Hari ini merupakan hari terakhir untuk hujung minggu yang panjang. Panjangla sangat sebab Khamis gi spital & Jumaat MC..tambah lak Sabtu sampai Selasa..memang panjang cuti Cik Yan.
Jadinya apa je buat hari ni? Memula nak type takde pape sebab awal2 pagi badan Cik Yan dah panas tapi bila dah tengah hari sikit sihat dah rasa. Baby Alpha lak awal2 pagi macam tak sihat jugak. Cirit birit sampai abis ekor ngan kaki2 dia. Payahla sebab Beta taknak kawan dia jadi xleh duk dalam sangkar..Kena duk dalam traveling bag yang kecik..mana nak letak pasir kan..Pandai baby Alpha ni sebab dia duk diam2 je bila Cik Yan ada pastu bila dia ngiau2 Cik Yan tau dah yang dia nak ke toilet.
Pasal tak sihat kan, jadi Cik Yan paksa dedua ekor ni tidur berdekatan Cik Yan dan lega rasanya sebab Cik Yan tergolek, dedua ekor pun bergolek..Pastu bangun makan tak ingat dunia..Alhamdulillah baby Alpha tak macam awal pagi tadi..aktif dah lompat2 dalam sangkar dia turun naik tangga..tapi kena jauhkan dari si Beta ni.
Tertiba lapar lak dan terus ke kedai bawah untuk membeli apa yang patut..Eh, ada sos spaghetti Kimball dan terus Cik Yan plan nak makan spaghetti bolognaise. Selalu memang buat dari asas tapi hari ni ada kemalasan tambahan demam kan...Jadinya Cik Yan cuma tumis bawang, cili sikit, celur/ rebus carrot..letak mince beef pastu curah sos kimball..Makanya hari ni, Cik Yan dah masak Spaghetti Bolognaise la kan...dan buat la satu..SATU je plan aktiviti dapur dan oven..
Maka, tamatlah sudah Long Weekend 21st - 24th Jan 2012 ni dengan beberapa plan yang kena fikir balik..:)
No comments:
Post a Comment