Tuesday, 31 January 2012

Kucing dan sarang merpati

Ada orang dok tanya Cik Yan pasal kucing2 ni. Dorang dok tanya pasal mana Cik Yan letak dorang..main2 tak jatuh ke apa ke..Almaklumla rumah Cik Yan kan ibarat tempat sarang merpati (pigeon hole)..

Balkoni rumah Cik Yan tak berpalang..dia bercermin..jadi mudah sikit la kan..kaki pun xleh terjuntai-juntai..bila kuarkan dorang dari sangkar..jadi makanan dorang pun kuar sekali lah supaya penat2 main..dorang leh makan tak pun minum air kat kawasan mainan dorang ni.


Sangkar dorang ni beroda..jadi sesuka hati Cik Yan jelah nak letak mana..wat masa ni tengah mood letak gini..masa memula hari tu letak depan sliding door jadi leh nampak dorang direct..




Kat belakang tu ada paip air..jadi senangla menjalankan proses pembersihan. Cik Yan siap letak sabun pencuci pinggan lain untuk bekas dorang. Mana boleh campur dengan kita punya kan..

Buat masa ni dorang leh ar main kejar2 kat balkoni dari hujung ke hujung..pastu penat terus terjelepuk kat atas lantai...


Tengok ni..tisu-tisu bersebaran dek kerana perangai Beta yang suka menarik tisu kelaur dari kotak. Pastu bawak main sampai lunyai gini..tu pun jadi mainan lagi tu..sudahnya badan dorang penuh ngan tisu halus.



Ni pulak Alpha dok geram nak cabut penutup tu..siap bersuara lagi...tapi sesilap dia nak tajamkan kuku dia kot..

Buat masa ni takdela tengok dorang melompat ke atas tebing balkoni tapi dah besar tak tahula kan..harapnya taklah gitu..teruk ar dorang tak dapat bersuka ria nanti macam skang..





En Suami dan Alpha & Beta

Cik Yan tengah dok environment system bila En Suami sms.

En Suami : Teka tengah watpe
Cik Yan : Main dengan baby (Alpha tu kitorang panggil baby Alpha)
En Suami : Beli wet food dorang tadi pastu ni bagi dorang makan sambil tengok dorang main
Cik Yan : Eh..nanti nak kuar camner nak masukkan dalam sangkar?
En Suami : Takpe..nanti pegang dorang guna glove motor..ok tak?

Cik Yan pun takleh cakap apa la sebab En Suami memang takut kucing tapi sejak bela Alpha Beta ni..dia semakin excited nak belai, usap kepala dorang...xleh nak bayang la kalu si Beta tu melompat kejar dia berjalan..karang kucing takde pape..En Suami pulak yang terkehel ke apa ke sebab tak boleh kucing dekat ngan dia.

Sunday, 29 January 2012

Mogok lapar kot

Hari Sabtu, seawal pagi Alpha & Beta dah berlari-lari siap langgar dan panjat Cik Yan yang tertidur di ruang tamu ni. Pastu Alpha dok ngiau2 tapi ajak tidur sama xmoh..ajak wrestling lak..hilang sudah impian nak tido lagi.

Memandangkan Alpha & Beta ni asyik makan wet food je, jadi Cik Yan decide pagi ni letak je biskut2 dorang tu. Adik opis ajar campurkan dengan wet food tapi malas la nak layan sebab a day before..masa buat gitu, boleh pulak dorang kuarkan balik biskut yang dah abis balutan wet food tu.

Pasal dah pepagi kena kejutan kuku2 dorang ni...jadi Cik Yan buat jelah keje rumah awal2 pagi tu. Memula mop lantai dulu. Cik Yan jenis terbalik..patutnya sapu dan kemudian mop lantai..Cik Yan lak suka mop dulu..bila dah kering baru sapu..Masa lantai basah tu mula la sekor2 tu tergelincir time lari-lari..sudahnya dok ngadap langsir Cik Yan.

Sudah je mop lantai, sapu semua dorang dah letih...bila Cik Yan duduk je layan tv, sekor-sekor datang nak duk atas riba ngan bahu..dah macam parrot la pulak duk kat bahu. Bila hilang letih dorang tu..mulala abih dorang lari atas sofa dan kejar Cik Yan yang nak siapkan breakfast. Bila vacuum je baru dorang lari menyorok bawah treadmill. Senang sikit keje tanpa dorang ni sebab takut terpijak kaki ke ekor dorang ni.

Masa vacuum area treadmill..Alpha buat bodoh je tak nak lari. Beta terus lompat gi kerusi makan. Cik Yan pun ter vacuum Alpha ni..Terkejut dia..nasib xde pape kan..kalu tak..apala nak jawab kat En Suami tu. Dorang mintak makan tapi Cik Yan tunjuk je bekas biskut tu..adalah beberapa ketul masuk dalam mulut dorang tu.

Bila dah siap semua keje Cik Yan...sesambil lipat baju tengok2 semua tido tergolek je. Bangun je Cik Yan nak ke toilet ke minum air ke mata Beta buka sebelah. Hilang je Cik Yan dari pandangan dia..mula dia mengekor..pastu sampai ke ruang tamu balik.dia sambung tido.

Malam tu pasal kesian sangat dorang asyik tido je..mana tau kan kekeurangan tenaga pasal tak makan banyak2..Cik Yan pun bagila wet food tu ngan susu sekali..Cheit..baru dorang makan dan sudahnya sesuka hati je dorang dok main2 lompat2 masa Cik Yan tido..Ha ah..weekend ni Cik Yan tido depan tv je sambil bagi dorang lepas bebas dalam rumah..tapi tulah..sedap2 je orang gigit kaki..cakar badan,,rambut semua..

Ni gambo dorang tido..kalu dorang jaga..payah kot nak amik gambo..






Saturday, 28 January 2012

Roda berpusing

Roda, sentiasa berpusing, sekejap kita di atas, sekejap kita di atas..Tatkala di atas, kita kena sentiasa beringat supaya bila jatuh ke bawah, kita jatuh dengan selamatnya. Pendek kata, di kala berada di atas, berbuat baikla sesama manusia tak kira berharta atau tidak.

Bila berjalan melihat permandangan atau keletah manusia, En Suami sering berciter tentang zaman silamnya. Dahulu En Suami dan keluarga hidup susah setelah berlaku perpisahan paling dasyat dalam hidup mereka. Sewaktu di kampung, En Suami menolong mencari rezeki dengan menjual/ menghantar kuih atau makanan di kedai2 makan yang ada. Ibunya pula membanting tulang bersawah padi dan juga mengambil upah memotong getah.

Setiap hari En Suami akan membuat roti canai sama ada untuk dijual di tepi jalan atau mintak pekedai makan jualkan. Ada kala laku, ada kala mereka kerugian sangat. Begitulah keadaan zaman dahulu dan kadang kala itu yang menyentuh perasaan En Suami bila menyaksikan orang yang berjualan di pasar atau memana tidak mendapat kunjungan pembeli. En Suami cakap dia telah mengalami keadaan itu dan memahami sangat perasaan memikirkan duit yang dapat di bawa pulang untuk keluarga.

