Monday, 13 July 2015

Mencari idea

Sebenarnya En Suami mintak Cik Yan siapkan mission & vision company. Dari semalam mencari di internet untuk mendapatkan idea. Internet tu kata mission tu biar simple tapi clear..ada lak kata kena mention nama company pastu simpulkan apa kita buat dan vision tu mcm kita exaggerate dari mission tu.

Ha...dari pagi Cik Yan dok monyok..dok mencari idea..dia seperti terbayang2 tapi susah nak luahkan. Bagitau En Suami tentang masalah ni tapi dia cakap tengok internet padahal Cik Yan macam dah leh hafal cara untuk huraikan apa makna mission and vision tu. Adakah ini yang dinamakan writer blocked? Tapi type kat blog xde lak blocked.

Ok..seperti biasa..bila kita rasa x best..ngomel jelah kat orang yang dipercayai yang takkan memenangkan kita atau mengutuk kita..tapi kali ni malas nak mengomel..ku bawak diri..ku sepikan diri..sekali terbayang2 keenakkan kopi berlukis2 tu..En Suami ada offer tapi kemalasan nak kuar dah sebab terasa seperti kot2 mana nanti adalah keje lain yang siap sempurna pada pandangan mata sendiri.

Hari ni seharian x buat apa melainkan kemas bilik dan cuci pinggan jadi sila bayangkan keadaan rumah yang ada seorang kanak2 ceria lagi aktif dan berada pada keadaan sel2 otak sedang bercantum.. dan kanak2 itu sedang dalam mood untuk bermain dengan set mega block dia...asyikla membina tower yang akhirnya baby tumbangkan.




No comments:

Post a Comment