Rasa macam tak adil lak sebab takde entry khas pasal Muhammad Imran ni. Dah nak masuk 7 bulan pun usia Baby Muhammad ni dan Alhamdulillah masih lagi berjaya menyusu badan.
Baby Muhammad lahir pada Disember 2014 dan tercapai hasrat Cik Yan untuk melahirkan dia pada hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW iaitu pada hari Isnin.
Kali ini, Dr Ashar tidak dapat menyambut Baby Muhammad kerana sedang bercuti dan Cik Yan memilih Dr Ariza sebagai doktor ganti. Setiap doktor ni berbeza caranya sebab Dr Ariza tak moh bagi tempoh 5 hari untuk bersalin jika melepasi EDD. Memula tu menangis gak la bila doktor kata camtu sebab dia kata kalau baby tak kuar kita induced. Sepatutnya EDD Sabtu dan doktor tanya bila Cik Yan nak serah diri sebab dia pun ada perancangan nak bercuti. Maka Cik Yan pun pilihla hari Isnin (sepatutnya kena gi spital kul 10 pm tapi Cik Yan gi kul 9 am). Syahdu sungguh sebab terpaksa tinggalkan Mia..sebak rasa lagi2 lak En Suami takdela nak lembut2..pujuk2 redakan hati yang ntah pape..
Serah diri kul 9 am..doktor kata kena induce masa last check up tu tapi tengok2 ada bukaan dah jadi merehatkan diri jelah kat Observation Room. Setiap kali check bukaan takdela laju mana sampai la nak petang tu Dr Ariza tanya sama ada nak pecahkan air ketuban atau nak balik dan tunggu je bila baby nak kuar. Sebab kesiankan Mia yang tak dapat Cik Yan jaga seharian, sebab risaukan keadaan kalau kena gi spital memalam dan tambahan lak hari Isnin..maka Cik Yan setuju untuk dipecahkan air ketuban.
Proses bermula lepas waktu Asar..tak rasa pape pun..sempatla baca banyak2 kali surah Maryam bersama En Suami. Lama gak nak rasa sakit tu tapi lepas sejam lebih kot baru terasa sakit amat sampai Cik Yan rela menerima suntikan tahan sakit (bukan epidural) sebab nurse kata takut takde tenaga nak push. Sampai masa..bukan takat suntikan tu..gas etonox pun kali ni memang amik sebab awal2 Cik Yan cakap kat doktor yang dulu tabung gas kosong..
Jadinya Muhammad Imran selamat dilahirkan pada jam 2017 dan diazankan En Suami dan Dr Ariza segera berikan suntikan seperti yang Dr Ashar dah catat (ingat tak masa Mia dulu Cik Yan tumpah darah). Selamat semua, En Suami tinggalkan Cik Yan untuk bersama Mia sebab baby pun diambil untuk dibersihkan, dan Cik Yan tak boleh masuk bilik lagi sebab nak tengok ada pendarahan atau tak. Alhamdulillah..tepat 11 malam kot dapatla masuk bilik tapi Mia ngan En Suami takde sebab amik barang2 dalam keta. Happy Mia dapat jumpa Cik Yan dan dapatla menyusu sambil tido sesama atas katil.
Esoknya masa Mia bangun pagi..kami menyaksikan..pertemuan adik dan kakak yang mana tertiba Mia tau je itu adik dia. Syahdu, sebak melihatkan ciuman pertama Mia pada Baby Muhammad. Lepas dari tu..mula dah tak sudah2 nak panjat tengok baby sampai ayah bawak gi memain..
Alhamdulillah..syukur atas segala nikmatNya. 4 tahun menunggu untuk mendapatkan Mia kemudian 2 tahun berikutnya lahir pula Baby Muhammad.
No comments:
Post a Comment