Lama dah rasa nak makan pulut kuning dengan rendang daging atau ayam tapi tak tau nak cari mana time2 keje ni. Sudahnya plan nak buat sendiri tapi bila tengok resepi tu macam banyak sangat. Watnye tak jadi camner dan kalau nak bagi jiran pun berapa banyak rendang nak kena buatkan.
Ahad lepas ajak En Suami gi Mid Valley sebab teringat dulu pernah makan kat dalam Jusco. Sesampainya kat situ tengok2 pulut kuning abis dan terus terasa sebak dan termenung jap. En Suami terus order laksa sebab dulu memang Cik Yan suka laksa tu tapi pasal masih terasa sedih, lupa nak pesan jangan letak nenas.
Bila makan laksa tu, memang takat makan jela sambil En Suami alihkan nenas2 yang ada dalam kuah tu sebab Cik Yan suka hirup kuah tu. Terasa nak nangis pun ada jadi pas makan, En Suami pun dah beli biskut Famous Amos dia, terus Cik Yan ajak balik. Dia offer makan pavlova kat Alexis pun Cik Yan tak terasa leh makan. Dalam perjalanan kuar, terus mintak dia gi Sogo sebab ketupat palas dan rendang situ menjadi kegemaran Cik Yan gak tapi bila teringat yang rendang tu kadang kala terasa seperti cili tak cukup masak terus ajak balik je. Malam tu memang takde perasaan nak makan sangat dan mujur tak lapar sebab sebelum tu pekena cendol ngan rojak mamak sedap kat tepi jalan menuju Wangsa Maju
Kat opis, email En Suami supaya belikan Cik Yan ayam. En Suami jenis tak bagi Cik Yan masak ayam dari supermarket..dia nak yang baru sembeli kat pasar atau memana tempat jual ayam kampung muda. Maka segala bahan untuk membuat rendang aya dibeli En Suami.
Balik rumah, dalam nak mencari resepi mana nak guna terus terfikir nape tak cuba je resepi Chef Wan maka bermula la operasi memasak rendang.
Ni resepi dari buku Chef Wan (Selera Malaysia).
1 ekor ayam (1.5kg)
500 ml santan cair
110 g kerisik - Cik Yan x letak, x suka
Garam
Gula
1 helai daun kunyit dihiris halus
1 genggam daun limau purut dihiris halus
Pes Rempah
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
8 btg serai dihiris halus
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
6 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
11/2 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp jintan putih
1 tbsp jintan manis
2 tbsp cili kisar
Mesinkan bahan-bahan pes dan satukan ayam, pes dan santan di dalam periuk atau kuali. Biarkan sehingga kuah menjadi kering sedikit dan perasakan dengan gula, garam dan kerisik. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan dan limau purut.
Okay, En Suami cakap resepi dalam buku ni sangat la asas dan biasa je tapi bagi Cik Yan, dan En Suami pun setuju dengan pendapat Cik Yan kemudiannya.
Pendapat Cik Yan, ramai leh masak, ramai juga tidak boleh memasak. Kadangkala kerana mereka jarang makan, mereka tidak tau ketika masak, nak buat camner untuk mendapatkan rasa rendang. Banyak resepi boleh di jumpai di Internet tetapi kadangkala itu telah ditokok tambah. Masak rendang ni bukan la pertama kali untuk Cik Yan tapi resepi ni merupakan yang terbaik Cik Yan rasa. En Suami pun siap pesan bole tak buat lagi sebab selama ni dia kurang gemar makan nasi berlaukkan rendang tapi rendang kali ini kena dengan seleranya.
Apabila kita telah berjaya menguasai rasa masakan yang sebenar, masa tu barulah kalau kita rajin, kita perbaiki lagi dan menjadikan masakan tu sebagai masakan kita sendiri. Ataupun ala biar je dan ikut je bulat-bulat kalau orang dah kata sedap.
No comments:
Post a Comment