Ntah kenapa lately cepat je letih jadi pas membeli barangan dapur tu leh tertido. Padahal pinggan mangkuk tak berbasuh lagi..Baju nak bawa ke spital pun tak kemas lagi. Orang dok tanya gi mana long weekend..Cik Yan leh senyum je..hal En Suami nak operate tu Cik Yan tak citer pun..Sian En Suami, kena operate di kala birthday dia menjelma. Cik Yan punyala berangan nak edible image gambo nite rod letak atas kek ice cream..Tapi dah operate ni, rasanya cake is NO NO NO kot..nanti kena cari info cara penjagaan nutrien dan diet orang lepas kena bedah..:)
Jadi pada pagi Jumaat ni, seawal 4 pagi Cik Yan bangun menyelesaikan tugasan rumah dan kemas baju untuk berkampung kat spital. Tu pun ada jugak yang macam tak cukup. Next, Cik Yan nak buat entri ala-ala checklist. 4-5 kali kot berkampung kat spital..sekali tu je Cik Yan kena tahan selebihnya En Suami..patutnya dah cukup tau apa yang perlu sangat dibawa..Harap2 pasni, dapat diperbaiki la kalu ada sesape kena masuk spital..
En Suami admitted kat Prince Court Medical Centre. Kenapa di sini? Sebabnya ketika dia berjumpa specialist di Gleaneagles, Dato' tu advise untuk buat operation kat sini sebab peralatan dewan bedah canggih dan hospital ni ada teknologi robotic. Jadi Cik Yan ikutkan saje..jangan pilih hospital kerana kemewahan wad dia tapi pilih hospital kerana kepakaran doktornya. Macam Cik Yan, untuk urusan mendapatkan anak mungkin di Ampang Puteri saje melainkan dah abis semua test tapi rezeki tak menjelma lagi. Masa tu baru jumpa doktor lain. Kenapa taknak tukar je adalah kerana doktor ni ada profile yang bagus wat masa ni.
Jadi seawal pagi dah masuk spital..jadi mula2 dah siap la nak gi opis tapi bila masuk operating theater pun dah nak dekat kul 9 lagi lak kata hari ni early release..EL jela terus..Oh...dalam risau2 kena makan gak..nanti camne nak jaga orang sakit kan.. jadi...gambar berikutnya adala pengalas perut dari pagi sampai malam..uisk..tadikan belila nasi goreng kat cafeteria dia..mak oi..harga macam kat hotel..mujur sedap..dan nasib bukan Cik Yan yang sakit..sebabnya sian la kat En Suami kalu dia x dapat makan bebetul. Macam Cik Yan nampak je Coffee Bean dah lega dah..
Ni breakfast..asalnya nak bagel n cream cheese tapi dah tunggu 30 minit stok bagel tak sampai jugak..jadi amik ni Brek 'O' Day..sedap gak..
Lunch lupa amik gambo...nasi goreng ikan masin
Dinner? abiskan nasi goreng tadi..Makanan En Suami pun sampai tapi pas makan sikit je muntah-muntah..makan je muntah..dia nak buah tapi Cik Yan lak xlah order buah sebelum tu..jenuh mencari..nape la kat spital xde jual buah siap2 potong tu..Terus call abah mintak beli buah...
Pasal dah muntah-muntah je pastu ngadu telinga berdengung, terus beritahu kat nurse..tengok2 Dato tu pun datang check En Suami jugak. Nurse cakap Dato tu kekadang kul 10 malam pun datang tengok patient..Jadi Dato mintak nurse beri ubat tahan muntah dan juga pain killer..X lama pastu abah pun datang ngan buah-buah dan sedap je En Suami makan limau..lepas dari tu, mula dia terasa sangat lapar dan mintak suapkan nasi. Cik Yan leh lupa lak ada sup tomato (ada dalam menu spital)..berselera dia hirup sup tomato tu..siap citer dulu kitorang rajin buat sup tomato ni dan kata dia lagi..balik nanti kita buat lagi ek sup tomato..Ok noted. Nanti kena cari tomato soup dalam tin tu dan masak dengan sayur2..
Masa antar abah ke kereta, Cik Yan singgahla membeli makanan peneman di waktu malam. Alhamdulillah, masa suruh En Suami rasa bagel yang disapu cream cheese, tekak dia leh tima..abih separuh bagel tu dia makan..lega rasa..harapnya kenyangla dia..teruk muntah tadi...Dan..kerana letih dan perlukan sesuatu...inilah dia caramel machiato Coffee Bean..(teringat dulu masa abang ipar operate kat Gleaneagles, Cik Yan request Caramel Machiato kat DOME..supervisor tu pun sian tengok mata Cik Yan bengkak terus arahkan staff dia buat dan charge ikut harga latte ke apa..
Chicago Cheese Cake - IR Nimi kata sedap..saje nk try alang2 kat Coffee Bean kan,, |
Kalu dapat breakfast kat Coffee Bean, suka amik set ni..tak sangka En Suami leh tima.. |
No comments:
Post a Comment