Saturday, 30 April 2011

Minggu terakhir di bulan April

Minggu ni Cik Yan sangat buzy...bukan takat keje opis..kat rumah pun banyak keje. Ahad tu kan Cik Yan baking menyiapkan apa kenkawan tempah. TQ kenkawan....Cik Yan buat biscotti dan juga Red Velvet Cupcake. Malam Cik Yan buat kek keju kegemaran Cik Yan dan juga yang buat kawan Cik Yan, Ms M suka..Cik Yan bawak gi opis dan panggil kenkawan rasa. Yelah dah ada bawak, share la sesama kan..rezeki kenkawan la tu..dalam bagi orang rasa, dapat lak tempahan untuk kek tu..Hahahah. Cik Yan suka..

Jadi pada minggu ni Cik Yan bz dengan membuat kek Coklat Donna Hay tu, Red Velvet Cupcake la Red Velvet cake la dan yang paling penat kot adalah membuat Japanese Souffle Cheese Cake ni. Kalu ikut kos lebih kurang je macam Red Velvet tu tapi penat dia, kesabaran dia lagi tinggi kot. Berdebar2 pun ada setiap kali buat kek ni sebab takut dia jatuh bila sejuk, takut x cukup masak..Ada sekali tu, kek tu Cik Yan buat separuh adunan dan ketika dalam oven dia naik setingginya dan merekah macam kuih apam beras tu. Adeih sedih rasa tapi Alhamdulillah ok gak. Jadi kakak yang telah membeli kek itu, sila la bagitau rasa dia sama jugak ke macam memula tu?

Bila kita buat benda yang sama dalam sehari, Cik Yan dapatla idea sikit kan camner nak bakar Japanese Souffle Cheese Cake kalu ada banyak order dalam sehari. Cik Yan tau dah keupayaan Cik Yan. Penat tau, balik keje, solat2 semua sambil siapkan bahan kek dan juga keje rumah..pastu buat kek ni berterusan sampai tengah malam..Jadi lepas ni Cik Yan kena merancang dengan betul la dalam menerima tempahan..Dahla gi keje naik lrt..takut je terjadi pape kat kek2 tu...

Kalu ada yang pelik nape tertiba Cik Yan baking for money..sebenarnya Cik Yan sedang mengalami mood baking yang SANGAT RAJIN..tapi x larat la kot free selalu..ongkosnya tinggi setiap kali membuat tu..Orang kata nak bersedekah pun ikut kemampuan kita kan..jadi bila Cik Yan open for order, Alhamdulillah ada yang sudi..jadinya sementara tengah rajin, apa salahnya dapatkan extra income..mana tau lepas ni Cik Yan boleh pulak bosan tgk mixer, duk dapur semua..Cik Yan tukarla hobi lak kan..terbayang nak mengait..mana tau pasni leh jual hasil mengait pulakkan sesambil duk tv leh buat ..hahhaha


Monday, 25 April 2011

Japanese Souffle Cheese Cake

Dedulu Cik Yan suka buat kek ni. Bukan dulu je sampai skang yer. Walaupun dia cheese cake, tak terasa sangat keju dia. Dah tu punyala lembut sampai Cik Yan ibaratkan gegula kapas yang melt in your mouth tu (perumpamaan Cik Yan, korang jgnla telan bulat2 lak). Kalu cheese cake biasa, Cik Yan cuma leh makan dalam sepotong je tapi jenis ini adalah SANGAT BAHAYA kerana boleh makan dan makan sampai habis. Tapi satu je yang buat x best kek ni adalah dalam oven naik bukan main tinggi. Bila dah tutup oven, lelama dia mendap dengan sekata sehingga separuh ketinggian dari yang kita lihat di oven..

Jadi ketika xde benda nak buat, Cik Yan cari lah review on this cake dan terjumpa resepi yang ini. Cik Yan pun cuba dan nampak menjadi. Bila bagi kenkawan opis rasa, dorang kata sangat sedap. Siap ada yang cakap hampir macam cheese cake beli kat miki san kot nama kedai tu yang dekat ISETAN tingkat 3 tu..

