Monday 25 April 2011

Japanese Souffle Cheese Cake

Dedulu Cik Yan suka buat kek ni. Bukan dulu je sampai skang yer. Walaupun dia cheese cake, tak terasa sangat keju dia. Dah tu punyala lembut sampai Cik Yan ibaratkan gegula kapas yang melt in your mouth tu (perumpamaan Cik Yan, korang jgnla telan bulat2 lak). Kalu cheese cake biasa, Cik Yan cuma leh makan dalam sepotong je tapi jenis ini adalah SANGAT BAHAYA kerana boleh makan dan makan sampai habis. Tapi satu je yang buat x best kek ni adalah dalam oven naik bukan main tinggi. Bila dah tutup oven, lelama dia mendap dengan sekata sehingga separuh ketinggian dari yang kita lihat di oven..

Jadi ketika xde benda nak buat, Cik Yan cari lah review on this cake dan terjumpa resepi yang ini. Cik Yan pun cuba dan nampak menjadi. Bila bagi kenkawan opis rasa, dorang kata sangat sedap. Siap ada yang cakap hampir macam cheese cake beli kat miki san kot nama kedai tu yang dekat ISETAN tingkat 3 tu..

Sesape nak try ni resepi dia :

Bahan A

250g cream cheese
50g butter
100 ml fresh milk
6 biji kuning telur - pukul sedikit
1 tbsp jus lemon
1/4 tsp garam
60g tepung superfine/ tepung kek
20g tepung jagung

Bahan B

140g gula castor
6 biji putih telur

Cairkan cream cheese, butter dan susu menggunakan kaedah double boiler. Bila dah cair, biarkan adunan keju itu sejuk dahulu. Kemudian masukkan campuran tepung, kuning telur, garam dan juga jus lemon ke dalam adunan keju tadi. Guna whisk dan kacau sehingga sebati.

Di dalam bekas yang berlainan pukul telur putih sehingga berbuih kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga menjadi meringue ataupun soft peak..Kalu rasa musykil dengan istilah ni, maknanya pukul telur putih sehingga dia stiff. Cara nak check dia adalah bila terbalikkan bekas tu telur putih tak jatuh dan boleh jugak nampak macam tanduk satu (heheheh).

Kemudian masukkan keseluruhan bahan A yang telah sebati tadi ke dalam bahan B dan kacau lagi sehingga sebati. Cik Yan memula guna mixer pastu guna kaedah kaup balik.

Tuangkan ke dalam acuan dan bakar menggunakan kaedah bain marie atau steam bath pada suhu 160C selama satu jam. Kaedah bain marie atau steam bath kaedah di mana acuan berisi adunan kek tadi diletakkan ke dalam tray yang berisi air. Air tak perlu banyak memadai dengan sukatan 1/4 dari acuan kita tadi.

Oh ya peringatan..ketika nak buat putih telur, sila pastikan menggunakan bowl yg sesuai yer kerana 6 biji telur putih akan memenuhkan bowl anda apabila dia dah start kembang. Adunan ini sangat banyak okay...

Kek ni takkan hangus tau walaupun terlebih waktu sebabnya kaedah ini mengawal suhu di dalam oven. Tapi atas jelah leh jadi hitam kan kalu pakai api atas bawah. Jadi apa yang Cik Yan buat adalah dengan menggunakan tray untuk cover api atas. dalam masa 10 min nak masak tu baru alihkan tray atas tu untuk bagi atas kek kelihatan coklat2 sikit. Kalu pakai aluminium foil pun boleh tapi berdasarkan pengalaman, kelihatan kek tu macam tak bebas nak meninggi..Hehehe

amik gambar masa dia meninggi

menggelapkan permukaan kek

turun sikit je lps sejuk

hasilnya di dlm bekas 10" X 5.8" X 3"
 
Cik Yan suka akan tekstur dia..

Nak order? letak comment atau sms atau inbox Cik Yan yer kenkawan..heheh

No comments:

Post a Comment