Friday 3 August 2012

Saya nak makan dan Alhamdulillah saya dapat..

Em..selera makan tak pernah menjadi masalah sepanjang tempoh kehamilan ni. Walaupun pada 4 bulan terawal berat menurun je tapi sebenarnya dok makan je. Mungkin kadar metabolisme menjadi tinggi ataupun kerana makin banyak makan buah, jadi sistem pencernaan jadi sempurna kot..

Memula hari tu teringin sangat nak makan pulut kuning dengan rendang daging tapi tak dapat sebab dah abis. Masa tu nak nangis je rasa tapi lepas tu takde mencari dah. Tapi bila gi makan kat La Cucur KLCC, tengok2 ada rezeki..


Pastu teringin sangat nak try Pavlova Alexis. Tapi sedihnya bila call Alexis The Gardens & Great Eastern, dah abis. Memang nangis masa tu sampai kena marah ngan En Suami sebab katanya macam esok takde. Sudahnya malam tu sakit sangat perut dan mc keesokan hari. Tapi still rasa sakit perut sebab makan ayam mc donald yang pedas amat tu. Esoknya..dapat Pavlova Alexis..tapi takdela sedap mana pun rupanya. Sejak dari tu, walaupun En Suami offer nak beli, Cik Yan cakap takpe..Lagi2 skang dah pandai buat sendiri..lagi sedap kot..


Pastu nak makan laksa kat Warong Soto Berlada


Nak makan pulak pulut mangga,.request kat En Suami yang tengah keje cakap nak makan kat Ayuthayya takpun Chakri Palace tapi bila tengok resepi macam senang, buat sendiri je dan lagi puas.


Pastu asal gi Sogo je mesti terasa nak beli ketupat palas dengan rendang dia..Best..


Beberapa kali gi makan arab dan asyik terasa nak makan fahsa tapi risau tak abis..tapi satu hari tu dapat jugak..Puasnya rasa makan dengan arabian bread.


Lupa lak, awal puasa sibuk je nak roti john..tapi macam2 hal nak membeli..beratur panjang la, isi ntah pape la..tu belum lagi jumpa penjual ber tatu..tapi dapat gak memula kat Pullman..pastu kat pasar Ramadhan Setiawangsa


Nak sangat makan char koay teow Malis tapi bila En Suami selalu citer camner koay teow ni serap minyak yang banyak terus pendamkan je tapi satu hari tu tak tertahan dan terus mintak En Suami belikan buat lepas rasa..

Pastu last sebelum En Suami gi keje, Cik Yan mintak roti naan makan dengan ayam tandoori..

Masa gi pasar Ramadhan Greenwood, ada ternampak laksa terengganu/ pantai timo tapi En Suami kata dia buat lagi sedap. Tak terbuat pun sebab Cik Yan taklah beria tapi bila dia gi keje je terus rasa nak. Alhamdulillah masa mintak kawan dia belikan, kawan tu cakap wife dia akan buatkan..Terharu rasa..


Dapat je laksa tu mulala sibuk nak makan laksa johor ngan laksa sarawak..Tang laksa johor tu macam eh wat sendiri je tapi ntah bila rajin la..Plan je lelebih tapi jalannya ntah bila.



No comments:

Post a Comment