Sunday 4 December 2011

Opera Cake

Kek ni merupakan antara resepi yang Cik Yan nak cuba dari awal tahun ke pertengahan tahun. Ala, ada Cik Yan citer dalam entri terdahulu pasal list yang Cik Yan nak try by this year. Tu pun lepas tengok2 balik rasanya ada 2 jenis kek yang mungkin ditukar kepada kek lain kot.

Camner tertiba nak try kan..sebabnya Cik Yan nak tau keupayaan mixer Cik Yan selepas dibaiki. Kek ni ada 2 beberapa proses iaitu dimulakan dengan menyediakan 2 jenis ganache, Jaconde ataupun Kek Sponge Almond, meringue dan last proses melapis.Jadinya bila tengok meringue menjadi sangat cantik...nampak la mixer tu kembali beraksi seperti dahulu.

Bahan untuk Jaconde:
Bahan A
7 biji kuning telur
100 ml mentega cair
100 ml fresh milk
100 g tepung kek
200 g serbuk badam


Bahan B
7 biji telur putih
170 g castor sugar
1/4 tsp cream of tartar

Memula buat..Cik Yan tersalah sukatan tepung..Elok2 kata tepung 100g je, Cik Yan letak 200g. Sudahnya bahantelur kuning tu jadi cam biskut la pulak..Jadinya meringue tu, Cik Yan just buat soft peak je..nak cover balik kesilapan tu..hehhehe.



Coffee syrup (larutkan bahan)
1 tsp instant coffee
3 tbsp air panas
1 tbsp castor sugar


Chocolate Ganache
250 g dark cooking chocolate
200 ml whipping cream

(Panaskan cream menggunakan kaedah double boiler sehingga tepi berbuih dan tutup api sambil masukkan coklat. Kacau sehingga sebati dan simpan semalaman di dalam peti sejuk. Apabila ingin digunakan, pukul ganache sehingga kembang.)

Coffee Ganache
250 d white cooking chocolate
150 ml whipping cream
1 tsp coffee emulco

(Panaskan cream menggunakan kaedah double boiler sehingga tepi berbuih dan tutup api sambil masukkan coklat dan coffee emulco. Kacau sehingga sebati dan simpan semalaman di dalam peti sejuk. Apabila ingin digunakan, pukul ganache sehingga kembang.)

Cara membuat Jaconde

Cik Yan gunakan 2 loyang 10X14"...

Memula pukul kuning telur, susu dan mentega sehingga sebati diikuti tepung dan juga serbuk badam. Gaul rata dan ketepikan.

Di dalam bowl yang lain, pukul telur putih sehingga berbuih sedikit kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan last sekali cream of tartar. Pukul sehingga bertanduk atau bila terbalikkan bowl tu, telur tak jatuh..

Kemudian masukkan meringue ke dalam bancuhan tepung tadi dan kaup balik hingga sebati. Bahagi dua adunan dan tuangkan ke dalam loyang tadi.

Bakar selama 15 min pada suhu 200C (atau ikut oven memasing yer). Apabila kek masak, biar sejuk sebelum dipotong 3.

Langkah terakhir...

Amik selapis Jaconde tadi dan di renjis bancuhan coffee tadi. kemudian sapukan chocolate ganache tadi. Letak lagi selapis dan renjiskan bancuhan coffee kemudian sapukan coffee ganache pulak. Ulang sampai abis dan simpan dalam fridge.





Next time bila buat, nak tekan2 Jaconde ni dulu la sebelum melapis..Nak mengulang tapi serbuk badam dah abis..jadi Cik Yan tunggu jelah..leh bawak gi opis..First round sudah pastinya di bawa pulang ke rumah family..

No comments:

Post a Comment