Di kampung, En Suami sentiasa diperlekehkan oleh bebudak kampung yang lain. Dahulu dicerca, dihina sehinggakan bebudak kampung boleh mengejar dia yang ketika itu membonceng basikal bersama adiknya. Mereka menolak En Suami maka jatuhla dia dan adik dan yang paling dasyatnya kaki En Suami tercucuk besi yang ada di atas jalan. Kasihan bila membayangkan keadaan itu dan kesannya masih ada lagi. Bayang jelah di kampung, duit takde..sakit ditanggung begitu saje.

Cik Yan pernah menanyakan En Suami bagaimana keadaan orang yang menghina dia itu ketika ini. En Suami menjelaskan ada pada satu ketika insan itu sangat terkejut dengannya. Tambahan lagi bila En Suami dan abang memberikan rawatan yang terbaik untuk emaknya. Pasal itu la kekadang bila di rumah keluarga En Suami, pabila ada tetamu kunjung tiba, Cik Yan nak tahu sangat adakah itu orangnya.

Skang, kekadang Cik Yan rasa protective sangat terhadap En Suami. Cik Yan taknak apa yang berlaku dahulu berulang dan melukakan hatinya. Kekadang Cik Yan la over sangat kan sampai En Suami suruh Cik Yan bawa bertenang. Pasal itu Cik Yan segera je mencantas sekiranya teman dia membuat sesuatu yang membuatkan En Suami susah hati..Manusia ni, bila orang buat baik..dipijaknya kepala. Bila kita cerita impian atau keinginan kita, dipotongnya dengan mengatakan kita berangan atau menunjukkan kekurangan kita. Ada masa kita memang kena dengar nasihat tu tapi kalu nasihat di beri kerana sesuatu..minta maaf jelah..simpan saje nasihat kamu untuk keluarga kamu.

Biarla roda berpusing kerana itu lumrahnya tapi bila di atas, siapkan diri supaya apabila di bawah..kita masih lagi boleh tersenyum riang dan menikmati hidup yang mendatang dengan penuh keindahan.

Friday, 27 January 2012

Minggu terakhir Januari

Ni kira tengok tarikh dah kira minggu terakhir Januari 2012 la kan...

Jadinya weekend ni Cik Yan kenala shopping sikit untuk melengkapkan pape yang patut.

  1. Hair dryer - bila mandikan kucing2 leh ar keringkan pakai ni..tapi beli yang sesuai utk Cik Yan guna jugakla kan..
  2. Water fountain - cheh..ayat semegah..nak beli bekas minuman kucing sebenarnya..kasi dorang tertarik nak minum air..dorang tak sentuh langsung air dalam pinggan ataupun bekas dia tu..kucing kalu kurang air..mesti bulu tertanggal kan..macam Cik Yan, kurang air je mula kulit area mulut menggelupas..Air sumber kecantikan dan kesihatan kan..
  3. Roller untuk bulu - hidung Cik Yan sangat sensitif la..takkan nak vakum selalu..Cik Yan bukannya rajin sangat hal2 kemas rumah ni..
  4. Universal charger - tengok blog kawan Cik Yan..macam menarik je..Hahaha

Sok Sabtu, leh ar kucing2 Cik Yan melompat dan berlari bebas dari pagi sampai malam kan..Sian kan hari bekerja kul 7 je kena masuk sangkar sebab Cik Yan keje..

Nak makan apa ek esok..fikir2 la kot..nampak sardin rolls je..

Thursday, 26 January 2012

22nd - 26th Jan 2012

Pada tanggal 22 Januari, maka jadilah Cik Yan pembela kucing secara rasminya. Berbulan-bulan dok mention kat status dalam Facebook tapi belanya tidak sampai la tarikh ini.

Nape tertiba nak bela kan? Cik Yan dari umur 11 tahun dah membela kucing tu tak termasuk kucing2 belakang rumah yang secara tak langsung Cik Yan bagi makan masa kecik2 lagi..Dah kawin, dapat lak En Suami yang tak suka/ takut kucing lagi la tak membela..Tapi kali ni nekad membela sebab En Suami kata dia suka tengok kucing tapi taknak kucing rapat dengan dia.

Hari pertama dengan Alpha & Beta? Beta sangat aktif..asyik nak main je..siap sergah En Suami dan terpa ketika dia berjalan. Ada satu masa dia melompat ke arah En Suami..terkejut En Suami lihat tindakan Beta. Baby Alpha lak dok nak tempat yang dia leh selit badan dia..jadi Cik Yan letak je kat timbunan sofa..Alpha pandai mengikut bunyi tapak kaki Cik Yan. Terkedik-kedik dia lari. Dorang takleh tido sesangkar lagi sebab Cik Yan ngan En Suami rasa Beta sangat ganas.

Hari kedua? Beta dah mula menjelajah rumah dan suka tido kat kerusi makan. Warna dah la sama je Cik Yan tengok dah jadi macam binatang yang leh tukar warna badan dia ikut keadaan sekeliling. Masa ni Cik Yan faham dah kalu Alpha dok ngiau padahal Cik Yan tak jauh dari dia, maknanya cepat la bawak dia ke pasir..

Hari ketiga? Cik Yan sakit perut tengok2 Alpha pun sama..abih tempat tido dia dengan hasil buangan dia tu. Awal2 pagi kena basahkan badan..pastu tengok cam sedih je..menggeletar dan duk semacam je. Pasal tak sihat gak, Cik Yan paksa Alpha ngan Beta duk tido ngan Cik Yan..Bila dah kul 1 tu baru rasa segar dan tengok2 Alpha pun dah sibuk nak makan. Kali ni banyak dah dia makan walaupun tak bersuap.

Hari keempat adalah hari pertama Cik Yan bekerja dan En Suami pulak takde. Masa tu terasa yang selama ni Beta bertindak ganas bukan pasal dia nak gaduh tapi itu cara bergurau. Jadi Cik Yan letak je dalam sangkar yang sama dan letak makanan dia. En Suami dah sampai opis baru bagitau taknak Cik Yan letak dorang sesangkar..Tawakal jela kat opis tu..Lunch time berbelah bagi nak balik tengok Alpha ngan Beta..memula dah sejukkan hati ngan berfikir xde pape tapi bila En Suami kata, dia risau..terus Cik Yan meluru balik rumah. Alhamdulillah, kucing2 itu memang baik keadaannya. Petang balik keje,mereka ni selepas makan je terus bermain2 di balkoni sampai Cik Yan terpaksa bawak masuk kerana waktu Maghrib. Lepas Cik Yan solat semua, Cik Yan buka je sliding..dorang terus melompat tergolek2 kat balkoni tu. Memang langsung tak hirau Cik Yan dedua ekor ni.Penat main tergolek memasing rehat sementara mengumpul tenaga nak bermain lagi.