Sesape nak try ni resepi dia :

Bahan A

250g cream cheese
50g butter
100 ml fresh milk
6 biji kuning telur - pukul sedikit
1 tbsp jus lemon
1/4 tsp garam
60g tepung superfine/ tepung kek
20g tepung jagung

Bahan B

140g gula castor
6 biji putih telur

Cairkan cream cheese, butter dan susu menggunakan kaedah double boiler. Bila dah cair, biarkan adunan keju itu sejuk dahulu. Kemudian masukkan campuran tepung, kuning telur, garam dan juga jus lemon ke dalam adunan keju tadi. Guna whisk dan kacau sehingga sebati.

Di dalam bekas yang berlainan pukul telur putih sehingga berbuih kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga menjadi meringue ataupun soft peak..Kalu rasa musykil dengan istilah ni, maknanya pukul telur putih sehingga dia stiff. Cara nak check dia adalah bila terbalikkan bekas tu telur putih tak jatuh dan boleh jugak nampak macam tanduk satu (heheheh).

Kemudian masukkan keseluruhan bahan A yang telah sebati tadi ke dalam bahan B dan kacau lagi sehingga sebati. Cik Yan memula guna mixer pastu guna kaedah kaup balik.

Tuangkan ke dalam acuan dan bakar menggunakan kaedah bain marie atau steam bath pada suhu 160C selama satu jam. Kaedah bain marie atau steam bath kaedah di mana acuan berisi adunan kek tadi diletakkan ke dalam tray yang berisi air. Air tak perlu banyak memadai dengan sukatan 1/4 dari acuan kita tadi.

Oh ya peringatan..ketika nak buat putih telur, sila pastikan menggunakan bowl yg sesuai yer kerana 6 biji telur putih akan memenuhkan bowl anda apabila dia dah start kembang. Adunan ini sangat banyak okay...

Kek ni takkan hangus tau walaupun terlebih waktu sebabnya kaedah ini mengawal suhu di dalam oven. Tapi atas jelah leh jadi hitam kan kalu pakai api atas bawah. Jadi apa yang Cik Yan buat adalah dengan menggunakan tray untuk cover api atas. dalam masa 10 min nak masak tu baru alihkan tray atas tu untuk bagi atas kek kelihatan coklat2 sikit. Kalu pakai aluminium foil pun boleh tapi berdasarkan pengalaman, kelihatan kek tu macam tak bebas nak meninggi..Hehehe

amik gambar masa dia meninggi

menggelapkan permukaan kek

turun sikit je lps sejuk

hasilnya di dlm bekas 10" X 5.8" X 3"
 
Cik Yan suka akan tekstur dia..

Nak order? letak comment atau sms atau inbox Cik Yan yer kenkawan..heheh

Sunday, 24 April 2011

Penantian Itu Satu Penyiksaan.

Camner..gempak tak title..Hahaha.

Penantian itu satu penyiksaan sekiranya kita tak manfaatkan masa menanti tu kan. Dalam kes Cik Yan bukan la besar sangat tapi nak blogging kan..hentam jelah pape.

Cik Yan dapat order utk RVC lagi lewat malam. Nama pun lewat malam jadi takleh ar nak buat kan..Karang terganggu lah jiran2 Cik Yan. Jadi Cik Yan kenala buat pepagi Ahad ni kan sebab nak masuk peti ais lagi..kan Cik Yan nak balik rumah family lagi, org nak amik hasil order lagi..

Cik Yan target dalam kul 9.30 am kira okay la tu. Time orang dah ramai2 exercise kat taman bawah rumah Cik Yan. Heheheh. Jadi Cik Yan ada masa yang banyak ni sementara menunggu tiba waktunya. Bila kita harapkan sesuatu masa, memang kita akan rasa lambatnya masa berlalu kan. Kenala Cik Yan mengalih pemikiran ke blog jap dan kemudian lari atas mesin ngan buat pilates..Harap2 cepatlah masa yang dinanti tu sampai.


