Sunday, 24 April 2011

Penantian Itu Satu Penyiksaan.

Camner..gempak tak title..Hahaha.

Penantian itu satu penyiksaan sekiranya kita tak manfaatkan masa menanti tu kan. Dalam kes Cik Yan bukan la besar sangat tapi nak blogging kan..hentam jelah pape.

Cik Yan dapat order utk RVC lagi lewat malam. Nama pun lewat malam jadi takleh ar nak buat kan..Karang terganggu lah jiran2 Cik Yan. Jadi Cik Yan kenala buat pepagi Ahad ni kan sebab nak masuk peti ais lagi..kan Cik Yan nak balik rumah family lagi, org nak amik hasil order lagi..

Cik Yan target dalam kul 9.30 am kira okay la tu. Time orang dah ramai2 exercise kat taman bawah rumah Cik Yan. Heheheh. Jadi Cik Yan ada masa yang banyak ni sementara menunggu tiba waktunya. Bila kita harapkan sesuatu masa, memang kita akan rasa lambatnya masa berlalu kan. Kenala Cik Yan mengalih pemikiran ke blog jap dan kemudian lari atas mesin ngan buat pilates..Harap2 cepatlah masa yang dinanti tu sampai.


No comments:

Post a Comment