Friday, 24 July 2015

Bubur Nasi Ala-Ala Cerelax

Dulu pernah tulis masa sediakan bubur ni untuk Mia tapi kali ni nak share lagi sekali berserta gambar. Harap2 sedikit sebanyak dapatla yang baca ni bersemangat nak buat homemade cerelax ni.

Macam biasa cuci beras sampai bersih. Seeloknya bagi baby makan beras perang atau beras merah kerana kurang diproses.

Rendam semalaman beras tu dengan air masak bersama cuka atau lemon jika mahu. Macam dalam photo ni, Cik Yan terguna cuka yang kononnya sesuai untuk buat jeruk sebab ingat cuka epal..

Esoknya tu tapis sambil bilas dengan air masak skit. Biarkan 30 minit atau jika nak boleh je sangai.
Kali ni sebab malas nak tunggu 30 minit dan terasa macam rajin sangat kan..Cik Yan sangai dengan letak daun pandan skit. Memang berbau wangi dan rasa mesti anak kita suka..hahahah. Kemudian blend sampai halus. Lagi elok lepas blend tu kita ayak supaya dapat tekstur yang bebetul halus dan simpan dalam peti supaya tahan lama.
Hasil blended

Bila nak masak pulak, ambil sesudu besar 'cerelax' ni dan masak dengan air yang secukupnya selama 15 minit. Lepas tu leh je bagi makan terus tanpa perlu lecek semua dan bila rasa dah ok semua boleh je tambah puri2 sayur atau serbuk bilis buatan sendiri.

Kalau orang kata leceh la banyak step bagai..boleh je korang nak lecek setiap kali masak provided korang ada pressure cooker ke slower cooker ke yang boleh menyenangkan korang. Pepaham jelah kan bila kita masak bubur untuk dewasa pun amik masa kan...




No comments:

Post a Comment