Friday 3 January 2014

Resepi Makanan Mia

Sejak pepagi bagi makan oats dekat Mia mula terasa nak tukar lain lak jadi terus baca lagi pape yang patut dan hasilnya agak tertarik pada cous cous penangan dari Masterchef Australia tu..hahaha.

Kenapa cous cous?

Ianya lebih mudah disediakan berbanding oats..almaklumla oats tu nak kena beli yang rolled oats tu pastu kena rendam semalaman pulak pastu nak kena masak sampai lembut. Bukan macam oats biasa yang guna air panas tu je. Lagi satu, melalui pembacaan, katanya cous cous jarang membuatkan bayi sembelit. Try kat Mia, dia suka je ...mmmm memangla Mia ni suka makan tapi kalu dia tak gemar, dia masih makan tapi agak kelambatan nak abis...

Memula intro cous cous tu masa Mia genap 13 bulan dan Cik Yan cuma bagi dengan buah je..pastu lelama dipelbagaikan..ni salah satu resepi cous cous yang dalam kategori dipelbagaikan tu..kalau ada yang tertanya mana nak dapat cous cous ni, Cik Yan beli kat bahagian organik di Aeon tak pun kalau korang jenis tak kisah, carik je kat bahagian rempah-rempah tu...



Cous cous
Daun kari
Bawang merah
Bawang putih
Biji sawi
Tomato
Minyak zaitun

Bawang merah, bawang putih di hiris atau tumbuk mengikut apa yang kita suka, tumis bawang2 tu sekali dengan biji sawi dan daun kari.

Bila bawang dah layu, masukkan tomato, couscous dan air secukupnya dan kacau sehingga cous cous jadi likat ke apa istilah nak guna tapi yang pasti jumlah air tu berkurangan la...

Pastu ta daaaaa..siap dah..



Boleh gak kalu anak tu kurang berat kan..tumis dengan unsalted butter..heheheh. Boleh je nak pelbagaikan sayur cuma masa Cik Yan buat ni, nak cepat supaya Mia dapat sesama bekpes dengan kami..hasilnya memang laju je dia makan banding 2 hari sebelumnya di mana Cik Yan bagi couscous dengan puri labu...

Oh..lupa selit jelah kan kat sini...kalu nak cepat sangat pepagi tu kan...Cik Yan rendam je cous cous dengan air panas pastu tos, pastu letak la buah pape yang ada...

Pasni kalu nak gi travel, memang cous cous jadi pilihan sebab tak perlu masak memadai dengan air panas pastu kalu makan kat hotel ke, amik je buah yang ada kat buffet tu letak dalam cous cous tu...

cous cous dgn blackberry

Cous cous dgn puri kurma dan kismis

Cous cous dgn berries



2 comments:

  1. Syok la Yan..aku follow ko sbb sronok tgk ko buat macam2 makanan untuk Mia.mcm nak suh ko buat buku.."toddler recipe"..mesti laku.. hehe

    ReplyDelete
  2. Hahaha..buat buku kena saman aku sbb aku amik resepi yang aku jumpa dari internet..bukan dari ciptaan aku

    ReplyDelete