Friday, 31 July 2015

Alleycats - Andainya aku pergi dulu

Appreciation






Kadang2 kita lagi mudah nak cakap Thanks pada orang lain banding dengan pasangan kita. Tanpa disedari, pasangan kita rasa menjauh kerana kedudukan kita yang tinggi, berkawan dengan insan yang bertitle, tahap jutawan dan lebih mencari orang lain ketika sunyi dari pasangan sendiri yang kadang kala merindui saat2 bermesej tanpa berkisahkan keluarga..maksudnya it is just you n me and imbas kenangan zaman citer yang baik2.

Kadangkala ketika keje..kita dapat call dari pasangan tapi kita cuma tanya "Ha kenapa..Dah call mesti ada pape" (kadang kala dengan nada kasar).. macam mana ketika itu..merupakan yang terakhir anda terima atau u r looking forward for it?

Wednesday, 29 July 2015

Lone Ranger

Ada orang kata baik lone ranger..ada freedom.

Allah, let fulfill the wish..cabut nyawa insan2 yang berada disekelilingnya supaya dia boleh terbang tinggi tanpa batasan. Supaya dia boleh mengecapi kemewahan dengan insan2 yang disukainya.

Berikan la dia merasa kenikmatan lone ranger seperti yang sentiasa dia ucapkan..cabut nyawa insan2 HALAL yang sentiasa mengharapkan kasih sayangnya kerana sesungguhnya seperti dia terbeban dengan mereka itu.

Saturday, 25 July 2015

English Vinglish lagi

Rasa tak puas nak citer pasal English Vinglish lagi.

Dalam satu part, suami Shashi, ketika tamu memuji keenakkan laddu Shashi, dia menjawab Shashi was born to be a laddu maker. Shashi dan anak buahnya terkedu dan anak buah tu ketika dapat berseorangan bersama Shashi berkata bahawa makciknya bukan born to be a laddu maker.Suami Sashi pandang remeh pada apa yang Sashi adukan dan asyikla dengan keje dia kan..Jadi pada ketika dia terasa kelainan Shashi, ada pulak Laurent (French guy) barula dia terasa kepentingan isterinya. Sashi pun banyak kali kata dia bukan nak macam2 cuma nak kehormatan..nak rasa diri dihargai.

Itu yang biasa HOUSEWIFE rasa...Nabi Muhammad SAW selalu tekan..zahirkan kasih sayang melalui perbuatan dan perkataan. Jangan asyik nak kata cari rezeki sebab sayang anak isteri tapi luahkan juga..buat rasa mereka tu penting..biarla nak kata ayat yang sama setiap kali luah..

Dalam citer ni Sashi nekad join English class kerana merasa dia perlu sesuatu untuk membuang rasa rendah dirinya. Asyik diperlekehkan oleh suami dan anak-anak maka dia inginkan sesuatu yang mencabar dirinya. Isk..best tau citer ni untuk orang yang tak layan citer Hindi & Tamil..

Dari situ..sebenarnya lama dah cuba amalkan..kerap2 la plan untuk day out dengan kwn2 tak kirala kalau cuma untuk minum kopi je pastu balik. Kalau tak berani drive sendiri, try to get a friend yang sanggup jemput dan anta kita balik ataupun sesusah call for delivery services and treat yourself (i choose for FOODPANDA).. Yes, sometime sebenarnya suami kita ada rasa bersalah sikit tapi takleh nak adjust sebab keje..karang tak keje..nak makan apa lak kan..Jadi berbelanja la dengan bijak..zaman skang tengok IG pun leh bershopping tapi biar berpada-pada. Macam Cik Yan sesekali bayangkan kalau aku kuar..sian Baby..sian Mia tak pepasal kena marah kot sebab buat perangai.. Selalu utamakan anak kita..i mean keselesaan anak2 kita jadi kita tak rasa bersalah..

