Alkisahnya, sewaktu nak try recipe vanila butter cupcake untuk En Suami, masa tulah mixer yang sedang berpusing terhenti dan terus xleh pusing dah..Tulah saat dia rosak...ketika dia sedang bertugas memutar butter dan gula..Huhu..Pehal pun tu kisah sebulan lalu..mixer Cik Yan kembali sudah..
Jadi pasal esoknya nak ber Aidil Adha, Cik Yan terus membuat Tiramisu yang bagi Cik Yan sangat sedap berbanding baked tiramisu tu..heheh. Resepi ni antara kegemaran Cik Yan kerana tidak menggunakan telur. Ada satu resepi tu lagi sangat sedap tapi agak kerisauan kerana melibatkan telur yang cuma dipanaskan menggunakan kaedah double boiler. Jadi kalu xde mixer, blender atau food processor pun boleh pakai jugak untuk memana resepi tiramisu.
Biskut tiramisu
250 g cream cheese
150 ml plain yogurt
1/2 cwn castor sugar
1/2 cwn air dibancuh bersama 1tsp instant coffee powder
1 tbsp gelatin dibancuh bersama 150 ml air
Serbuk koko atau whipped cream sebagai hiasan
Memula susun biskut tiramisu dan basahkan dengan bancuhan coffee tadi. Pukul keju dan gula sehingga sebati dan masukkan yogurt kemudian bancuhan gelatin tadi.
Curahkan atas lapisan biskut pertama kemudian ulang lagi sehingga biskut tiramisu habis. Sejukkan sebelum dihidang.
Boleh juga menggunakan sponge cake untuk menggantikan biskut tiramisu. Apa pun pastukan jangan terlebih basahkan biskut atau cake supaya tidak terlalu kembang.
No comments:
Post a Comment