Hari kelima pula, Alpha kena mandi sebab ada benda melekat kat bulu dan dia sangat busuk. Sebelum hidung Cik Yan jadi pape...baik bersihkan dia dari kuman2 yang ada. Kebetulan hari panas jadi cepat jugakla kering dengan bantuan Beta. Hari ni..Alpha ngan Beta nak duk ngan Cik Yan je..gerak sikit, semua bangun nak ikut. Sudahnya tidurkan dedua ni dekat2 Cik Yan sambil Cik Yan layan facebook. Lima hari ni jugak la Cik Yan tengok jelah langsir Cik Yan menjadi mangsa kuku mereka ini..Jangan dorang panjat sampai kat kain yang tak tahan tu sudah..Isk..

Tuesday, 24 January 2012

Long Weekend 21st - 24th Jan 2012 Part 3

Hari ini merupakan hari terakhir untuk hujung minggu yang panjang. Panjangla sangat sebab Khamis gi spital & Jumaat MC..tambah lak Sabtu sampai Selasa..memang panjang cuti Cik Yan.

Jadinya apa je buat hari ni? Memula nak type takde pape sebab awal2 pagi badan Cik Yan dah panas tapi bila dah tengah hari sikit sihat dah rasa. Baby Alpha lak awal2 pagi macam tak sihat jugak. Cirit birit sampai abis ekor ngan kaki2 dia. Payahla sebab Beta taknak kawan dia jadi xleh duk dalam sangkar..Kena duk dalam traveling bag yang kecik..mana nak letak pasir kan..Pandai baby Alpha ni sebab dia duk diam2 je bila Cik Yan ada pastu bila dia ngiau2 Cik Yan tau dah yang dia nak ke toilet.

Pasal tak sihat kan, jadi Cik Yan paksa dedua ekor ni tidur berdekatan Cik Yan dan lega rasanya sebab Cik Yan tergolek, dedua ekor pun bergolek..Pastu bangun makan tak ingat dunia..Alhamdulillah baby Alpha tak macam awal pagi tadi..aktif dah lompat2 dalam sangkar dia turun naik tangga..tapi kena jauhkan dari si Beta ni.

Tertiba lapar lak dan terus ke kedai bawah untuk membeli apa yang patut..Eh, ada sos spaghetti Kimball dan terus Cik Yan plan nak makan spaghetti bolognaise. Selalu memang buat dari asas tapi hari ni ada kemalasan tambahan demam kan...Jadinya Cik Yan cuma tumis bawang, cili sikit, celur/ rebus carrot..letak mince beef pastu curah sos kimball..Makanya hari ni, Cik Yan  dah masak Spaghetti Bolognaise la kan...dan buat la satu..SATU je plan aktiviti dapur dan oven..

Maka, tamatlah sudah Long Weekend 21st - 24th Jan 2012 ni dengan beberapa plan yang kena fikir balik..:)

Monday, 23 January 2012

Long Weekend 21st - 24th Jan 2012 Part 2

Plan asal :

Aktiviti dapur dan oven (buat at least 3)

  1. Vanilla Buttermilk Cake (En Suami request)
  2. Caramel Cake
  3. Kek Pandan Lapis
  4. Spaghetti Bolognaise
  5. Mee Bandung
  6. Scones with Devonshire cream
  7. En Suami masak lagi banyak kali dari Cik Yan
Update: 
Tak masak sangat pun...baking pun tak sangat sebab lupa beli telur ngan barang2 kek yang lain. Kitorang kurang makan rasanya kali ni...En Suami tengah suka makan nasi ayam kat stesen Exxonmobile tu. Pastu Cik Yan pertama kalinya buat lempeng pisang ngan kelapa buat hidangan lewat malam (sebab tak dinner).


Housekeeping (buat at least 2)
  1. Lap sliding door - bibik hari tu lap sampai kabur jadinya
  2. Vaccum ceiling bilik tido
  3. Susun atur living hall
  4. Kemas baju duk rumah
  5. Pasang cermin utk intai sape kat luar grill
  6. Gosok baju keje untuk seminggu + hantar dobi

Update: 
Alamak..lupa langsung pasal nak lap sliding door tu...tapi yang pastinya ceiling bilik tido dan kawasan dalamannya telah selamat di vaccum..Begitu juga dengan baju duk rumah..dah kemas dah didalam kawasannya beserta berjaya mengasingkan pakaian yang elok tapi jarang pakai..elok sedekah je kan...Gosok baju lak?? esok masih ada masa kot..hahhaha.

Kalau kuar rumah (at least satu jadilah)

  1. Tengok wayang citer Mysterious Island / Underworld
  2. Cari grill pan/ ramekin/ chef torch
  3. Survey almari baju
  4. Cari tilam...(hari tu berangan nak beli tilam sultan tp rm 300 satu. dahla nak beli 3 .nak pakainya time ada tetamu atau kitorang nk duk ngadap tv sampai lewat pagi.)
  5. Pengganti langsir (ni carik idea la sebenarnya)
  6. Cari cermin nak tampal2 kat dining hall..jadi nak gi keje Cik Yan leh tengok2 muka Cik Yan..
Update: 
Cik Yan tengok dah citer Journey 2 :The Mysterious Island kat TGV Wangsa Walk. Best sangat citer ni bagi Cik Yan..Bab survey2 tu rasanya malas la..Cik Yan bawak ke plan bebila nanti..


Sebenarnya pada 22nd Jan 2012, En Suami telah memberikan Cik Yan 2 ekor anak kucing yang sangat comel. Sekor baru 3 minggu dibeli dari iklan MUDAH.com..nak jadi citer, orang pantai timur dan juga duduk berdekatan Hulu Kelang. Sekor lagi pulak dibeli di kedai Petsmore Tmn Melati berumur 2 bulan..Memula taknak beli tapi masa En Suami tanya betul ke Cik Yan taknak, kucing tu berdiri dengan 2 kakinya mengadap En Suami..Terus Cik Yan kata belila...



Jadinya dengan ada 2 anak kucing ni, Alpha Centauri & Beta Centauri, kelam kabut skit Cik Yan sebab En Suami takut kucing..tapi tak suka kucing duk dalam sangkar..Si Beta ni pulak sangat aktif melompat sana sini dan juga menangkap kaki ketika berjalan. Melompat terkejut En Suami bila Si Beta ni menyerang dia...Jenuh Cik Yan nak menangkap dan mengarahkan Beta ni jauh dari En Suami.


Yang paling sweet berlaku pada hari ni bila En Suami tertiba cakap "memanglah tak suka kucing tapi pasal Cik Yan suka, nak suka jugak dorang ni..nak belai, nak pegang jugak dorang ni tapi amik masa". Alamak...Cik Yan baru je menolak tawaran dia menaiki motor dia tu..Cik Yan cakap tak suka padahal banyak kali dia cakap dia suka kalu Cik Yan naik motor dengan dia.. Baiklah..akan disukakan la jugak lepas ni..tapi janganla time pakai heels kan..memang rasa x secure.


Ni gambo2 kucing Cik Yan..



