Tuesday 20 December 2011

Kek Buah Kukus yang sangat sedap....

Jumaat lepas balik Merlimau, Melaka..sebabnya kakak sepupu kawin. Pasal dah dibesarkan dengan dorang, jadi tak kekok bersama mereka walaupun arwah ibu bapa mereka dah tiada.

Tapi tak nak citer details dalam entri ni..tapi nak citer keenakan kek buah kukus D'Home Classic.

Tengok gambar dari blog pembuat kek ni jela ek sebab Cik Yan lupa amik gambo kek depan mata. Tak puas makan time tu sebab katanya untuk hidangan tetamu majlis jadi setakat makan apa untuk bagi tekak rasa je. Pastu kami semua yang duk dapur tu cam terkulat-kulat jugak sebab semua dah bawa ke meja tetamu. Cik Yan sajela gi meja tetamu sesambil tengok pinggan kek buah ni tapi abis jugak..

Kek buah kukus ni sangat sedap. Resepi ni je yang Cik Yan leh makan, resepi lenlain mulala tersekat kat tekak pastu mula sakit tekak ke atau batuk2. Sangat sedap dengan buahnya, kelembapannya dan juga gula hangus nya..Nak suruh Cik Yan buat? Cik Yan tengok resepi je la sebab dulu pernah belajar dari arwah mak andak Cik Yan...Belajar pun takat tengok je..time bebudak..mana yang nampak leceh tu..harap maaf..Tapi skang? Beli jela kat blog ni..

http://dhome-classic.blogspot.com/2011/07/kek-buah.html






Cik Yan tau akan ada sesetengah orang kata mahal...tapi yang rajin membuat atau membayangkan cara membuatnya berdasarkan resepi mesti terasa berbaloi. Bukan senang yer, dah la nak pukul telur..pastu buat gula hangus lagi..pastu silap masuk..nanti tepung masak pulak time letak gula hangus yang panas tu..kalu terhegeh-hegeh pulak mula lah gula hangus mengering..Pastu last sekali..sabar mengukus...silap gaya..wap air kukus pulak rosakkan permukaan kek..Jadi pendek kata...beli jelah...


No comments:

Post a Comment