Kalau orang laki baca lak citer ni..apa kata kalau isteri dok mengeluh kesah jangan marah.. suruh je dia relax. kalau rumah bersepah...cakap je apa kata awak check pape yang baby leh masuk mulut..kalau setakat mainan je..biar je..awak relax..sure dalam hati dia semangat nak kemas rumah.
Pastu kalau isteri suka handbag tapi sebab ada anak kecik..dia tak pakai dah..cuba offer kali ni kuar meh abang bawak beg budak2..awak pakaila handbag yang abang beli tu..lama tak tengok awak dengan handbag tu..sah isteri happy kot. Tapi jangan lak lepas isteri bawak handbag tu..korang malas nak angkut beg budak2 dengan alasan ala tak berak kot...ala tak guna kot sebab kita jalan sekejap je..sure mood isteri jadi down-down dan serik dah..

OOO ada a few cafe kat nearby tempat Cik Yan tinggal dan nak gigihkan perasaan untuk melepak bersama Mia & Baby ataupun time Mia kat taska Cik Yan gi jalan2 mengopi seketika. Being a housewife tak lah teruk mana kalau kita dapat penghargaan dan kita dapat TIME OFF seketika. I wish for TIME OFF tapi selalunya En Suami je dapat TIME OFF..huhu.. Tapi bila tido malam2 Mia asyik mencari mama nya...tak perlu lagi kot mama ber TIME OFF.


English Vinglish

Hari tu masa tengok iklan tertarik sangat dengan sedutan dari cerita English Vinglish. Tadi masa tukar channel tv sajala tekan TV3 dan citer tu sedang ditayangkan.

Dalam citer ni, suri rumah tu, Sashi terasa seperti dirinya takde value. Masa dia gi US sebab nak bantu persiapan kawin anak buah dia, dia terasa keciknya dunia dia apabila terdedah kepada ragam manusia. Bila di adukan pada suami, suami hanya bersikap acuh tak acuh dan asyik sibuk kejarkan kejanya sebagai pensyarah tak silap. Anak pula telefon semata kerana tak jumpa buku skrap dan sempat kata 'mak pergi belajar membaca dulu baru boleh baca'.

Being a housewife macam tak penting dalam keluarga sebab bukan kita yang mencari rezeki untuk anak2 dan suami sentiasa melepaskan tanggungjawab rumah dengan alasan letih kerja..letih itu letih ini padahal isteri terperap..sakit2 pun kena menghadap ragam anak yang kadang2 payah tido..yang kadang2 perlu layanan. Sesetengah pula suka bagi alasan kenapa suka bergantung pada suami untuk makan2 minum2..nape tak drive sendiri bagai padahal kalau kawan kata boring bagai..pergi tempat yang Islam kata jangan pergi pun macam takpe sebab leh jawab niat tu penting..niat nak hiburkan hati kawan...Tak taula kalau hiburkan hati kawan lagi banyak pahala dari hibur hati anak isteri.

Lumrahnya bagi suami mungkin apa yang ada cukup dah..isteri anak dapat makan minum rumah sudah..kalau dalami Islam bebetul mungkin dia nampak mana kedudukan dia dalam keluarga. Bukan macam setengah orang kata kedudukan tinggi sampai isteri jadi hamba pada mertua..One day..Cik Yan harap sangat dia kehilangan segalanya. Tengokla mak dia tu datang tak bantu..insan2 kaya raya bertitle gah tu datang tak memberi tongkat..tak perlula sibuk2 dengan title megat ke syed ke apa. Manusia sama je.


Friday, 24 July 2015

Bubur Nasi Ala-Ala Cerelax

Dulu pernah tulis masa sediakan bubur ni untuk Mia tapi kali ni nak share lagi sekali berserta gambar. Harap2 sedikit sebanyak dapatla yang baca ni bersemangat nak buat homemade cerelax ni.

Macam biasa cuci beras sampai bersih. Seeloknya bagi baby makan beras perang atau beras merah kerana kurang diproses.

Rendam semalaman beras tu dengan air masak bersama cuka atau lemon jika mahu. Macam dalam photo ni, Cik Yan terguna cuka yang kononnya sesuai untuk buat jeruk sebab ingat cuka epal..

Esoknya tu tapis sambil bilas dengan air masak skit. Biarkan 30 minit atau jika nak boleh je sangai.
Kali ni sebab malas nak tunggu 30 minit dan terasa macam rajin sangat kan..Cik Yan sangai dengan letak daun pandan skit. Memang berbau wangi dan rasa mesti anak kita suka..hahahah. Kemudian blend sampai halus. Lagi elok lepas blend tu kita ayak supaya dapat tekstur yang bebetul halus dan simpan dalam peti supaya tahan lama.
Hasil blended

Bila nak masak pulak, ambil sesudu besar 'cerelax' ni dan masak dengan air yang secukupnya selama 15 minit. Lepas tu leh je bagi makan terus tanpa perlu lecek semua dan bila rasa dah ok semua boleh je tambah puri2 sayur atau serbuk bilis buatan sendiri.