Beta Centauri



Alpha Centauri

 

Bila tengok kecik2 dah pandai gayut kat langsir...isk..watnye dorang panjat ke part kain yang lembik dan tak tahan lasak camner..adui..En Suami lak awal2 dah cakap jangan order langsir...Kena carik rotan ar untuk 2 ekor ni..Hahhaha.

Tuesday, 17 January 2012

Long Weekend 21st - 24th Jan 2012

Ok..pada tarikh entri ini dibuat...Cik Yan dah plan apa nak buat masa cuti Chinese New Year yang panjang tu. Takde gi jenjalan jauh sebab nanti sure jalan jem dan mesti KL lengang kan. Jadi Cik Yan buat list untuk menikmati cuti panjang nanti.

Aktiviti dapur dan oven (buat at least 3)
  1. Vanilla Buttermilk Cake (En Suami request)
  2. Caramel Cake
  3. Kek Pandan Lapis
  4. Spaghetti Bolognaise
  5. Mee Bandung
  6. Scones with Devonshire cream
  7. En Suami masak lagi banyak kali dari Cik Yan
Housekeeping (buat at least 2)
  1. Lap sliding door - bibik hari tu lap sampai kabur jadinya
  2. Vaccum ceiling bilik tido
  3. Susun atur living hall
  4. Kemas baju duk rumah
  5. Pasang cermin utk intai sape kat luar grill
  6. Gosok baju keje untuk seminggu + hantar dobi
Kalau kuar rumah (at least satu jadilah)

  1. Tengok wayang citer Mysterious Island / Underworld
  2. Cari grill pan/ ramekin/ chef torch
  3. Survey almari baju
  4. Cari tilam...(hari tu berangan nak beli tilam sultan tp rm 300 satu. dahla nak beli 3 .nak pakainya time ada tetamu atau kitorang nk duk ngadap tv sampai lewat pagi.)
  5. Pengganti langsir (ni carik idea la sebenarnya)
  6. Cari cermin nak tampal2 kat dining hall..jadi nak gi keje Cik Yan leh tengok2 muka Cik Yan..
 Tu setakat ni....kalu tertiba datang idea atau nak cancel..next entri jelah..

Sunday, 15 January 2012

Saya tak suka keadaan ini!

Lately, Cik Yan selalu jadi tempat luahan perasaan dari pihak A & B. Dari situ Cik Yan belajar menyelami situasi memasing dan cuba mencari jalan penyelesaian.

Sesuatu keadaan telah berlaku...pihak C yang tak tahu cerita sebenar masuk campur. Keadaan jadi serabut dan C ni ibarat meletuskan peperangan tapi yang tidak adilnya pihak A yang dipersalahkan.

Pihak B asyik mengatakan ingin mengubah keadaan supaya pihak A akan senyap tapi Cik Yan cuma nampak kegagalan. Selama ni hidupnya diatur pihak lain dan bila dilepas sekejap, bahana menimpa sedikit. Kononnya dediam tapi jadi parah.

Bila Cik Yan berbicara dengan pihak C, Cik Yan terkepit kerana tidak dapat menceritakan hal sebenar. Bagi Cik Yan jika hal itu diberitahu, mungkin keadaan menjadi jelas pada pihak C tapi bagaimana dengan kepercayaan yang telah diberikan dari pihak A & B? Jika keadaan bertambah buruk, Cik Yan akan kehilangan mereka ataupun tidak dipercayai lagi.

Acapkali pihak B mengatakan juga yang Cik Yan tak mungkin faham sepenuhnya kerana tidak berada di tempatnya..Dia menyalahkan takdir juga kerana menjadikan dirinya susah. Tapi dari pertama kali dia ucap sampai sekarang, tidak nampak sebarang perubahan pun.

Apabila Cik Yan bercakap mengenai pengurusan kewangan Cik Yan, bagaimana Cik Yan tidak membeli apabila keadaan memerlukan duit yang banyak tertiba dia melenting dan menjadi sensitif. Bukan seorang tapi ada beberapa yang mengatakan pihak B ni rajin berbelanja dan kadangkala membazir. Dia suka membuat kek siap menjelaskan pada Cik Yan yang kawan2 di opis akan memerli jika buat kek tapi tidak dibawa ke opis. Cik Yan faham keadaan itu kerana telah alaminya tapi Cik Yan jugak buat tak peduli. bagi Cik Yan, ada rezeki, adalah dan tak perlu kawan bagi arahan untuk membawa ke opis. Belanja membuat kek sangat tinggi dan jika keadaan kita kesempitan wang, tak perlula nak buat kek. Bila susah, adakah kawan itu yang akan menghulurkan bantuan?

Kali terakhir dia cakap Cik Yan tidak berada ditempatnya, membuatkan Cik Yan menung semalaman dan keesokannya, Cik Yan beritahu En Suami yang dedua pihak itu BODOH SOMBONG! Dan pihak C yang tidak adil dalam membuat penilaian kerana lebih percayakan pihak B. Cik Yan juga bernekad, sekiranya mendapat lagi statement Ci Yan tidak berada di tempatnya, Cik Yan akan membalas. Tidak perlu lagi Cik Yan comfort pihak B dan juga akan mencabar pihak A meluahkan segalanya depan pasangan dia dan biar pihak C dengar segalanya.

Bila orang yang hidupnya kesempitan wang asyik menyalahkan takdir, dan membanding diri dengan Cik Yan yang kononnya tiada masalah...Sape diri kamu jika tidak kamu sendiri mengubah nasib. Jangan asyik menyalahkan takdir dan minta orang memahami keadaan kamu kerana kemungkinan pihak yang kamu katakan itu mungkin ada ujian yang lagi hebat tanpa kamu sedari. Kamu, diri Kamu saja yang boleh mengubah keadaan sendiri!

Thursday, 12 January 2012

Ada bibik

Rasanya lama sangatla nak kemas rumah bebetul tapi tak buat-buat. Yang penting bagi Cik Yan asalkan kawasan dapur dan meja untuk packing cupcake kemas. Selalunya En Suami bab nak kemas tahap melampau adalah kerja dia tapi dah dia sakit, kemas ala kadar jelah yang mampu Cik Yan buat.

Tadi En Suami sms rumah dah sangat kemas cuma tak mop je. Cik Yan dah macam..alamak, jangan barang-barang Cik Yan tak jumpa sudah. Balik rumah, memang nampak macam lapang je rumah tu...Dalam hati cakap begini rasanya ada bibik ek..

Ha, Bibik? Ye, kat rumah Cik Yan ada bibik sebab mak En Suami ada rumah. Memandangkan En Suami takleh angkat berat, maka bibik pun ikut sama turun KL sebab urusan perubatan mak En Suami tu.

Tadi masa Cik Yan nak mula buat kek yang orang order tu, tertiba bibik datang menjelma..Kus semangat, nasib tak pengsan tapi terasa adrenalin rush jap. Bibik datang ke dapur dengan niat nak menolong, tapi Cik Yan tak bagi dan pesan jangan masuk dapur. Heheheh.