Saturday, 23 April 2011

23rd April 2011

Pagi Sabtu yang indah setelah 4 hari bekerja (mc sehari minggu ni)..Bangun pagi dikejutkan dengan panggilan En Suami bertanyakan perancangan pada hari ini. Cik Yan cakap plan nak pergi beli barang baking kat Taman Melawati je memandangkan nak siapkan tempahan yang ada dan juga try new recipe. Target nak siapkan semua pada hari ini memandangkan esok hari kan nak balik rumah family Cik Yan,

Maka agak2 kedai tu dah buka Cik Yan pun segerala keluar rumah tapi sebelum tu singgah gi basuh Kecik kat tempat cuci keta tak jauh dari rumah Cik Yan. Tempat tu belakang2 tu Cik Yan tengok ada kawasan perkampungan jugak.. Nak cuci sendiri mana nak carik air kan..dah tu takkan nak angkut baldi pastu ulang alik amik air kan..dan lagi macamla rajin sangat kan..Kecik tu yang buat Cik Yan tak puas hati pasal cermin dah berdebu sakan..konon nak lap sendiri tapi asyik tak sempat je (Malas la tu kan)..jadi mandila dan lapla satu badan Kecik tu. Besar takpe..hari tu dah mandi kat Cherating..



Cik Yan pun menuju ke Bagus dan terus amik apa yang ada dalam list Cik Yan. Best giler sebab dapat menikmati permandangan pelbagai jenis kotak cupcake & cake. Cik Yan amik gak bekas aluminium kecik2 tu lecehla nak masuk adunan dalam kertas yang dah letak dalam muffin tray tu..Nama je muffin tray tapi Cik Yan istilahkan tulah bekas cupcake kalu nak pakai kertas biasa2 tu..



Cik Yan beli gak tapak kek tu..manalah tau ada orang nak order kek yang ada krim tu kan..jadi bawah dia alas kayu. Tapi serius, frosting Cik Yan mmg perlu dimaafkan..Cik Yan akan cuba sedaya boleh supaya x teruk melampau tapi nak jadi tahap kedai kek tu lum lagilah ek. Ni pun dah intai2 schedule belajar buat frosting, mana tau time2 tu Cik Yan free kan..

Jadinya serius ni.kalu nak order RVC, silalah..sesapa yang banyak kali try kek Cik Yan, boleh gak order yang Cik Yan letak dalam list tu..

kotak utk cup cake 6 biji & 12 biji


Selepas membeli belah kat Bagus tu Cik Yan menuju ke Jusco Alpha Angle sebab nak cari ketam. Semalam masa memborong kat pasar malam xde pun..Sampai sana beli kopi dan terus ke supermarket dia. Alhamdulillah ada ketam. Amik la 2 ekor ngan ikan pari..Sampai rumah kemas2 barang shopping, solat Zuhur dan terus masak. Hasilnya Ketam Asam Pedas. Not bad yer..


Thursday, 21 April 2011

Tewas akhirnya




Dari hari Selasa badan Cik Yan memang dah terasa lemah tapi Cik Yan masih lagi bekerja. Sebabnya asal bangun pagi untuk solat Subuh, Cik Yan boleh terbayang kalu tak gi opis, leh gi Jusco Alpha Angle untuk membeli groceries. Kira tu nampak sangat malas nak gi keje kan. Selasa dan Rabu Cik Yan bekerja dengan keadaan sejuk di opis, mengantuk dan cepat bosan. Bukan takde keje tapi ntah nape rasa letih sangat nak berfikir..Nak berjalan ke tempat kawan pun rasa malas.



Hari Selasa tu memang malam sebelum tu Cik Yan dah makan ubat selesema sebijik dan itu jela yang terakhir ada kat rumah ni. Panadol pun takde. Memula plan masa lunch nak tido tapi member ajak lunch. Jadi Cik Yan pun plan la nak redeem kupon Cik Yan dalam kul 3 ke kan..tapi boleh pulak dah beratur tertiba Cik Yan terfikir agak2 minum kopi ni buat Cik Yan sakit tekak tak..buat Cik Yan muntah tak..jadi terus cancel dan naik opis.

