Monday, 20 July 2015

Aidil Fitri 2015

Masa type entry ni, umat Islam sedang meraikan Aidil Fitri hari ke 4. Tak nak citer suasana raya tapi just nak share perasaan dan pengalaman Cik Yan beraya kali ni.

Selepas En Suami mengerjakan solat Raya, kami bergambar satu keluarga dengan bantuan jiran kami. Pertama kali dalam 7 tahun kahwin, ada gambar kami berhari raya macam orang dok post dalam FB tu. Mesti ada kata ala aku tak kisah pun takde gambar tapi Cik Yan kisah sebab Cik Yan suka abadikan kenangan dalam gambar. Sebab tu dalam HP penuh gambo kanak2 riang, makanan, permandangan semua.

Masa Mia baby dulu adalah satu..tapi En Suami sungguh tidak memahami sebab ajak orang lain bergambar sama. Mia's first raya kot tapi ajak orang..pastu takde nak ganti semula dengan kami sekeluarga pun..a bit frustrated.. So this time En Suami merealisasikan semua ni. Alhamdulillah puas hati dapat lihat kenangan kami di permukaan statik tu.

Selepas hantar Cik Yan dan kanak2 ke rumah mak abah, En Suami pulang ke kampung dia bersama seorang pelajar luar negara yang sedang belajar tahfiz kot. Reason tak balik bersama yang paling kuat adalah sebab abah sakit dan En Suami sibuk..ntah bila dia dapat balik kampung kalau dah mula kerja.

Antara reason lain
  1. En Suami nak siapkan keje kat Kemaman gak. 
  2. Perjalanan balik kg sebelum puasa pun Baby letih sampai tak menyusu seharian ni kan pulak ketika musim perayaan..sah2 jem
  3. Baby dah mula semi solid food, kalu ramai2 takut termiss sebab rumah En Suami tu sentiasa ramai
  4. Tak nak ada yang hulur makanan kat baby sebab baby tu excited tengok makanan. Dulu masa Mia, ada yang sumbat ketupat palas dalam mulut and she just 8 mth old dan bayangkan ketupat palas tu ada santan garam dan oily bagai
  5. Sesama leh happy dengan cara memasing.

Bagi Cik Yan, bila baca orang merintih tak dapat beraya di kampung bagai, rasa macam selagi kita tidak keseorangan seperti student luar negara..takyah drama sangatla. Kalau suami tak dapat cuti, minta je izin balik sendiri tak perlu fikir tanggapan orang kata apa sebab sendiri. Kalau bahaya sorang2..buat agenda sendiri supaya raya bermakna. Bila dah kawin, start your own raya tradition bukan semata2 kena bersama mak abah orang kampung bagai. Raya for me it is about husband, wife n kids. Kalau terpisah tapi sesama suka, takde masam muka..why not asing2. Raya bukan untuk gaduh2..masam2 muka, sedih2 bagai tapi raya mengajar kita untuk bertolak ansur gak. Be happy okay time raya even though raya dengan anak2 je.


No comments:

Post a Comment