Bila dah siap semua tu macam letih la pulak nak mengemas dan cuci baking utilities tu tapi kalu tak buat, karang diri sendiri jugak rasa tak sedap whisk ke mixer Cik Yan disentuh. Masa tu berangan jap, kalu ada bibik sendiri kononnya keje jadi mudah ketika mem baking..Cik Yan buat je kek sampai siap pastu bibik kemas dan cuci semua..Berangan kan...

Update on Cik Yan's Wishlist

Yang ni nak share...



Cik Yan tertiba call tanya kalau-kalau beg ni ada stok sebab dulu kata ada new shipment to Malaysia. Bukan la pasal nak beli sangat tapi nak try bebetul kat bahu Cik Yan. Kenapa? Sebab dulu masa ngendeng nak Neverfull yang biasa tu je, Cik Yan try sangatlah tak sedap. Tau design sama tapi degil gak kan..nak try dulu baru cakap tak beli sebab tak best.

Sms En Suami, dia cakap kalu dah rezeki Cik Yan, leh dapat gak..Cik Yan dah risau dah statement tu..buatnya dia suruh kawan yang belayar ke oversea beli kan susah..Terus Cik Yan terangkan kat dia yang Cik Yan nak merasa atas bahu Cik Yan dulu baru kata beli ataupun...beg ni tak besh..:)

Dah cakap camtu, dia ajak gi Singapore lak..Terus terbayang Transformer ride kat Universal Studio Singapore dan Kek Lapis Kak Rima..Tapi..tapi...malasla nak jenjalan sebenarnya..

2nd update lak..kan Cik Yan kata nak attend at least 5 kelas baking..ni salah satu darinya


Tapi masa nak register tadi, Bagus Solutions kata Chef cancel class..Baru berangan nak tengok betul-betul camner buat macaron ni...En Suami lak bila diberitahu terus suruh Cik Yan try and error sebab dia kata nak tengok sangat2 penyediaan macaron ni walaupun tak jadi..Menarik gak tu cadangan dia sebab nanti kan ada public holiday yang sangat panjang...

Sunday, 8 January 2012

Checklist kalu kena tahan kat wad

Entri ni dibuat dengan tujuan sebagai peringatan kepada Cik Yan yang macam tak pernah belajar dari pengalaman lalu.

Oktober 2009, pertama kalinya tidur kat spital sebab En Suami kena operate. Sebelum tu baru2 kawin pun tido gak kat spital sebab mak En Suami kena buat by pass. Beramai-ramai kami tido di bilik menunggu pastu beramai2 meramaikan surau untuk solat hajat ngan baca Yaasin..

Masa En Suami admitted pertama kali, baru je sampai dari kampung sebenarnya pastu gi spital terus kena tahan. Jadi abah datang amik dan Cik Yan balik rumah packing pape yang patut. Tu pun ada yang terlupa..Esoknya dorang datang hantar selimut, bekas air semua..

Pastu adalah 3 kali kot En Suami kena warded kat SJMC ngan Gleaneagles. Tersiksa gak sikit sebab tak buat persediaan sepatutnya. Time Cik Yan admitted lak bulan Feb 2011, masa tu senang sikit sebab En Suami kan lelaki..

Keadaan memuncak bila En Suami admitted kat Prince Court. Tersiksa jiwa raga kerana foodcourt dia sangat la mahal dan option lain yang ada hanyala Coffee Bean. Mujur En Suami yang sakit jadi makanan kat Coffee Bean tu memang kena la dengan tekak sikit. Tapi bila En Suami tersedar dari dibedah, muntah-muntah..time tu terasa nyesal nya tak buat persediaan bebetul. Sebabnya setiap kali ditahan, kami dah tau bila kena gi spital bukan tengah lepak2 tertiba sakit pastu gi spital kena tahan..Jadi kali ni (masa tu pasal suspect En Suami kena buat by pass ke, angiostand ke)..Cik Yan tekad nak buat check list.

  1. tudung yg selesa (tak kira sape sakit, hari tu sedap je pakai tudung instant yang awning lembik.)
  2. baju sejuk atau cardigan sebab leh pakai tshirt pendek pastu sarung je bila ada tamu atau doktor nak check
  3. stokin ...selalu dalam bilik sure sejuk dan yg menjaga patient ni tak sedap tido
  4. buah-buahan..pastikan ada oren atau limau dan jugak pisau. Ini kerana lepas sedar dari operation, badan xleh tima makanan sangat tapi buah tu memang akan membuka selera
  5. gamat healin..elok mkn awal2 bila sedar je dari operations pastu bila pembalut dah dibuka, sapu cepat2 kat kesan luka..
  6. maggie in cup...kekadang kita tak sempat beli makanan sebab risaukan patient..alih2 rasa lapar teramat..jadi makan maggie dan buah yang ada kira okayla
  7. air buah dalam kotak macam sunkist atau peel fresh tu..
  8. bahan komunikasi - ni tak pernah lupa...
  9. buku2 atau majalah
  10. syampu - ni Cik Yan punya kes la..hehhehe
Jadinya..harap kalu ter kena tahan kad wad lagi, Cik Yan bersedia ngan barang2 ini..Jadi takla kita menyusahkan keluarga...:P


Weekend tahun baru

Masa tahun baru hari tu kan, semua kat KL dapat long weekend kan. Punyala berangan nak isi masa dengan memasak dan baking. Hari Jumaat tu bos bagi balik awal jadi mula berangan nak masak makan malam dengan jayanya sebelum gi tengok citer Sherlock Holmes. Sampai rumah tengok2 En Suami mengadu kesakitan kat tempat operate hari tu jadi Cik Yan dok jelah ngadap dia. Jadi dinner pun tak jadi lah masak setakat gi pasar malam gi beli. Wayang? gi gak sebab time tu dia kata dah kurang sakit. Doktor yang bedah En Suami tu tak bagi makan ubat banyak2..bekalan ubat tahan sakit dia cuma untuk 3 hari selepas discharge dari wad...Tu yang bila dia aktif sikit mula terasa sakit. Kawan2 lak jenis yang dok tepon2 ajak sana sini, marah la Cik Yan..bila En Suami tak attend mula lah citer sana sini pasal En Suami..

Breakfast hari Sabtu konon la kan nak buat ala-ala western. Sebenarnya Cik Yan tak expect dia ada rumah time gini tapi dah diberi status Temporarily Unfit jadi xleh keje la kan..Kalu tak kerana selera melayu dia agak kuat, agaknya tersedia sudah omelette ngan scone. Scone lak Cik Yan berangan nak buat ngan Devonshire cream dia sekali sebab jiran ada bagi jem strawberi yang sedap. Tapi sudahnya kitorang buat mihun goreng je..tu memang lah dia suka walaupun kekadang Cik Yan bosan gak makan mihun goreng sebab kat opis memang dok breakfast mihun goreng..