Hari Rabu mulala ngantuk amat penangan ubat tu tapi kat opis Cik Yan lawan ngan air favourite kat San Francisco Coffee "Caramel Cappucino". Time tu tak fikir pape pun..Kira macam Cik Yan dah sihat la kan..Tapi petang tu hujan lebat la pulak..Payung opis Cik Yan tertinggal kat rumah. Banyak kali Cik Yan terlupa nak bawak balik opis (kat opis satu payung, kat keta satu payung). Silap Cik Yan jugak, kawan nak bagi pinjam payung dia tapi Cik Yan cakap kalu pinjam, sampai sudah la Cik Yan tak bawak balik payung Cik Yan tu..Jadi tumpang separuh jalan menuju ke LRT. Konon la macam kuat kan..meredah hujan yang x berapa lebat masa tu.

Hasilnya pagi tadi bangun dengan badan sangat panas dan takleh pikir apa..nak tido je..


Tu confirm Cik Yan sakit dah tu..terus mesej kawan Cik Yan. Jadi nilah hasilnya..


Wednesday, 20 April 2011

Order la

Rasanya banyak dah Cik Yan mencuba resepi dan berkongsi hasilnya bersama kenkawan sampai satu tahap nampak muka Cik Yan tanya pasal kek..xpun bila lama tak bawak..dah ada bertanya naper lama x bawak..

Jadi pada kali ni..apa kata sementara Cik Yan rajin ni kan..korang order kek2 Cik Yan..biskut tu tunggu raya la kan tapi kek korang leh makan sesuka hati kan..Tapi kalu nak order Biscotti tu okay gak sebab senang membuatnya..Hahah.

Cik Yan sukala kot dan Insya Allah sangat confident nak buat dan jual hasil2 ni :


Basic Baked Cheese Cake



Japanese Souffle Cheese Cake (yg ni korang harus ingat..kek akan mendap yer)

Marble Cheese Brownies

Choc Brownies with nuts -xde ar gambo

Choc Cake 2 layer tu ngan cream cheese (tapi mintak mahap yer..Cik Yan plan nak sapu krim tengah ngan atas je..takmoh keliling)



Almond Biscotti (with cocoa or plain)    dan last sekali..HEHEHEH




Red Velvet Cake/ Cupcake




Memandangkan resepi Cik Yan tu memang sikit je amaun jadi Cik Yan charge per recipe la yer..bukan ikut berat ke atau size yer..Kira dapat la modal untuk Cik Yan memberi rasa lagi hasil baking yang lain kan..okay tak??


Cik Yan pada pagi ini 20th April 2011

Ni jelah yang dapat Cik Yan gambarkan..


Tuesday, 19 April 2011

Cold n Flu




Semalam kan pepagi tu hujan tapi time nak gi keje xdela hujan. Cik Yan x drive ke lrt sebabnya jalan basah, brek Kancil mcm x mkn je. Si Besar lak sgt besar jadi dah lambat payah nak parking yang senang nak kuar nanti (alasan..i kan takut drive..hehehe). Dalam taxi tu (pool taxi yer) ada awek tu siap dah bersapu tangan dan batuk2. Cik Yan dah terasa gatal2 hidung tapi Cik Yan bayangkan sebab bedak baru Cik Yan tu..Pastu yang buat dup dap dup dap gak sebab Cik Yan missed makan Vitamin C ngan Gamat Healing Cik Yan. Seharian tu okay je kat opis siap Cik Yan melepak pas keje ngan kawan yang datang dari Kemaman tu kat KLCC.

Tapi bangun pagi tadi Cik Yan x sedap badan..memandangkan Cik Yan kunci jam kul 5.30 jadi Cik Yan tido balik dan bangun dalam kul 6..still badan macam x sedap je. Tapi gi gak keje. Dalam train tu memang tido jela sepanjang jalan. Sampai opis okay pulak time breakfast. Sebab lately makan mesti tak abis even amik sikit..dah bosan kot ngan menu yang sama setiap pagi..