Kalau orang kata leceh la banyak step bagai..boleh je korang nak lecek setiap kali masak provided korang ada pressure cooker ke slower cooker ke yang boleh menyenangkan korang. Pepaham jelah kan bila kita masak bubur untuk dewasa pun amik masa kan...




Monday, 20 July 2015

Viral Dua


Can I say this..dah nama pun menantu perempuan. Apa kata sang suami yang ajak isteri beraya di kampung halaman sendiri upah orang gaji untuk membantu di dapo? Atau anda sendiri yang bantu kat dapo tu unless anda jaga anak sama macam cara isteri anda.

Yes..time anak merangkak la kita kena jaga2 kotla dia mengutip hasil sisa makanan atas lantai..Ada setengah orang rumah tu tak bersapu biar pun bersisa atas lantai, lantai melekit dek basah pun tak nak lap..yang jadi mangsa anak kecil kerana mak sibuk2 kat dapo..ayah lak dok borak dgn expectation si mak2 ni leh tgk2 gak atau harap orang lain jagakan anak.

Sesetengah lelaki amik mudah gak..balik kampung biarkan anak dijaga orang lain. Mula mulut anak2 tu disumbat macam2 pastu bila sakit..orang dok kata eh camne isteri ko jaga anak? Cuba dapat doktor macam doktor Iean...apa ko nak jawab bila dia tanya apa yang anak2 korang makan dalam tempoh 48 jam? Lelaki, tolongla ya..bila ada anak kecik pastu nak gak beraya kat kampung sendiri..buatla isteri anda seronok..jaga anak seperti mana isteri jaga. Pesan kat orang2 sekeliling jangan bagi anak kita makan biarpun meleleh air liur dia satu tempayan selagi tak dapat green lite dari isteri...

Aidil Fitri 2015

Masa type entry ni, umat Islam sedang meraikan Aidil Fitri hari ke 4. Tak nak citer suasana raya tapi just nak share perasaan dan pengalaman Cik Yan beraya kali ni.

Selepas En Suami mengerjakan solat Raya, kami bergambar satu keluarga dengan bantuan jiran kami. Pertama kali dalam 7 tahun kahwin, ada gambar kami berhari raya macam orang dok post dalam FB tu. Mesti ada kata ala aku tak kisah pun takde gambar tapi Cik Yan kisah sebab Cik Yan suka abadikan kenangan dalam gambar. Sebab tu dalam HP penuh gambo kanak2 riang, makanan, permandangan semua.

Masa Mia baby dulu adalah satu..tapi En Suami sungguh tidak memahami sebab ajak orang lain bergambar sama. Mia's first raya kot tapi ajak orang..pastu takde nak ganti semula dengan kami sekeluarga pun..a bit frustrated.. So this time En Suami merealisasikan semua ni. Alhamdulillah puas hati dapat lihat kenangan kami di permukaan statik tu.

Selepas hantar Cik Yan dan kanak2 ke rumah mak abah, En Suami pulang ke kampung dia bersama seorang pelajar luar negara yang sedang belajar tahfiz kot. Reason tak balik bersama yang paling kuat adalah sebab abah sakit dan En Suami sibuk..ntah bila dia dapat balik kampung kalau dah mula kerja.

Antara reason lain
  1. En Suami nak siapkan keje kat Kemaman gak. 
  2. Perjalanan balik kg sebelum puasa pun Baby letih sampai tak menyusu seharian ni kan pulak ketika musim perayaan..sah2 jem
  3. Baby dah mula semi solid food, kalu ramai2 takut termiss sebab rumah En Suami tu sentiasa ramai
  4. Tak nak ada yang hulur makanan kat baby sebab baby tu excited tengok makanan. Dulu masa Mia, ada yang sumbat ketupat palas dalam mulut and she just 8 mth old dan bayangkan ketupat palas tu ada santan garam dan oily bagai
  5. Sesama leh happy dengan cara memasing.

Bagi Cik Yan, bila baca orang merintih tak dapat beraya di kampung bagai, rasa macam selagi kita tidak keseorangan seperti student luar negara..takyah drama sangatla. Kalau suami tak dapat cuti, minta je izin balik sendiri tak perlu fikir tanggapan orang kata apa sebab sendiri. Kalau bahaya sorang2..buat agenda sendiri supaya raya bermakna. Bila dah kawin, start your own raya tradition bukan semata2 kena bersama mak abah orang kampung bagai. Raya for me it is about husband, wife n kids. Kalau terpisah tapi sesama suka, takde masam muka..why not asing2. Raya bukan untuk gaduh2..masam2 muka, sedih2 bagai tapi raya mengajar kita untuk bertolak ansur gak. Be happy okay time raya even though raya dengan anak2 je.


Thursday, 16 July 2015

Perjalanan Penyusuan Kedua

Pengalaman menyusukan Baby Muhammad tak lah semudah yang dijangka walaupun kali ni tiada lagi asakan untuk memberi susu formula.

Pada hari ketiga pantang rasanya, Cik Yan mengalami bengkak susu yang mana nak mintak tolong Mia pun tak berhasil. Puasla tuam dengan air panas yang diisi dalam botol tapi tak berjaya gak. Mandi air panas (dalam pantang sahlah air panas kan) pun tak berkesan sampailah satu tahap kawan cadangkan penggunaan daun kubis. Cik Yan risau sangat sebab biasanya daun itu digunakan untuk memberhentikan aliran susu jadi Cik Yan google banyak-banyak dan tengok cara penggunaan yang betul. Owh lupa..Mia tak berjaya, pam pun tambah lagi sakit tapi Alhamdulillah baby takdela merengek lapar.

Cuma Cik Yan berasa tak selesa tambahan abang En Suami ada dirumah jadi rasa macam-macam la..Maka bila dah decide nak guna daun kubis tu, En Suami beli dan Cik Yan amik daun yang paling besar dan lekap 5 minit je. Nape 5 minit je sebab lepas tu baby dah nangis nak susu. Esoknya Alhamdulillah, pam pun tak sakit dah (masa tu ingat pam rosak ke sebab sebelum tu tak terfikir pasal bengkak susu).

Cik Yan tak dapat buat stok waktu malam padahal ketika itu orang kata susu tengah banyak kan..sebabnya bila pam dalam bilik, Mia akan terganggu tidonya. Nak kuar pam kat luar, malu ok sebab abang En Suami ada. Kot la dia terjaga kan...Memang rasa susah sangatla nak pam dan memang perancangan Allah tu terbaik kan..bayang jelah kalau keje..ntah macam mana nak buat stok susu banyak2 sebab nak pam siang, baby pun nak menyusu gak.

Selama 2 bln jugakla Mia masih menyusu skali sampai satu masa Cik Yan berhentikan terus sebab Cik Yan risau akan baby dan juga kesihatan diri Cik Yan. Harus ingat ye walaupun menyusukan anak, kita perlu juga pastikan diri kita cukup zat bagai supaya kita boleh jaga anak2 kita. Lagipun Mia dah cukup dah tempoh penyusuan 2 tahun tu, jadi apa yang ada skang adalah milik baby pulak kan. Nanti entry lain Cik Yan citer pasal macam mana Mia berhenti menyusu.

Lepas dari bengkak susu tu..terjadi pulak kisah pam rosak. Cik Yan biasa pam lepas kul 8 sebab masa tu abang En Suami dah kuar gi opis. Aman la pam tanpa kacau Mia dan Baby dan Cik Yan tak pam habis sebab lepas pam je (cukupkan 15-20 minit) terus Cik Yan direct latch Baby. Nasibla dah belajar dari pengalaman, Cik Yan anta pam untuk dibaiki kat tempat Cik Yan beli dan rasanya repair tu dalam rm 150 je dahla siap ada replacement pump sementara nak tunggu dibaiki.

Amalan doa sama je Cik Yan amalkan dari zaman Mia, amik gak Shaklee tapi asyik ter skip je tapi Cik Yan yakinkan je diri susu tu ada dan Alhamdulillah masih bertahan harapnya (skang baby umur 7 bln) sehingga 2 tahun. Doa-doakan sesama ye..