Lunch? kalu sorang sah2 bakar ayam sekali ngan kentang dan sayur macam asparagus dan lobak tapi pasal dia ada, Cik Yan buat je Ikan Kerapu 3 rasa pakai resepi yang Cik Yan cari kat internet..Dulu pernah buat tapi tak ingat Cik Yan buat camner tapi yang pasti Cik Yan letak epal hijau. Resepi kali ni Cik Yan masukkan je nenas dalam tin dan hasilnya sedap bagi Cik Yan dan En Suami.

Dinner memula tak nak masak sebab terasa kenyang lagi.. Cik Yan buat creme brulee yang salah baca resepi tu tapi tu jelah kitorang dok makan time tengok tv. Jadinya macam tak la menjadi plan Cik Yan nak mengabiskan masa memasak dan baking cuma berulang buat creme brulee la sebab tak sangka En Suami suka.

Malam tahun baru tu kitorang dok tengok bunga api dari balkoni. Rasanya macam ada 4 tempat pancutan bunga api tu. Kalu tak silap mesti area KLCC sebab leh nampak Prince Hotel dan juga Dataran Merdeka..yang lagi 2 tempat Cik Yan tak dapat kenal pasti.

Hari Isnin nya kitorang gi merayap kat kedai motor untuk try jacket. Bukan apa, kat ebay tu ada masa2 pengeluar motor ni buat jualan barangan original pada harga murah..Beli kat kedai punyalah mahal tapi kat ebay ni, kita dapat harga macam kita kat UK gi kedai beli barang. Pandai sangat dah En Suami ber ebay-ebay ni siap leh communicate terus ngan owner pasal dia malas nak bid. Ada satu masa tu dia jadi the best bidder tapi bila time nak bayar boleh pulak dia negotiate jadi dapat harga lagi rendah. Tu dok tunggu helmet dia yang kena tahan kat KLIA sebab permit import barang tak dapat lagi dari Kementerian Perdagangan.

Oh lupa...Cik Yan dapat beli non stick pan dari Tefal dengan harga RM 17 je..Murah kan? Beli kat Parkson Festival City. Tu shopping complex baru tapi En Suami tak berkenan ngan parking kat situ. Dia kata rimas sebab ceiling rendah..Tapi surau dia bagusla bukan lantai semata2 tapi ber carpet macam kat KLCC tu..xlah sejuk sangat kan bila kita solat. Masa tu kitorang gi try char kue tiaw Botak kat Sri Rampai dan mee udang dia sekali..Char kue tiaw sedap sangat macam kat Malis Corner tapi bab mee udang, xleh lawan ngan Mak Jah Wangsa Walk tu. Itu adalah citarasa Cik Yan la mungkin kalu korang try, lain pandangan korang. Sape nak try Botak Char Kue Tiaw tu, gi tuju ke Old Town Sri Rampai pastu cari jalan menuju ke rumah pangsa. Kedai Botak tu cuma gerai yang didirikan atas pembahagi jalan.

Berbalik kepada non stick pan Cik Yan tu, bayar sikit pasal Cik Yan ada voucher Parkson yang banyak. Nak beli perfum tak valid voucher tu jadi Cik Yan beli la pan tu sebab nanti En Suami leh pakai. Cik Yan ni bab membeli kuali periuk semua memang suka..Nak yang canggih2 bukan pasal Cik Yan pandai sangat masak tapi pasal suka tengok En Suami menggayakannya. Cik Yan dok bising2 nak Chef Knife pun pasal En Suami la sebab En Suami pandai buat macam Professional Chef bila potong bawang ataupun ikan. Bayangla kalu ada bone knife, mesti lagi seronok Cik Yan tengok En Suami gayakannya..

Rasanya tu jelah kot yang Cik Yan dan En Suami buat weekend time baru. Kemas rumah langsung tak buat kot..Setakat make sure takde sampah atas lantai sudah..Nantilah kitorang abiskan masa buat house keeping secara menyeluruh. Nak kosongkan bilik yang kitorang letak barang2..Ni satu bilik je leh guna kalu tetamu datang..buatnya ada 2 family mana nak tido kan kalu bilik tak available..

Betul En Suami cakap bila ada cuti, tak semestinya kita kena jalan sana sini tapi yang penting kita enjoy masa bersama.



Saturday, 7 January 2012

Sabtu 7th Jan

Awal Disember hari tu, Cik Yan sebenarnya mengalami berita yang sangat mendebarkan. Masa tu rasa macam kabur sikit masa depan (fikir advance sangat)..Siap berangan jual motor En Suami sebab tak rela Cik Yan nak menanggung bayaran dia kan..Masa tu hanya sorang teman yang tau segalanya. Diala yang bagi kata semangat dan mengalihkan permikiran Cik Yan.

Kisahnya di penghujung November 2011 ketika En Suami bawak kapal, dia terasa kebas2 di tangan nya. Badan pun letih dan dada sakit. Memandangkan keluarganya mempunyai sejarah sakit jantung, maka doktor pun nasihatkan untuk dia bercuti dan mendapatkan kepastian dari doktor pakar.

Memandangkan kat opis pun Cik Yan sentiasa tengok prosedur untuk orang bekerja di platform jadi mulala Cik Yan pun mengira budget sekiranya En Suami terpaksa bercuti. Cik Yan nak tau sampai bila yang Cik Yan kena menggunakan duit simpanan. Alhamdulillah mujur dari awal bekerja dan juga ada perkongsian maklumat kewangan maka tak terasa sepit sangat. Kita ni selagi bekerja, cuba sedaya upaya untuk ada at least 3 saluran kewangan. Pertama untuk perbelanjaan harian, kedua pulak untuk digunakan di kala susah dan ketiga hanya boleh diusik sekiranya keadaan teramat mendesak. Selagi boleh, jangan kacau saluran ketiga itu.

Awal Disember, En Suami balik tapi dia gi settle kan hal rumah. To be exact, service motor dia!, settle hal keje dan juga hal belajar. Dalam masa yang sama dia gi dapatkan rawatan untuk sakit lain lak. Buat minor surgery called vericocele treatment. At first dia jumpa doktor lama dia kat Gleanegles. Doktor ni Cik Yan tak berkenan sebab dia pernah share hal En Suami kat rancangan tv dan masa tu En Suami warded under him. En Suami go for next doctor and was advised to do small procedure. Pastu doktor siap tanya kalu insurans leh cover for Prince Court, dia nak En Suami buat procedure kat sana with reason the equipment, camera sangat canggih.

 Please take note ya...kalu kita sakit, go for the best doctor pastu facilities. Some people bila tengok spital cantik terus nak gi without checking the doctor capabilities or experience. Apa la guna latest technology kalu the doctor takde capabilities yang setanding. Jangan memain..ada satu company helicopter ni..konon canggih la sangat tapi banyak la incident sebab the pilot tak familiar with the hi tech equipment dalam helikopter tu sampai signal brake pun x kenal. Heheheh.

