Saturday, 12 May 2012
Ragam Alpha & Beta
En Suami dah gi keje Isnin baru ni dan bestnya hari tu Cik Yan dapat amik half day. Walaupun tak ngantar sampai ke KLIA tapi okayla kan dapat tolong dia kemas barang and say good bye. En Suami kuar rumah dalam kul 3.30pm dan sejak dari tu Beta dok menunggu kat depan pintu kayu tu. Sesekali Beta akan ke balcony untuk melakukan urusannya dan makan minum kemudian terus menunggu. Alpha pulak dok melekap ngan Cik Yan sampai nak bergerak pun, dia nak ikut gak.
Bila waktu malam, Beta tak puas hati bila Cik Yan angkut bawak masuk bilik dan tidak mahu tido atas katil. Jadi Alpha jelah dok kacau tido Cik Yan dan ajak main-main dengan dia. Bangun awal pagi tengok2 mata Beta berair dan terus Cik Yan cuci mata Beta dengan ubat yang ada. Bila gi keje, Beta meluru keluar dan bagai mencari-cari En Suami. Berat hati nak gi keje tapi takkan la nak amik cuti kot..Tapi mujur petang tu balik keje tengok2 mata Beta tak berair lagi dan dia kelihatan aktif.
Bila malam tiba, tengok2 Beta main-main dengan baju kotor En Suami yang Cik Yan longgok semua di tepi bilik. Pasal baju tu warna putih, taknak dia seret2 maka Cik Yan pun angkatla baju tu letak atas sofa. Masa tu kelihatan Beta tak puas hati sebab Cik Yan amik baju tu tapi bila nampak diletakkan atas sofa, terus dia bergumpal dengan baju tu. En Suami call tanya perkhabaran dan bila bagitau keadaan Beta, dia tergelak sebab tak sangka sampai begitu sekali Beta.
Semalam Beta dok golek kat tilam lembik Cik Yan jadi Cik Yan sajala selimutkan dengan baju En Suami..terlena dia dan boleh tido dengan berselimutkan baju tu..Alpha pulak bila tengok Beta tido, dia pun nak tido gak. Selalunya memang dorang tido awal tapi midnite je bermula la aktiviti berlari-lari dan memanjat dalam rumah.
Tapi pasal Cik Yan tertido depan ruang tamu dan kul 3 lebih baru terjaga, jadi Cik Yan tak perasanla apa yang dorang dah buat dan bila di ajak masuk bilik, AlphaBET berlari masuk bilik dan terus amik port atas katil. Jadi tenanglah kami bertiga tido pada pagi tu dan sampaila time Subuh, Alpha mula mengganggu dan Beta pun start gigit jari kaki. Cik Yan solat Subuh dan AlphaBET segera gi ke balcony melakukan urusan mereka dan tengok Cik Yan duk mana lepas solat. Bila nampak Cik Yan angkut bantal ke ruang tamu, segera mereka amik port untuk golek2 gak.
Sejak Cik Yan pregnant, kami dah bertukar pasir kumbahan AlphaBET dan pasir itu kurang debu dan cepat kering En Suami cakap. Memandangkan En Suami dah gi keje, Cik Yan kenala membersihkan tempat dorang. Tawakal dan berdoa je supaya tidak memudaratkan baby. Logiknya kalau pasal takut sangat mudaratkan baby, kumbahan bertimbun, AlphaBET dalam keadaan tak selesa, kotor semua..kan dah jadi satu dosa lak mengabaikan mereka..
Gambar ni diambil ketika Cik Yan bersihkan bekas dorang dan tambah silica beads ni. Dulu guna jenama lain dan nampak seperti batu-batu kasar walaupun cantik. Kali ni guna Litter Star pulak dan walaupun harganya agak maal, tapi berbaloila dari gunakan pasir biasa tu dengan keadaan Cik Yan sedang mengandung ni kan..Gambar selepas dorang cium pasir takdela amik sebab terus sekor-sekor melepaskan hajat. Cantik kan silica beads AlphaBET, warna warni yang menarik..Harga dia RM 18.90 untuk 3 kg. Tu je saiz yang ada..
Labels:
Alpha N Beta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment