Pada tanggal 22 Januari, maka jadilah Cik Yan pembela kucing secara rasminya. Berbulan-bulan dok mention kat status dalam Facebook tapi belanya tidak sampai la tarikh ini.
Nape tertiba nak bela kan? Cik Yan dari umur 11 tahun dah membela kucing tu tak termasuk kucing2 belakang rumah yang secara tak langsung Cik Yan bagi makan masa kecik2 lagi..Dah kawin, dapat lak En Suami yang tak suka/ takut kucing lagi la tak membela..Tapi kali ni nekad membela sebab En Suami kata dia suka tengok kucing tapi taknak kucing rapat dengan dia.
Hari pertama dengan Alpha & Beta? Beta sangat aktif..asyik nak main je..siap sergah En Suami dan terpa ketika dia berjalan. Ada satu masa dia melompat ke arah En Suami..terkejut En Suami lihat tindakan Beta. Baby Alpha lak dok nak tempat yang dia leh selit badan dia..jadi Cik Yan letak je kat timbunan sofa..Alpha pandai mengikut bunyi tapak kaki Cik Yan. Terkedik-kedik dia lari. Dorang takleh tido sesangkar lagi sebab Cik Yan ngan En Suami rasa Beta sangat ganas.
Hari kedua? Beta dah mula menjelajah rumah dan suka tido kat kerusi makan. Warna dah la sama je Cik Yan tengok dah jadi macam binatang yang leh tukar warna badan dia ikut keadaan sekeliling. Masa ni Cik Yan faham dah kalu Alpha dok ngiau padahal Cik Yan tak jauh dari dia, maknanya cepat la bawak dia ke pasir..
Hari ketiga? Cik Yan sakit perut tengok2 Alpha pun sama..abih tempat tido dia dengan hasil buangan dia tu. Awal2 pagi kena basahkan badan..pastu tengok cam sedih je..menggeletar dan duk semacam je. Pasal tak sihat gak, Cik Yan paksa Alpha ngan Beta duk tido ngan Cik Yan..Bila dah kul 1 tu baru rasa segar dan tengok2 Alpha pun dah sibuk nak makan. Kali ni banyak dah dia makan walaupun tak bersuap.
Hari keempat adalah hari pertama Cik Yan bekerja dan En Suami pulak takde. Masa tu terasa yang selama ni Beta bertindak ganas bukan pasal dia nak gaduh tapi itu cara bergurau. Jadi Cik Yan letak je dalam sangkar yang sama dan letak makanan dia. En Suami dah sampai opis baru bagitau taknak Cik Yan letak dorang sesangkar..Tawakal jela kat opis tu..Lunch time berbelah bagi nak balik tengok Alpha ngan Beta..memula dah sejukkan hati ngan berfikir xde pape tapi bila En Suami kata, dia risau..terus Cik Yan meluru balik rumah. Alhamdulillah, kucing2 itu memang baik keadaannya. Petang balik keje,mereka ni selepas makan je terus bermain2 di balkoni sampai Cik Yan
terpaksa bawak masuk kerana waktu Maghrib. Lepas Cik Yan solat semua,
Cik Yan buka je sliding..dorang terus melompat tergolek2 kat balkoni tu.
Memang langsung tak hirau Cik Yan dedua ekor ni.Penat main tergolek memasing rehat sementara mengumpul tenaga nak bermain lagi.
Hari kelima pula, Alpha kena mandi sebab ada benda melekat kat bulu dan dia sangat busuk. Sebelum hidung Cik Yan jadi pape...baik bersihkan dia dari kuman2 yang ada. Kebetulan hari panas jadi cepat jugakla kering dengan bantuan Beta. Hari ni..Alpha ngan Beta nak duk ngan Cik Yan je..gerak sikit, semua bangun nak ikut. Sudahnya tidurkan dedua ni dekat2 Cik Yan sambil Cik Yan layan facebook. Lima hari ni jugak la Cik Yan tengok jelah langsir Cik Yan menjadi mangsa kuku mereka ini..Jangan dorang panjat sampai kat kain yang tak tahan tu sudah..Isk..
No comments:
Post a Comment