Sampai ke penghujung Disember 2011, En Suami masih tak gi jumpa cardiologist. Sampai satu masa bila dia kata nak bawak mak dia berubat, terus sms beracun ke anak sedara dan adik ipar Cik Yan..Hasilnya En Suami cakap nak buat stress test dan terus buat appointment dengan cardiologist di Gleaneagles. Pasal dia dah lama tak exercise jadi stamina sangat rendah. Mula la pening selepas 12 minit berlari atas mesin tu tapi dia berjaya mencapai heart beat yang doctor dah set iaitu 186 sebelum berenti pening tu..Tu pun kan pasal dia sibuk ngan urusan kerja, maka dia tak tunggu doktor untuk review keputusan tu.

Jadi hari ni, gi jumpa doktor tu untuk review the result. Dato Dr Devan Pillay is the doctor recommended dan dia jugak la yang check abang ipar Cik Yan hari tu. Ni merupakan pertemuan kali kedua dimana dulu Dato di jemput ke tempat Cik Yan keje untuk aktiviti ceramah kesihatan. Sukala Cik Yan dapat borak ngan Dato tu..Alhamdulillah, kesihatan En Suami okay cuma lagi bagus kalu dia dapat tukar kepada healthy lifestyle. Bab tu Cik Yan suka sebab leh structure balik dia punya diet pemakanan, type of exercise dan rutin yang nak Cik Yan bagi kat dia. Dato bagi masa 3 bulan tapi Cik Yan sangat ambitious jadi Cik Yan target nak En Suami jatuhkan LDL dia dalam masa sebulan setengah sebab ada beberapa exercise yang Insya Allah berkesan tapi xleh mula skang sebab kesan pembedahan dia lum sembuh lagi.

Nilah berita gembira Cik Yan setelah mendapat kejutan lain pada Khamis lalu. Pada masa ini, ketika ini, Cik Yan tak suka untuk bercakap atau ber sms tentang hal keje kerana bagi Cik Yan apa yang ada skang ni lagi bermakna dan perlu diberi perhatian lebih..



Friday, 6 January 2012

Baking Wishlist

Okay..dok sibuk buat wishlist beli barangan kan...ni lak wishlist untuk projek baking. Mana tau time bawak ke opis or bagi jiran2 rasa ada pulak yang berkenan nak tempah. Naper nak buat adalah kerana nak cuba buat kek yang memerlukan kesabaran yang lebih dan ketelitian. Selalu Cik Yan kan nak yang ringkas dan cepat siap kan..apa kata Cik Yan mencuba yang lebih susah sikit. Ada juga sebahagian yang dalam wishlist ni dah pernah buat tapi nak perbaiki lagi.

Ni antara yang dah buat tapi x jadi sangat atau jadi ntah pape dulu.

Macaron - dulu buat cantik, berkaki tapi keras..ingat success tapi bila rasa the real macaron...ampun....ya ampun...jauh panggang dari api. Pastu try lagi kali kedua...macam biskut gula2 yang zaman kanak2 dulu. Kali ketiga, keempat...flat la pulak..kali kelima? ni lah nak cuba..semoga menjadi..kalu tak..beli jela sikit2 kat kedai kan..



Opera cake - Dulu buat terlebih sukatan tepung, jadinya Jaconde tu gagal. Pastu lak Cik Yan tak press dia bagi sekata sebelum proses melapis dengan ganache...Ni Insya Allah, kalu teknik menjadi, resepi sukatan yang betul...Leh buat jual..sedap tau..Hehehhe



Pineapple Upside Down - Ni pasal tertiba dulu ntah camner leh tengok satu episod penuh Desperate Housewife dan masa tu kena buat kek ni. Terus carik resepi tapi tak terbuat-buat..Ada kakak kat opis kata mak dia selalu buat..Suka bagi kakak tu rasa hasil baking Cik Yan..kenkawan dia pun best sangat..Kita ajak rasa, dorang sangat appreciate..sibuk2 pun masih sudi datang tempat Cik Yan..



Kek Lapis Pandan - Mungkin pasal dulu mak kata dia suka kek ni tapi pasal kitorang adik beradik reti makan kek coklat je, jadi dia xlah buat. Jadi dah besar ni, meh Cik Yan buat untuk mak Cik Yan kan..dah masanya kita bagi lak apa yang dorang suka kan..


Harapnya, dapatla Cik Yan mencuba semua resepi ini dan berkongsi bersama keluarga, jiran atau pun kawan opis. Pastu kalu sedap...orderlah yer..
















Wishlist 06th Jan 2012

Dalam masa dok mengenangkan berita yang mengejutkan kami terima semalam, saje Cik Yan bawak lari minda ngan fikir benda lain. Jadi hasilnya..

Another wishlist ..Cik Yan nak semua ni dan rasanya kalu ada xdelah duk dalam drawer je kan..Mesti guna gak..Hehehhe

Chef Torch

Ramekin

Sebabnya leh wat Creme Brulee dengan jayanya. Lagi semangat kerana walaupun tersilap baca resepi, En Suami sangat suka. Buatnye pun tak lah susah mana..Jadi kalu ada orang kata nak datang dalam masa 3 jam, Insya Allah leh buat sebagai dessert selagi whipping cream dan telur ayam ada di rumah.



Pastu Cik Yan nak.....

Silpat mat


Supaya nanti leh jadi seperti ini...

Tu kan macam rupa biscotti..lagi satu favourite En Suami. Satu kemestian bagi Cik Yan buat chocolate almond biscotti setiap kali dia nak gi keje. Memula satu balang kecik tapi cuma bertahan sehari je sebab dia akan makan dan makan selagi kapal tak belayar...jadi sejak dari tu, kena buat
satu balang besar yang gemuk tu dan di sumbat selagi boleh..Hari tu buatkan dia Macadamia Biscotti dan hasilnya...sah2 kena buat 2 jenis biscotti selepas ni bersama dengan sambal bilis tumbuk dia.

Total kos ni xlah besar mana kan tapi leh dipakai berulang kali, bermacam tujuan dan dikongsi bersama. Ada orang duk lah cakap kalu buat itu buat ini, bagilah dia..takpun asyik cakap nak..Satu masa tu Cik Yan cakap buat sendiri la sebab kekadang apa yang dibuat tu memang cukup untuk family je..Nak berulang tu, ikut kemampuan masa dan barangan jugak kan...

Monday, 2 January 2012

Impian 2012

Tahun 2012 ni sesaja buat wish list. Samada tercapai atau tak...tu belakang citer..heheh
  1. nak turun berat lagi 2-5 kg (lama x timbang jadi x tau naik ke tak..tapi saje je nak cuba turun berat)
  2. concentrate kat satu fund
  3. grill pan leh masuk oven
  4. periuk yang leh tos spaghetti tu
  5. pisau chef (ni bertahun tunggu, dari sorang ke sorang, ntah bila kapal jepun nak masuk)
  6. nordic bundt pan  
  7. masuk at least 5 demo class kat memana
  8. guna duit baking untuk settle strata rumah (xmoh duit En Suami)
  9. belajar satu dish yang leh makan bersama keluarga
  10. RAYURES...heheheh


Sunday, 1 January 2012

Rayures

Hari tu..kawan opis dok tunjuk satu gambo ni..Terus Cik Yan macam tergoda sikit. X citer pun kat En Suami pasal beg tu lagi sebab dia ada belikan satu beg lagi selepas beg hitam tu.

