Base cheese cake :
1/4 cwn butter di cairkan
25 pcs oreo di tumbuk atau kisar halus
oreo.. |
oreo yang dah dihancurkan..Cik Yan tumbuk je |
butter cair |
Bahan ni di satukan dan tekan atas bekas kek nanti. Lagi bagus kalu pakai bekas spring foam tu..senang tanggal. Jangan tekan sgt yer nanti susah nak potong kek nanti..Pastu simpan dlm fridge jap sambil kita buat isi dia pulak. Oh ye..korang boleh jugak pakai biskut marie ke atau memana digestive biskut..Resepi asal pakai biskut marie je..
tuang butter cair atas oreo dan gaul. pastu letak atas bekas |
Filling :
500 g cream cheese
1/2 cwn gula kastor
2 biji telur
1/2 tsp vanila
1 tbsp lemon juice - x nak letak pun xpe..
Pukul keju tadi dengan gula sampai sebati pastu masukkan vanila, telur dan juga lemon juice tadi. Pukul sampai kembang tapi jangan terlebih pukul lak. Agak2 nampak perubahan keju tu jadi bersinar terus kita tuangkan ke atas bekas yang ada base oreo tadi.
Bakar pada suhu 170C selama 30 - 40 min. Jangan ikut sangat timing ni sebab oven kita semua tak sama..Jadi selepas 15 - 20 min, check tengah kek tu dah keras belum. Mana tau ada orang pakai oven yang sangat power kan.
Ini lah hasilnya..
Biarkan dia sejuk dlm fridge sebelum di makan (kalu blh bersabar lah)..Cik Yan xnak potong dulu sebab konon nak bagi Kakak Cik Yan tengok sebab hari ni birthday dia..
No comments:
Post a Comment