Previous entry citer pasal apa yang nak makan dan dapat kan..this time bukan takat makanan je, kita rojakkan dia..
Nak makan buah berangan dari Genting Sempah..sedap tau buah berangan beli kat situ lagilak harga dia pun ok..
Rasanya last makan masa 01st May 2012, on the way to Kemaman antar Bibik untuk mak En Suami..Jadi masa dia balik kampung hari tu dah pesan awal2 nak makan tapi tengok2 dia bertolak dari kampung agak lewat pastu dok lepak Kemaman lak sampai lewat malam jadinya tak dapatla buah berangan. Dia janji dalam tempoh 24 jam Cik Yan akan dapat gak tapi still tak dapat gak sebab dia ada urusan lain bila sampai KL. Sian i kan......yang kat KL tak best..dah beli dah..tak sama..
Mangga pipi merah.. ni dah lama kot mencari dari dia tengah keje sampai la dia gi keje balik. Katanya nak mintak kawan Kerteh carikan tapi rupanya on the day dia sampai Kerteh baru nak cakap padahal kalau bagitau awal2 ntah2 ada rezeki kat pasar malam Kerteh tu..Ni nak nangis masa gi pasar Keramat dengan harapan adalah..mujur tak meleleh kuar air mata..tapi takdela sampai sakit perut kan..my baby sangat memahami kot..hehhe
Cik Yan suka la sangat tengok My Kitchen Rules. Satu hari tu, Leigh ngan Jen buat sotong sumbat lantas Cik Yan terbayang Ketupat Sotong. Sebenarnya Sabtu sebelum tu kawan En Suami ada offer nak tak ketupat sotong tu tapi Cik Yan taknak. Mana la nak tau tertiba je tengok tv terus rasa nak dan segera beritahu En Suami di kampung.
Masa letak status kat FB, ada kawan bagitau gerai berdekatan di Residence Inn Paka boleh tahan ketupat sotong nya jadi pesan kat En Suami. Tapi masa dia dalam perjalanan tu, dia meminta sepupunya drive dan dia tido keletihan sudahnya terlepas Paka sedar2 dah sampai Kemaman. Memang la boleh patah balik tapi memandangkan dia ada urusan lain, Cik Yan kata biar jelah. Ketika puasa ke 2 tak silap kami singgah ke pasar Keramat dengan niat nak makan ayam percik sekali sambil jenjalan tu ternampak gerai jual sotong ketupat ni tapi rupanya seakan kucing bunting menunggu hari...langsung tak nak la beli.
Ni bukan makanan tapi kisah keta pulak. Cik Yan nak la sangat keta ni sebab nya tahun 2009 Cik Yan dah tengok concept car dia tapi tak kuar2 yang betul. Semasa kami tersuka akan X90, kami pun berkunjung ke show room Volvo dan di situ mata terpandang kepada volvo S60 2012 putih. Canggih tu sebab dia leh membantu alert ke perlahan kan keta kita jika mengesan kenderaan lain dalam jarak 30m. Leh parking sendiri (mesti ada gadjet dia tu) dan yang pasti En Suami dok cakap Volvo ni keta yang utamakan safety dan terus Cik Yan rasa sesuai kerana Cik Yan tak pandai drive sangat dan bila ada baby harus leh berhati-hatikan. Tapi sayang harganya sangat tinggi pastu lak tempoh kejatuhan harga dia sangat cepat..Rugi tu En Suami cakap. Lagi satu lak dia tanya confirm ke Cik Yan akan drive selalu dengan keta ni kalau dia usahakan? Ops..tang tu x berani confirm..sudahnya tengok jelah dan utamakan niat membeli Sunway Montana tu..
No comments:
Post a Comment