Pepagi datang keje, terbayang lak beg tu..terus sms En Suami. En Suami lak yang masa tu kat spital malas nak layan. Dia cakap takkan nak kot..Cik Yan gelak2 je sebab teringat dulu beria sangatla nak beli beg bila dengar ada sales up 70% kat beg yang berkenan. Tapi sudahnya Cik Yan x beli pun walaupun dapat green lite dari dia. Jadi Cik Yan buat kesimpulan beg yang baru berkenan ni pun mengalami nasib yang sama.

Tapi makin lama makin suka lak..terus call kedai tu. Sekali dia cakap out of stock. Bila call En Suami beritahu tentang harga dan takde stock kat Malaysia..En Suami lak gelak2. En Suami siap tanya semua special edition nak beli ke? Eh..ni macam bagi kebenaran je.

Cik Yan siap cakap nak beli pakai duit sendiri. Konon2 leh ar kan sebab dah tolak pape yang patut tapi fuh..kena marah yang amat. Ala kawan2 lain tu leh je beli sendiri..nak gak wat camtu..Ni beg yang Cik Yan berkenan tu..tak tau nape..sekali tengok macam suka..sama macam kes Stresa dulu..



Tapikan.....masa Cik Yan jadikan beg ni wallpaper Ipad..En Suami dengan muka serius tanya...betul ek nak beg ni? Cik Yan senyum lebar jelah..Mana tau ada rezeki kan..

2012

Berlalu sudah tahun 2011 dan tahun 2012 pulak perlu ditempuh. Apa ek dah jadi tahun 2011?


Awal Januari tu, Family trip (belah En Suami) ke Cameron. Sewa apartment yang x mahal tapi  boleh memasak semua. Dapat makan  scone The Olde Smoke House yang dulu cuma dengar cerita tentang keenakannya. Kira lepas lah hajat En Suami nak bawak mak dia menjengah Cameron.

Pas balik dari Cameron tu, abang ipar kena buat bypass lak..Masa tu En Suami pun start plan for lodging, financial family abang ipar yang ada kat kampung. Maka orang duk berkampung kat rumah reramai. Mujur rumah skang..kalu rumah sewa dulu, susahla nak kuar masuk bilik sebab rumah tu melalui ruang tamu kalu nak ke bilik.
.

Cik Yan lak mula la serius fikir nak baby..sebab dulu kata kalu boleh dah pindah rumah, nak baby maka gi lah jumpa doktor yang berdekatan kat rumah ni. Sekali doktor diagnose ada ovarian cyst dan perlu dibedah segera. Masa tu tergamam dah, doktor lak cepat je kata kena operate dalam sehari dua pastu lak spital kat Shah Alam. Eh, rumah Cik Yan ni banyak spital dekat2 tapi apa kes nak gi sana kan.
Jadi call GP Cik Yan dan dia advise untuk jumpa Dr Ashar di Ampang Puteri Specialist Hospital. Confirm kena operate gak tapi dia cakap settlekan la semua keje dulu dan gi bercuti dulu..tapi kalu sakit, segera datang spital..tu pesan doktor.

Februari lak Cik Yan bercuti-cuti ke Bandung. Tiket dan hotel semua dah dibeli awal2 lagi. Walaupun abang ipar baru je bypass, tapi dah condition stabil kitorang gi je..Konon la tak reti shopping kan..memang betul..En Suami la sibuk carik itu ini.. Cik Yan tau mengejar waktu makan je.Tapi best ar dapat shopping kasut kat sana. Baju2 pun okay gak dan harga taklah melampau macam kat KL ni.

Pastu Cik Yan pulak operate dan diberi cuti 3 minggu. Dalam masa 3 minggu tulah Cik Yan dah start ngan buat blog dan En Suami lak dok ulang alik ke Port Klang untuk oral Master dia. Alhamdulillah setelah 5 kali kot asyik kena cancel oral tu, En Suami dengan rasminya mendapat title yang dikejar itu setelah lama berhempas pulas belajar dan mengejar sea time dia..

Tahun 2011 jugak Cik Yan start amik order kek sesikit. Tak sangka jugak masih ada orang menempah kek2 Cik Yan. Yelah, selama dulu Cik Yan buat-buat dan panggil kenkawan makan. Pastu mana la kita nak tau sedap ke pada selera kawan kan. Alhamdulillah..pasni kena praktik opera cake. Ada dah orang nak order cuma tak confident sebab dulu buat tak betul kan..Tapi dah ada dah lesson learned dalam menjadikan opera cake tu. En Suami pun menyokong lak aktiviti amik order ni tapi biarlah berpada kan supaya Cik Yan leh lagi sesuka buat benda lain selain baking je..

Untuk En Suami lak..dahla dapat title Master kan..pastu menyimpan duit sampaila boleh beli motor dia. Jadi pada September tu, Nite rod menjadi miliknya. Banyak kisah dan pengajaran bermula dari motor ini. Kita dapat tau pandangan orang terhadap kewangan kita, kebolehan kita dan apa yang penting kami suami isteri dan keluarga saje yang tau setakat mana kami boleh bukan dari pihak luar.

Ni yang paling best dan manis. Cik Yan dipaksa belajar membawa Si Besar dan destinasi pertama adalah ke Bangi Equatorial Hotel untuk sesi THP. Time ni gak En Suami kurang puas hati kerana Cik Yan baru je lepas operate tapi ada orang buat arrangement yang dia sendiri takleh nak fulfill. Mangsanya Cik Yan yang baru je naik cuti selepas operation. Nak suruh orang lain? last minute tu, orang lain pun ada keje memasing lagi lak weekend kan masa bersama keluarga. Sejak dari tu..Cik Yan belajar kalu rasa2 kita yang jadi mangsa, baik bagitau planner dept yang kita nak buat bila dan bila..dan bukan ikut time orang yang cuma merancang tapi suruh orang lain attend.

Bila En Suami tengok Cik Yan bawak Si Besar okay je jadi dia gi keje pun tak bawak dah Si Besar. Time keje bawak Si Kecik ke LRT dan weekend Si Besar berjalan ke kedai baking provider dan balik rumah family Cik Yan. Siap ada jugak kisah tersesat 3 jam nak gi service centre Si Besar kat Puchong. En Suami lak leh gelak2 bila tau citer yang Cik Yan drive 3 jam..pencapaian terbesar tu sebab meredah hujan lebat, sesat sampai ke Damansara semua.

Kat opis lak dapat orang baru lagi termasukla orang lama yang berada di offshore. Group baru..lain ragamnya tapi seronok bila bersatu dan bersama siapkan apa yang dirancang. Segala masalah takyah sampai kat boss kot..settle sesama sendiri dan sokongan antara satu sama lain memabg best. Harap 2012 ni walaupun susah camner pun, kitorang leh work together, fun together and make us strong.

Jadinya kita lihat tahun 2012 camner pulak kisahnya nanti.