Sunday, 6 May 2012

Kalaulah saya

Kalaula saya jenis yang teramat sombong, keras hati, sarcastic dan pentingkan diri sendiri...sudah pasti saya :

Tak berfikir panjang, terus menghentam kamu ketika luahan perasaan terhadap teman saya. Kamu tidak puas hati dengan dirinya dan meluahkan pada saya yan berkawan rapat dengan dia. Kamu fikir apa perasaan saya? Tapi saya cuma leh cakap buktikan pada orang itu awak bukan harapkan sangat duit tu..Tapi saya tengok, awak memang nak kan duit tu kan sebab cara perbelanjaan awak boros. Dua orang berciter tentang perbelanjaan awak..saya pun tengok gak dengan keadaan kesempitan wang, barang kemas, baju2 anda bertambah..

Satu hari saya pun cuba menegur anda cara halus..saya ingin memberitahu anda walaupun ada wang lebih, saya tidak terus menggunakannya kerana fikirkan apa akan berlaku atau mana saya nak cari duit jika berlaku kecemasan.Ya memang kadang kala saya berbelanja besar tapi masa tu saya pastikan semua bil rumah, duit keta, motor semua saya dah dahulukan. Tapi bandingkan kekerapan kamu membeli dengan saya...

Sejak itu, kamu langsung tidak membalas sms saya dan saya pula sentiasa mengirimkan berita, tanya khabar tapi di pandang sepi oleh kamu tapi boleh pula kamu membalas sms orang lain yang berada berdekatan dengan saya.

Kamu katakan pada saya kamu mahu tau bagaimana rupanya tiramisu itu jadi ketika masa saya lapang, saya buatkan untuk kamu dan minta orang sampaikan tapi kamu tidak langsung memberi sebarang respons..saya pula berprasangka yang si penyampai tidak menyampaikannya kepada kamu.

Jadi saya biarkan dan menyepi dari kamu tapi tertiba kamu sms saya dan bila ditanya mengapa, kamu kata ingin berkongsi masalah. Saya layankan saja kamu itu tapi rupanya kamu memerlukan saya untuk menyampaikan kepada orang tertentu kerana kau takut dimarahi..Oh..pandai pula kau menggunakan saya kan..

Pada satu ketika, sesuatu berlaku dan kamu mengatakan semua orang kisahkan dia..kamu kecil hati dan meluahkan pada saya..saya hanya boleh memujuk kamu dan meminta bersabar kerana pada ketika itu saya juga mengalami masalah yang besar..Ketika kamu hadir..saya meluahkan perasaan yang sama jugak tetapi kamu berhabisan menyokong oang itu. Ingat pula kamu akan jasanya..ingat pula kamu akan pertolongan dia..tapi mengapa tidak kamu fikirkan ketika kamu tidak puas hati dengannya.

Kalau saya tidak fikir panjang, nak tunjukkan sarcastic saya melampau-lampau, saya tidak teragak-agak lagi kerana saya seperti terasa tikaman kamu itu..Kamu cakap kamu boleh hidup sendiri, tapi kamu depan-depan saya menunjukkan kamu tidak mampu berdiri tanpa sokongan. Bila ada orang menyokong kamu, terus kamu meluahkan ketidakpuasan hati kamu.

Eh..jika saya tidak amanah..mahu saja saya bongkarkan segalanya..


No comments:

Post a Comment