Last nak share, kot la kaum lelaki terbaca blog ni..masa isteri pantang tu janganla bagi orang lelaki lain bermukim. Kesian kot kat isteri dalam pantang, kena lak menutup aurat tak pun terkurung je dalam bilik. Kena tau ek, baby masa dalam umur 2-4 minggu asyik nak menyusu je..Isteri tengah sedap2 tengok tv terpaksa gerak masuk bilik sebab ada lelaki lain yang bukan mahramnye.

Pastu tolongla..kalau rasa terpaksa gak biarkan bukan mahram tu bermukim, selalu la melepak bersama isteri. Dahla bertarung nyawa kuarkan baby, berpantang pastu buat isteri rasa terkurung sampai ada satu masa, macam meroyan kot sebab tertekan dengan keadaan. Cik Yan rasa hampir terkena, ada suara suruh terjun tingkap sebab katanya En Suami macam suka Cik Yan takde. Masa tu memang En Suami banyak habiskan masa dengan abang dia sebab hal pejabat. Nasibla takde apa kan...dalam kita jaga2 semua,,leh gak terkena godaan melampau tu.


Monday, 13 July 2015

Get a Real Life

Can i say this...


Tak payah nak kata orang tu tak pandai menguruskan kewangan hanya kerana dia suka membeli barangan dan jalan sana sini.

Tak payah kata orang tu kumpul sampah dalam rumah sampai beri cerita tentang bagaimana saudara Azizi jadi jutawan hanya dengan makan gaji.

Renung diri sendiri..jika hanya bersandarkan kesenangan pada tempoh tertentu..adakah kita tau tentang mati hidup kita berapa lama lagi?

GET A REAL LIFE..bersukaria dengan apa kita ada dengan syarat menyimpan juga untuk masa hadapan, beli apa yang kita rasa kita nak tapi jangan sampai membazir..

BE HONEST..takyah nak kata kita nak buat macam ni macam tu tapi took ages for you to execute..






My 2nd Baby

Rasa macam tak adil lak sebab takde entry khas pasal Muhammad Imran ni. Dah nak masuk 7 bulan pun usia Baby Muhammad ni dan Alhamdulillah masih lagi berjaya menyusu badan.

Baby Muhammad lahir pada Disember 2014 dan tercapai hasrat Cik Yan untuk melahirkan dia pada hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW iaitu pada hari Isnin.

Kali ini, Dr Ashar tidak dapat menyambut Baby Muhammad kerana sedang bercuti dan Cik Yan memilih Dr Ariza sebagai doktor ganti. Setiap doktor ni berbeza caranya sebab Dr Ariza tak moh bagi tempoh 5 hari untuk bersalin jika melepasi EDD. Memula tu menangis gak la bila doktor kata camtu sebab dia kata kalau baby tak kuar kita induced. Sepatutnya EDD Sabtu dan doktor tanya bila Cik Yan nak serah diri sebab dia pun ada perancangan nak bercuti. Maka Cik Yan pun pilihla hari Isnin (sepatutnya kena gi spital kul 10 pm tapi Cik Yan gi kul 9 am). Syahdu sungguh sebab terpaksa tinggalkan Mia..sebak rasa lagi2 lak En Suami takdela nak lembut2..pujuk2 redakan hati yang ntah pape..

Serah diri kul 9 am..doktor kata kena induce masa last check up tu tapi tengok2 ada bukaan dah jadi merehatkan diri jelah kat Observation Room. Setiap kali check bukaan takdela laju mana sampai la nak petang tu Dr Ariza tanya sama ada nak pecahkan air ketuban atau nak balik dan tunggu je bila baby nak kuar. Sebab kesiankan Mia yang tak dapat Cik Yan jaga seharian, sebab risaukan keadaan kalau kena gi spital memalam dan tambahan lak hari Isnin..maka Cik Yan setuju untuk dipecahkan air ketuban.

