Sunday 6 May 2012

Kuih Kole Kacang

Cik Yan suka sangat kuih ni dari zaman bebudak lagi tapi mak Cik Yan kata dia tak larat nak buat sebab kena kacau. Masa tu memang tak faham la sebab Cik Yan tau makan je tapi bila dah besar, dah kawin..haruslah kita mencuba buat sendiri kan..

Cik Yan jumpa resepi macam-macam ada yang mula dari asas iaitu rendam kacang hijau dan buat jadi tepung, ada yang letak pewarna la letak perisa la tapi resepi ni Cik Yan suka. Dia bebetul tradisional cuma Cik Yan tambah telur. Bila buat tu, barulah tau betapa penatnya nak kacau dia tapi hasilnya sedap sangat.

Hari tu baru buat lagi sebab tengok ada stok santan lama. Santan lama ni bukanla expired tapi bila dah lama simpan dalam freezer, bila masak mesti tak berapa sedap sebab ada masam-masam sikit. Jadi santan tu Cik Yan jadikan tahi minyak je..


Ni resepi dia..

Kuih
1 cwn tepung kacang hijau
2 cwn air gula melaka
1 cwn santan pekat (Cik Yan guna santan kotak kecik je 200ml)
1 biji telur
1 cwn air
(Notes : kalu takde telur atau tak nak letak telur, jadikan sukatan air kepada 2 cwn )

Kacau semua bahan tadi sehingga sebati dan tapiskan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan dan kacau selalu sampai jadi likat.

Apabila bancuhan menjadi likat (susah nak kacau) ratakan ke dalam bekas yang dah disapu minyak tadi..Kemudian taburkan tai minyak di permukaan kuih..

Tahi minyak
Santan pekat (ni tak pernah guna santan kotak..rasa macam tak jadi je nanti)
Daun pandan (nak bagi wangi je..tak letak pun takpe)

Masukkan santan dan daun pandan dalam kuali atau periuk dan biar mendidih..Apabila terbit minyak kacau perlahan dan biarkan seketika. Ketika tahi minyak berubah warna coklat, kacau selalu dan kemudian toskan. Minyak yang terjadi dari proses ni boleh la di sapu pada bekas nak letak kuih tu nanti.

Next time Cik Yan nak try bakar atau kukus dia pulak mengikut cara pembuatan kuih serimuka tak pun tepung talam yang mana bahan itu dipanaskan sampai berwap dan dikukus sampai masak..Takdela sakit tangan nak kacau kan..Resepi ni sikit je bayang jela kalau nak buat untuk kenduri maunya tercabut tangan kot mengacau kuih ni..







No comments:

Post a Comment