Minggu ni kan yang bermula dari 4th April 2011, Cik Yan asyik kena berdiri lama je..tapi bukan le tetiap hari.
Hari berdiri Cik Yan bermula pada 05th April dimana masa tu LRT ada masalah teknikal. Memula masa naik kat stesen Taman Melati memang Cik Yan dapat duduk..siap tidur lagi tu..pastu bila buka mata kat Tmn Melati jugak lah Cik Yan terpaksa bagi tempat duduk Cik Yan kat orang lain..Bukan apa, Cik Yan membayangkan keadaan Cik Yan jika mengalami keadaan yang sama.
Punyala lama LRT tu nak bergerak..asal bergerak laju tapi bila berenti kat stesen sangat lama. Tapi dalam berdiri tu pun sibuk dok ber FB dengan kenkawan yang mengalami nasib yang sama..Sampai satu masa kaki sangat sakit, nak cramp pun ada..Mulala Cik Yan risau karang nanti terjatuh ke apa ke..malu kot...Cik Yan pun mulala angkat kaki sikit dan buat strecthing hujung kaki tu..wah..best tul..pastu Cik Yan henjut kaki Cik Yan (ok gak kasut Cik Yan pakai hari tu..tinggi tapi bila Cik Yan buat exercise tu tak nampak ketara pada pandangan orang lain)..
Lepas tu..hari berdiri lama yang kedua pada minggu ini adalah ketika Cik Yan bersama kawan menunggu saat untuk bergambar dengan Anuar Zain. Lama tau..Cik Yan tengok jam rasanya mahu 2 jam lebih tu. Dan sekali lagi kasut tinggi jugak Cik Yan pakai..Sampai satu tahap Cik Yan beratur dengan kaki ayam..Best rasa bila dapat tanggal kasut tu. Cik Yan terasa macam kasut tu lagi tinggi dari kasut Cik Yan pakai hari Lrt rosak tu..Dahla ada tali belakang..terasa macam melecet je tapi Alhamdulillah takde apa.
Dan hari berdiri lama terakhir buat masa ni adalah pada hari ini 08th April. Awal pagi Cik Yan mesej bagitau kawan opis yang Cik Yan masuk lambat sikit pasal Cik Yan nak gi bank. Sekali sampai kat bank tu punyalah panjang beraturnya..Beratur tu bukan pasal nak ke kaunter tapi untuk amik nombor giliran. Cik Yan siap2 isi form dulu pastu gi copy IC kat kedai KK Mart Tmn Melawati tu..Bila dah kena beratur di cuaca yang panas, terasa lah agak pening sikit. Cik Yan pun terus sms bagitau kawan tadi yang Cik Yan amik cuti terus..
Cik Yan beratur dari kul 8.30 kat Bank Rakyat tu dan pukul 11 baru dapat nombor..Pastu nombor giliran Cik Yan pulak untuk sesi petang. Cik Yan pun balik la rumah dulu buat apa yang patut kat rumah dan tido jap sebab pening giller..Kul 2 gi balik bank tu dan lagi sekali kena berdiri tapi kali ni berdiri dengan bebas sebab kerusi menunggu penuh. Nak dekat kul 4.30 tu barulah nombor Cik Yan naik dan urusan pembelian pun berjalan dengan selamatnya. Hepi tu sebab satu wishlist Cik Yan dah boleh pangkah..
Oleh kerana dah ada kat Taman Melawati tu..Cik Yan pun menyinggah kat Bakery Solution untuk membeli apa yang Cik Yan rasa nak beli (takyah bagi detail lah kan)..Kalu boleh rasa macam nak beli je semua2 yang Cik Yan pegang tapi Alhamdulillah takde lah Cik Yan buat perangai gitu..
Saje nak type sini..masa Cik Yan kat kaunter bank., orang kat sebelah dengan penuh kelembutan pada wajahnya, bertudung labuh menengking suami dia dalam tepon..Terkejut kami semua..Pastu tak lama suami dia datang minta maaf. Dia pun marah2 suami dia tanpa mengendahkan kami yang ada situ..Suami dia minta maaf and bagitau yang dia sakit perut pasal tu tak tunggu sama isteri dia tadi. Isteri dia dok mengulang lagi untuk sekian berapa kali ntah. Masa tu terasa je nak cakap bagusnya suami Puan, dia rela puan marah dia in public. Cik Yan tak rasala En Suami akan memberikan reaksi yang sama seperti itu kalau Cik Yan buat gitu kat public..Naik suara sikit pun Cik Yan dah mendapat renungan tajam apa ntah lagi Cik Yan buat gitu..Carik nahas kot...
No comments:
Post a Comment