Saturday, 18 January 2014

Resepi Makanan Mia : Oats

Apabila Mia mula menjejak usia 7 bulan, Cik Yan excited sangat nak try resepi dari oats semua tapi ada sorang kakak ni pesan mintak advise dari paed dulu berdasarkan pengalaman dia.

Jadi Cik Yan cuma intro bubur nasi je dulu yang dikisar halus apabila Mia genap 7 bulan. Bila Mia kena jumpa paed dia, seperti biasa Cik Yan akan standby soalan sebelum paed tu tanya Cik Yan ada soalan pape tak. Kalu sesungguh takde soalan, dia akan cakap "betul ibu tak de soalan?". Terasa seperti em...macam Cik Yan tak ambil berat atau tak nak ambil tahu pulak.

Jadinya memang Mia tak dinasihatkan di beri oats dan rakan seangkatan melainkan bubur nasi. Pastu tanya lak kat kawan En Suami yang merupakan pakar jantung dan peparu di HUKM. Dia lagi best, pesan jangan beri oats dan rakan-rakannya sampai umur 2 tahun kerana serat yang tinggi akan membebankan buah pinggang dan organ yang lain. Orait...simpan saje oats yang kawan belikan itu dan mujur bertanyakan tentang tu pada paed dan kawan En Suami ni.

Tapi....genap je Mia setahun, terus terasa eh nak try la sebab resepi dalam internet dan fb rata-rata melibatkan oats. Jadi bila Mia nak kena cucuk MMRV dimana dia berlagak sangat comel dengan mengembungkan pipi dia ketika melihat jarum halus lagi tajam itu dimasukkan ke dalam pahanya yang macam drumstick KFC tu...Cik Yan tanya lagi soalan yang sama.

Yeah, boleh makan dah tapi pada keadaan sederhana dan mestilah..tak de maknanya Cik Yan nak bagi dia seharian makan oats. Cuma kepelbagaian diet dia bertambah la kan...maka balik rumah terus rendam oats tu dalam air masak bersama tepung gandum dan dibiarkan semalaman. Selepas itu, tos dan simpan dalam peti (agak2agak buat tu untuk stok 3 hari).

Maka, oats pertama Mia adalah savoury oats sebab kawan Cik Yan citer anak dia tak suka oats dan Cik Yan harus berhati-hati la kan. Pastu mula la di pelbagaikan campuran oats tu..mana yang Cik Yan ingat, Cik Yan list bawah ni.

1. Oats Labu

Bahan : oats yang dah direndam semalaman, labu, minyak zaitun dan air secukupnya

Masak oats dengan air kemudian masukkan labu yang dipotong ikut suka. Biarkan sehingga air berkurangan, labu lembik dan oats menjadi sangat lembut. Lupa..ni ada habbatus sauda. Siap dah..



2. Oats manis

Bahan : oats yang dah direndam semalaman, air dan berries.

Masak oats dengan air. Bila dah lembut masukkan berries tu. Cik Yan selalu letak blackberry dan raspberry yang di hiris kasar atau belah dua. Nanti oats bertukar warna macam purple..cantik tau..

3. Creamy oats

Bahan : oats yang dah direndam semalaman, air, labu, habbatus sauda dan cheddar cheese (guna block)

Masak oats, labu, habbatus sauda pastu nak dekat masak parutkan cheddar tu sikit dan kacau sampai cair...
 

4. Oats & dried apricot

Bahan : oats yang telah direndam semalaman, air, dried apricot yang didadu/ cincang
Masak oats dan apricots tu sampai lembut. Kalu rasa nak blend, boleh aje...


5. Oats Pisang hangus

Bahan : oats yang telah direndam semalaman, air, pisang & butter
Masak oats pastu letak butter sikit dan masukkan pisang..biar sampai kering dan melekit pisang tu..bila melekit tu yang dapat rasa hangus tu..heheh



Tu je kot yang mampu nak coret dalam ni. selebihnya memang main tabur je dan ikut apa yang ada pada masa dan ketika itu. Lagipun ada yang di tambah atau dikurangkan mengikut resepi yang ada type ni..




2 comments:

  1. salam... kiranya baby umur 7m-1yr x digalakkan bagi oats eh.

    ReplyDelete
  2. Bergantung pada budak kot sebab anak saya memang x cukup berat sangat..kalu mkn oats lagila x bertambah berat..

    ReplyDelete