Proses bermula lepas waktu Asar..tak rasa pape pun..sempatla baca banyak2 kali surah Maryam bersama En Suami. Lama gak nak rasa sakit tu tapi lepas sejam lebih kot baru terasa sakit amat sampai Cik Yan rela menerima suntikan tahan sakit (bukan epidural) sebab nurse kata takut takde tenaga nak push. Sampai masa..bukan takat suntikan tu..gas etonox pun kali ni memang amik sebab awal2 Cik Yan cakap kat doktor yang dulu tabung gas kosong..

Jadinya Muhammad Imran selamat dilahirkan pada jam 2017 dan diazankan En Suami dan Dr Ariza segera berikan suntikan seperti yang Dr Ashar dah catat (ingat tak masa Mia dulu Cik Yan tumpah darah). Selamat semua, En Suami tinggalkan Cik Yan untuk bersama Mia sebab baby pun diambil untuk dibersihkan, dan Cik Yan tak boleh masuk bilik lagi sebab nak tengok ada pendarahan atau tak. Alhamdulillah..tepat 11 malam kot dapatla masuk bilik tapi Mia ngan En Suami takde sebab amik barang2 dalam keta. Happy Mia dapat jumpa Cik Yan dan dapatla menyusu sambil tido sesama atas katil.

Esoknya masa Mia bangun pagi..kami menyaksikan..pertemuan adik dan kakak yang mana tertiba Mia tau je itu adik dia. Syahdu, sebak melihatkan ciuman pertama Mia pada Baby Muhammad. Lepas dari tu..mula dah tak sudah2 nak panjat tengok baby sampai ayah bawak gi memain..

Alhamdulillah..syukur atas segala nikmatNya. 4 tahun menunggu untuk mendapatkan Mia kemudian 2 tahun berikutnya lahir pula Baby Muhammad.


Mencari idea

Sebenarnya En Suami mintak Cik Yan siapkan mission & vision company. Dari semalam mencari di internet untuk mendapatkan idea. Internet tu kata mission tu biar simple tapi clear..ada lak kata kena mention nama company pastu simpulkan apa kita buat dan vision tu mcm kita exaggerate dari mission tu.

Ha...dari pagi Cik Yan dok monyok..dok mencari idea..dia seperti terbayang2 tapi susah nak luahkan. Bagitau En Suami tentang masalah ni tapi dia cakap tengok internet padahal Cik Yan macam dah leh hafal cara untuk huraikan apa makna mission and vision tu. Adakah ini yang dinamakan writer blocked? Tapi type kat blog xde lak blocked.

Ok..seperti biasa..bila kita rasa x best..ngomel jelah kat orang yang dipercayai yang takkan memenangkan kita atau mengutuk kita..tapi kali ni malas nak mengomel..ku bawak diri..ku sepikan diri..sekali terbayang2 keenakkan kopi berlukis2 tu..En Suami ada offer tapi kemalasan nak kuar dah sebab terasa seperti kot2 mana nanti adalah keje lain yang siap sempurna pada pandangan mata sendiri.

Hari ni seharian x buat apa melainkan kemas bilik dan cuci pinggan jadi sila bayangkan keadaan rumah yang ada seorang kanak2 ceria lagi aktif dan berada pada keadaan sel2 otak sedang bercantum.. dan kanak2 itu sedang dalam mood untuk bermain dengan set mega block dia...asyikla membina tower yang akhirnya baby tumbangkan.




Thursday, 9 July 2015

I am Just A Housewife

I am just a housewife, no mean feat
I put food on the table, for my family to eat

nourishing wholesome meals, cooked with a mother's touch,
not food like a restaurants, which you don't miss much,

I am there to comfort and listen to woes,
I have to be a referee too, and settle all the rows,

I'm house proud and neat, clean rooms are a must,
my days are spent cleaning, and keeping out the dust,

I am a nurse, too helping in healing, wounds of both kinds,
real fears of my husband and imaginary fears of young minds,

I am a hostess when required, entertaining within constraints,
I'm also a disciplinarian when children require restraints,

I manage the finances, and keep everything going
when things are not going right for me I keep them from showing

my husband earns the bread, its my job to keep him going,
I steer the boat and he does the rowing,

together we raise children, to be happy and bright
together we live our our life working morning to night

but don't forget my friends that men CAN'T multi task,
how to juggle so many tasks its a woman you have to ask.

and all this without payment, and sometimes no appreciation,
that's what women are about,
endless love, nurture and creation.

by Arti Chopra