Buat keje cam biasa tapi rasa ngantuk amat. Jadi Cik Yan menunggu jelah lunch time untuk tido..Hehehe..tapi kawan pulak ajak makan. Cik Ya pun terpaksalah kuar time lunch dengan plan gi redeem kopi San Francisco dalam kul 2 ke atas. Serius giler ngantuk sampai kat meja makan tu pun rasa nak tido je tapi sian lak kawan Cik Yan kan..hehhee

Lepas solat Zohor Cik Yan pun turunla nak gi redeem coffee tu tapi boleh pulak dah beratur tu tertiba rasa macam xleh tima je kopi ni..Sah dah Cik Yan nak demam, lelangit pun start gatal2 jadi Cik Yan x jadilah redeem. Yang bestnya pada minggu ni buy one free one. Ada 4 flavor tak silap tapi tu nantilah esok lusa..Buat masa ni tekak seperti xleh menerima dan harus dijaga supaya x batuk teruk..

Balik rumah duk rehat jap boleh pulak nak makan RVC, Kek Coklat Hazel semua tu..mood baking ada lagi tu tapi bila fikir balik karang nak mengemas semua tu kan..cancel la niat..nama pun demam, Cik Yan rehat jelah dulu..

No Doubt - Don't Speak

Missed her so much..

We use to be a gud friend....

Sunday, 17 April 2011

RVC Lagi

Semalam Cik Yan buat lagi Red Velvet..tapi kali ni cake..Jadi nya Red Velvet Cake..hari tu tu Red Velvet Cupcake..pape pun still RVC la kan..Sila refer entri yang terdahulu la kalu rasa2 nak resepi tu. Sama je resepi Cik Yan guna untuk kek ni..

Resepi ada kat sini


Cik Yan jadi suka lak kek ni. Betul En Suami cakap bila buat sendiri mungkin Cik Yan suka. Dulu kan 2 kali orang bagi Cik Yan makan tapi Cik Yan takde rasa suka pun. Cuba bagi Cik Yan choc indulgence..confirm makan banyak2..hehheh

Memandangkan 13th April hari tu anniversary utk mak dan abah, jadi Cik Yan buat kek ni sempena nak celebrate la kan. Jadi tengok jelah gambar yer..

Ringan je kek ni tau..sementara nk tunggu sejuk

Frosting time

Saje tabur coklat cadbury parut

Setelah dipotong

Red Velvet Cik Yan



Comel kan...nak order? blh je..Hahahah

Saturday, 16 April 2011

Sakura song

Zai, teringat ko nyanyi lagu ni time masa kat Japan dulu..KO tengah sakit tekak kot..2nd song yang aku ingat sangat lagu First Love, Utaka Hitaru

Para-Para Sakura

Boleh jadi exercise kan...tapi Cik Yan payah nak hafal step..

It's My Life


Mesti perasan kan nama blog Cik Yan "It's My Life". Tau nape Cik Yan pilih title tu? Sebab nya :
  • antara lagu yg Cik Yan nyanyi first time masuk karaoke kat Nagaoka Jepun tahun 2004
  • lagu pilihan selain dari You're Still The One by Shania Twain. Cik Yan masuk 3 tempat karaoke masa kat Japan. Memula kat Nagaoka, Osaka dan juga Tokyo
  • Cik Yan memang minat lagu ni dari form 4

16th April 2011

Pagi tadi lepas solat subuh badan dah terasa panas, En Suami pun cakap kalu demam, x larat xyah lah antar Si Besar. Memandangkan hari tu pun Cik Yan pernah pening tapi sampai juga ke Bangi, jadi Cik Yan fikir naper tak try je kan gi Puchong tu..Siapla Cik Yan menghafal map dalam otak semua. En Suami pun bagi hint2 semua.

Memandangkan keta2 Cik Yan berwarna merah, jadi amik feel pakai baju merah, tudung pun asas merah..hehheeh

Sebelum bergerak, Cik Yan isi minyak Besar penuh2..Heheheh. Pastu berjalanla kami menuju ke Bukit Jalil. Semua yang En Suami pesan tu memang jumpa tapi semua penasihat Cik Yan citer pasal takat sampai ke simpang menuju je Puchong je. Sampai satu jalan tu Cik Yan blur..Hujan turun dengan tertiba dan sangat lebat. Mujur Cik Yan memang dah tau lampu, wiper semua kat mana (Cik Yan kan penakut)...

