnya jadi Cik Yan agak lega sikit dan malam tu bagila AlphaBET makanan dalam tin. Keesokannya, awal pagi Cik Yan sms tanya confirm ke nak antar malam ni tapi tiada reply. Adik yang suggest penjual ni cakap dia memang lambat tapi setakat ni dia tak mengalami masalah dengan penjual ni. Maka balik keje Cik Yan pun menantila tapi nak dekat kul 7 dapat pulak sms kata penghantaran esok hari kerana ada urusan lain. Cik Yan berasa dipermainkan lantas mintak cancel je. Siannya AlphaBET, dorang mogok tak nak makan tapi masih aktif lompat sana sini. Sedih rasa sebab macam Cik Yan tak bertanggungjawab pulak. Perkhabaran lambat, klinik pun dah tutup, manala Cik Yan leh gi jejauh memalam ni mencari makanan tu.

Cik Yan minta tolong sorang kakak ni untuk mencari di AEON AU2 namun takde gak. Cik Yan pun mula call Petsmore Wangsa Walk..stok takde sampai Julai dan RC pulak abis stok dan stok baru sampai bulan Ogos. Try pulak cawangan Festival City dan nasib yang sama. Cik Yan call klinik yang biasa Cik Yan bawak AlphaBET tapi staff menjelaskan mereka tidak menjual Blackwood. Begitu juga klinik haiwan di belakang opis En Suami, sama gak..dorang tak jual Blackwood. Jadi petang tu balik keje terus Cik Yan singgah Pet Save Melati Utama dan membeli 6 tin wet food dan juga sepeket kecil Science Plan.

Beta dengan Science Plan, 6 tin wet food & litter tray yg lagi beso

Balik rumah, Beta nampak macam lemah je terus Cik Yan tuangkan Science Plan tapi Alpha je yang makan. Terus Cik Yan buka makanan tin tu dan bagi dorang makan. Sian dorang tak makan dengan betul dan mujur takde pape. Jadinya pasal hari Khamis Cik Yan ada appointment dengan Dr Ashar terus plan dengan kakak sorang ni untuk menerjah kedai kat Gombak tu selepas check up.

Awal-awal pagi lagi sebelum Subuh En Suami call bagitau dia ada di port dan sedang berkira-kira nak balik. Bila bagitau Cik Yan ada appointment terus dia cakap tunggu sebab dia nak teman jugak. Maka Cik Yan lewatkan appointment tu sikit agak-agak dia leh sampai. Lega gak rasa kalau tak menggigil kot nak drive sendiri..

Dalam kul 10 lebih tu, Cik Yan call Trendy Pet, petshop kat Gombak tu dan sukanya dengar bila uncle tu cakap dia ada banyak Blackwook. Terus Cik Yan kata tunggu saya datang nanti..Tapi letak je phone, En Suami suruh turun sebab dah sampai maka kami menuju ke Ampang Puteri. Sampai je terus dapat no yang besar dan tengok-tengok Dr Ashar takde sebab attend patient Dr Fauziah yang nak discharge tapi Dr Fauziah takde. Kami pun gi la makan je kat cafe tu sebab Cik Yan tak mampu nak jalan jauh sebab keta dah parking awal-awal. Best gak lauk kat situ kena dengan selera Cik Yan dan En Suami. Kisah check up entry lain la ek..

Balik dari hospital En Suami bawak gi Subang Jaya jap sebab nak gi tempat medical supplies. Dari situ terus tuju ke Gombak dan dalam keta En Suami dah pesan beli yang kecik je makanan tu tapi Cik Yan sampai je situ terus amik yang 3kg. Royal Canin yang lama ada lagi dan uncle tu pun kata tu stok lama tapi rasa was-was dah jadi abaikan je. Dalam keta En Suami mengomel sebab Cik Yan tak dengar kata tapi kan kalau abis, sian Cik Yan nak gi beli kan...Sampai rumah terus bagi dorang makan dan sukanya Cik Yan sebab Beta makan dengan penuh selera. Nasib beli yang 3kg kan....


Oh..Cik Yan hafal jalan dah kalau kena gi beli sendiri nanti. Hari tu macam tak confident je tapi ni dah confident sikit jalan ke situ. Hehehe..Dahla uncle tu ngan wife dia sangat baik dan bagi less kat every item purchased. Jadi berakhirla kisah pencarian makanan untuk kucing-kucing kesayangan Cik Yan. Tak sangka dorang ni cerewet dan Alpha tu dapat je Blackwood terus taknak dah Science Plan.

Beta try dulu
Alpha pulak try
Alhamdulillah..kenyang dah..masa golek-golek pulak