Maka Cik Yan pun ikut jela jalan Cik Yan sendiri tapi tak jumpa gak..Cik Yan call Tan kat Auto Pacifica tu..dia kata jauh lagi tu..jadi Cik Yan pun berjalan lagi menuju ke highway yang nampak tulis Puchong..Pastu pusing sana sini..tol sana sini..Cik Yan rasa banyak kali dah siap leh melepak tepi jalan IOI Puchong tu..Pusing dan pusing dan pusing..siap sampai ke Kelana Jaya lagi tu, setelah mencuba beberapa kali, tanya orang tepi jalan semua tapi tak jumpa gak..Pada percubaan terakhir tu, Cik Yan menuju pulang je..Mujur isi minyak penuh2 kan

Cik Yan pun balik jelah tapi memandangkan sangat lapar Cik Yan pun singgah AEON AU2 untuk breakfast. Sebabnya kan gas kat rumah dah abis..jadi kalu balik masak pun sure amik masa sementara nak tunggu orang antar gas kan. karang gastrik lak.

Jadinya Cik Yan melepak di Starbuck, sempat gak tengok Aquarium AF9 tu..kat mana dorang solat ek..Open je tengok..Seperti biasa di Starbuck dan jugak hujan yang lebat, maka Cik Yan beli fav drink Cik Yan Caramel Machiato panas pastu pasal lapar kan kata amik la Chicken Pie. Pastu amik magazine baca sambil melepak..Hehehe



Selepas itu, shopping barang masak pulak. Cik Yan beli ikan dan ayam, sayur takat labu kundur je..Cik Yan kan bukan penggemar sayur..karang beli tak termakan kan rugi. Jadinya kalu nak makan sayur baru beli sikit2 kat kedai bawah tu. Avocado dicari, jumpa tapi cari Plum tak jumpa..Isk..Isk..Yang best bila shopping kat Jusco ni adalah boleh dapat pelbagai size telur..kalu baking, size L memang menjadi pilihan dan semestinya yang mengandungi Omega 3. Too bad buttercup dan cream cheese takde stock..baru ingat nak beli banyak2..

Cik Yan antar mesej kat abang ipar dan juga En Suami. En Suami segera call. Gelabah Cik Yan..bila citer semua pastu dia cakap sebenarnya takyah gi pun takpe sebab benda2 penting dia dah tukar hari tu cuma hari ni nak pasang plat baru ngan check spark plug. Aiyo..baru nak bagitau details ek..3 jam tu Cik Yan berlegar2 di atas jalan raya di dalam hujan lebat lagi..dan kelaparan lagi.

Ramaila kat fb cakap pasal GPS..Ye kenkawan, saya akan dapat GPS special made for Lancer insya Allah pada birthday saya atau anniversary kami atau pada birthday En Suami (lama tu, sebab stock limited). Hadiah dari abang En Suami yer. GPS tu siap ada camera lagi untuk memudahkan parking konon pasal Cik Yan kan baru berjinak2 dengan si Besar ni dan masih penakut kan..Pastu nanti kalu ada orang call, satu keta leh dengar sebab ada bluetooth ngan speaker sekali..Jadi tunggu jelah..

 
En Suami antar mesej2 yang mengatakan dia x sangka Cik Yan cuba ke sana, melawan ketakutan Cik Yan semua tu siap gurau konon masa 3 jam atas jalan tu serupa gi Kemaman..Em..em..En Suami, Karak tu corner2 lah..Cik Yan tak suka..Pastu dia cakap nak bagi hadiah..wah..suka Cik Yan..

Kalu Cik Yan tukar kereta kan..sure kereta tu lagi kerap kena gi servis kan..Mungkinka ini nak mengajar Cik Yan supaya jangan mintak keta lain..Cik Yan suka la pulak keta ni..pertama kali tu suka bukan warna merah..tapi macam ada warna merah je..Tapi kalu Cik Yan kena servis dia kat memana ke apa ke..baik Cik Yan mintak rumah je..sah2 Cik Yan suka duk rumah..




Friday, 15 April 2011

Hari ni 15th April 2011

Chewah..title macam ada sesuatu yang besar je..Padahal Cik Yan tak tau nak letak title apa sebab nak citer kelakuan Cik Yan pada hari ni..


Pagi tadi dimulakan dengan breakfast nasi ujan panas..memula masa dapat email semalam ingat dorang sesaja buat camtu. Cik Yan bayangkan itu translation kepada nasi lemak panas. Okaylah jugak..Cik Yan ni pantang nampak ayam masak merah, dan kali ni memang sedap..daging dia masak apa ntah pun okay gak..acar dia pun sedap.



Lunch time, Cik Yan ajak kawan gi KLCC sebab nak cari bedak muka. A day before dah citer kat kawan yang keje Kemaman. Dia ada suggest dan juga pesan supaya pilih bedak yang sesuai..Oh ya..bedak asal Cik Yan, Maybelline Mineral tu dah x jual lagi dah..Tu yang mencari yang lain..

Jadinya lunch time ke KLCC dengan tujuan mencari mineral loose powder..Sebelum tu selingan..ntah pape bas Rapid tau..xleh tima cash dah..kena pakai T&G..buatnya orang sesekali turun KL naik bas kan dah susah..Ada setengah negeri mana ada T&G kan..kita je kat KL segalanya Touch & Go..

Sampai di Estee, kawan Cik Yan tanya beli lipstick ke..Terus teringat Cik Yan memang nak sangat lipstick cocoa color..Apa lagi ushar la jugak..Memula dia bagi warna yang sangat pekat..kalu pakai Cik Yan terasa seperti Vampire jadi reject sebab En Suami x kasi pakai color gelap2..Pastu bagi satu color ni..menarik tapi bila pakai macam lipstick yang Cik Yan ada jadi reject..And last sekali dapatla yang menarik hati Cik Yan..



Pasal bedak pulak..since Cik Yan memang dah kata nak mineral loose powder, jadi xde issue sangat. Cuma pilih mana yang sesuai ngan warna kulit Cik Yan je. Memula tu nak terbeliak gak mata dengar harga dan tengok sample dia tu. Ingat besar tu je tapi harga mahal..Nasib dia tunjuk bekas besar..Lega tengok..

Masa dia suruh update tel Cik Yan kat kertas merah dia tu..Sales person tu tanya pakai mascara tak..Of course la pakai..my favourite tu..Jadi dia bagi free mascara yang size kecik. Cik Yan suka kecik sebab senang bawak travel kan tapi Cik Yan tinggal kat beg telekung opis je..Kira lepas solat leh la ber mascara lagi kan..Hehehe

Pastu Cik Yan masuk ke Isetan atas tu..Konon nak tengok macaron sambil beli roti2 utk alas perut..Sekali nampak cream cheese lebih murah dari yang Cik Yan beli kedai pakistan bawah rumah ni..Cik Yan pun amik dua kerana skang Cik Yan seperti gila membuat Red Velvet Cake...Sampai masa bayar, dah siap2 duit tengok2 harga cream cheese tu dapat diskaun lagi..dari kena bayar RM 23..Cik Yan cuma bayar RM 19.95 je..Isk..kalu tau Cik Yan amik lagi buat stok banyak2 dalam fridge..Sekarang mood baking pun tengah ada kan..Mana tau korang nak order ke..okay gak kan..Hehehe

Pastu Cik Yan mencari Vitacare untuk Gamat Healing yang dah abis tu..Ni masuk botol ke 4 Cik Yan minum sejak operations. Alhamdulillah gamat ni x menjadi penyumbang kepada uric acid yer..Dah terbukti.. Berdasarkan latest medical report Cik Yan..

Jadi ni lah hasil tangkapan pada hari ini. (guna term kakak kat opis).



Cik Yan jugak sangat excited nak tunjuk jumlah yang tergores ni kat En Suami. Almaklumla barangnya 2 je tapi harga serupa belanja dapur 2 minggu rumah Cik Yan (termasuk barang kek)..

Okay la tu kan..kalu ada yang kata Cik Yan belanja mewah, saje nak bagitau Cik Yan asyik shopping barang dapur je..tu yang bagi kenkawan makan kek kan.Untuk benda2 ni memang jarang..Cik Yan juga jarang e shopping apa ntah lagi ke kedai ber shopping baju ke accessories ke handbag ke..jadi okay la tu bila sesekali Cik Yan berbelanja lebih kan..

Thursday, 14 April 2011

Red Velvet Cupcake



Alkisahnya Cik Yan takdela kisah sangat pasal kek ni. First time dengar namanya pun pasal kakak kat opis bagi rasa..Rasa gitu-gitu jelah..Pastu ada si adik kat opis ni lak dapat kek ni dari kawan dia..Dia suka sangat pastu nampak muka Cik Yan  dia mintak Cik Yan buat..Em..em..Owh..tidak..Cik Yan x buat..Pastu ada satu hari tu dia beli dan suruh Cik Yan rasa..Still Cik Yan tak suka juga kek tu dan tidak mendatangkan minat untuk membuatnya..


Cik Yan baca kat fav blog Cik Yan. Kakak ni pun sama dia xnak buat kek ni sebab bagi dia macam leceh..x sedap lah semua tu tapi bila dia buat, dia sendiri rasa sangat suka dan husband dia cakap patutnya dari dulu lagi dah buat..Kira sedap sangat la tu kan...

Ada satu ahad tu lepas tengok Junior Master Chef, Cik Yan tengok rancangan DC Cupcakes and again dia tunjuk pasal Red Velvet..Jadi ketika Cik Yan bershopping sakan di Bagus Bakery Solution, Cik Yan membeli barang2 yang kononnya boleh menjadikan kek ni..


Resepi asal ni sebenarnya berbentuk kek tapi memandangkan Cik Yan nak bawak gi opis and I dont like you potong kek 2 tingkat pastu jatuh... Jadi Cik Yan letak je dalam bekas muffin..


Resepi ni Cik Yan amik dari blog Rima..


1 1/4 cwn tepung gandum (Cik Yan guna self raising flour pastu ayak sebelum diayak dengan bahan lain)
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp garam
Ayak ketiga-tiga bahan ni (kiranya tepung tu 2 kali lah kena ayak kan)


1tbsp cocoa powder
1 tbsp pewarna merah
Ni kita jadikan macam paste..Cik Yan tambah jugak 1tbsp air..


1/4 cwn butter (57-60 g)
3/4 cwn gula
1 biji telur
1/2 tsp vanila
1/2 cwn butter milk (kalu xde, campur 1/2 cwn fresh milk dan 1 tbsp cuka/  air lemon)
1/2 tsp cuka..(Cik Yan guna Apple Cider)
1/2 tsp soda bicarbonate


Pukul butter dan gula hingga gebu..kemudian masukkan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan vanila dan juga paste tadi..Dan lagi..pukul sampai sebati..

Cocoa powder+red coloring+water

butter+sugar+egg



Kemudian masukkan tepung dan butter milk secara berselang seli dan pastikan mula dan akhirnya adalah tepung. Contoh Tepung-susu-tepung-susu-tepung..
the mixture
Dalam bekas yang berlainan, bancuh cuka dan juga soda bicarbonate dan masukkan ke dalam bancuhan tepung tadi. Kaup balik menggunakan spatula. Bakar pada suhu 175C selama 50 min atau pun sehingga lidi atau besi tak melekat lagi..


Macam Cik Yan amik masa 15 min sebab pakai muffin tray kan...

into the oven..


Resepi asal frosting dia camni..


125g cream cheese
50g butter
110 icing sugar
1 cwn fresh cream/ whip cream (pukul sampai dia stiff tau)


Pukul cream cheese ngan butter sampai gebu dan masukkan icing sugar..kemudian kaup balik whipped cream dengan spatula..pastu sapulah atas kek/ cupcake tu..


Tapi memandangkan Cik Yan malas nak mengadap whip cream tu..jadi Cik Yan gantikan whip cream dengan 1 tbsp apple cider. Hasilnya sedap jugak bagi Cik Yan..



dlm tupperware nk bwk gi opis

Yg Cik Yan mkn

Jadinya Cik Yan sangat puas hati dapat buatkan kek ni untuk adik tu..kawan2 yang merasa pun kata sedap. Jadi Alhamdulillah..dapat kita nikmati bersama kek ni..maknanya dapat kita gemuk bersama-sama... HAHAHAHA