Sunday, 27 May 2012
Abaya
Buku ni Cik Yan beli masa jenjalan kat Wangsa Walk, kebetulan takde bahan bacaan baru terusla singgah kedai buku Popular. Ni antara yang Cik Yan beli la masa tu borong je memana yang rasa dapat mengisi masa dan juga buku mengenai kehamilan.
Apabila Mama Pakai Abaya memang satu cerita yang menarik. Berkisahkan bagaimana seorang ibu yang pentingkan penampilan diri sehingga tidak menutup aurat dan tergamak memakai t-shirt anak daranya yang berusia belasan tahun ketika keluar bersama rakan bisnesnya. Bagusnya cerita ini adalah tentang anak-anak yang tak putus doa supaya ibu mereka menutup aurat. Dan apabila usaha yang dilakukan mereka tidak kesampaian, mereka meminta bantuan ayah mereka yang berada di lautan luas.
Dari situ, wujudnya Ibu Qaseh yang mengajar mereka lebih memahami ajaran Islam, mengajar mereka supaya lebih kuat berdoa demi kebaikan ibu mereka dan juga menghormati dan menegur ibu mereka dengan cara yang lemah lembut dan tidak menyakiti hati ibu mereka.
Bagusnya kan sekiranya dikurniakan anak-anak yang sentiasa mendoakan kita dan juga mempunyai kesedaran untuk menutup aurat walaupun ibu mereka tidak sedemikian. Ayah yang sentiasa sibuk mencari duit untuk keluarga juga sedar tentang kegagalannya untuk membimbing isterinya supaya memelihara aurat.
Tapi masih lagi insan di luar sana yang alpa tentang pentingnya aurat dengan alasan tidak ikhlas..Bagaimana apa yang di idamkan ditarik balik atau diberi nikmat sementara sahaja? Pasti kita merintih takpun hampir hilang akal kan tapi jika diberi balik nikmat tu, akan berkekalan la dia dengan sikapnya itu..Dalam Islam pun ada berpesan arahan ibu bapa, suami boleh diengkari jika melibatkan perkara yang bukan ajaran Islam tapi kadangkala mereka sendiri yang tidak mempunyai keinginan untuk menutup aurat. Pakai tudung pun dengan cara yang tidak betul dan berlengankan baju pendek dan menampakkan susuk badan. Memangla nikmat dunia dikecapi skang tetapi hakikat sebenarnya kaum wanita itu menarik ayah, abang, adik lelaki dan suami ke pintu neraka dengan tidak menutup aurat. Memang suami kamu akan puji kecantikan kamu yang menayang aurat dihadapan rakan taulan tapi kalau benar kita sayangkan keluarga, fikirkan balasan untuk mereka di akhirat kelak..
Oh ya..cakap pasal abaya, Cik Yan dapat abaya yang dibeli melalui online dan Alhamdulillah saiznya sesuai dengan Cik Yan. Cik Yan lantas menggayakan abaya itu di hadapan En Suami berserta tudung purple yang ada. En Suami tidak sudah-sudah memuji tentang kesesuaian abaya itu pada Cik Yan dan potongannya yang menarik. Memula masa tu ingat setakat mengambil hati tapi bila keesokkannya harinya mendapat mesej pujian dari En Suami yang tak sudah-sudah mengenai Cik Yan dan abaya tu..memang melayang badan ke langit je rasa. Insya Allah, Cik Yan nak jadi isteri yang solehah, nak jadi isteri yang menjadi ketua bidadari di syurga buat suami, nak jadi isteri yang menjaga aurat dihadapan khalayak dan menjadi ibu contoh kepada anak-anak kami.
Masa memula dulu...
Masa memula pregnant, Cik Yan suka la sangat minum air sirap. Masa ada appointment Dr Ashar, En Suami akan bawa Cik Yan breakfast dekat Pelita Ampang Point dan mesti air sirap di order tak kirala sirap kosong, sirap limau ke sirap laici ke..Tak abih situ, asal dia kuar meeting atau balik dari opis, Cik Yan akan pesan beli air sirap kat kedai mamak memana dia jumpa. Jadi satu hari tu, Cik Yan beli je sirap kordial dari F&N dan setelah 3 kali bancuh..terus Cik Yan tak sentuh dah..Kini Cik Yan beralih kepada fresh orange lak..
Setiap kali Cik Yan atau En Suami tak sempat masak atau malas masak, En Suami akan belikan Cik Yan tomyam dan telur bungkus takpun takat telur dadar je. Kekadang dah masak pun still rasa nak tom yam jadi terpaksa la En Suami gi beli kat gerai memana yang berdekatan. Kalau lunch time orang ajak ke Cozy Corner, memang tau aja nak order apa. Tom Yam kat situ memang sedap dari dulu lagi. Satu hari tu En Suami jumpa kawan dia untuk urusan kontrak lantas Cik Yan cakap nak Tom Yam kat restoran sebelah tu. Dan memang permintaan ditunaikan dan itu juga la yang buat Cik Yan stop makan tom yam..Sebabnya tom yam itu di campur dengan lala, ketam semua ngan santan..terus tengok tom yam rasa nak muntah tapi tak muntah la..
Lepas tom yam, suka pulak makan sushi lagi-lagi masa tu abang ipar dok ajak makan sebab dia harap Cik Yan jelah yang leh teman dia makan dengan seronoknya. Masa tu teringat kitorang kenakan abang sepupu yang tak tau akan rasa sebenar wasabi. Punyala banyak dia letak kat sushi dia dan terus telan, hasilnya kena bagi air masak banyak-banyak sebab tengok mata dia berair. Wasabi tu kan menyengat kat lelangit kita dan bila itu berlaku kan terasa pedih kejap..Selang beberapa hari dari itu, Cik Yan dapat cuti panjang sebab batuk dan doctor nasihatkan untuk berehat kat rumah..Tapi pasal lapar, lepas jumpa doctor, Cik Yan cakapla nak makan sushi sebab hari tu tak dapat makan kacang edameme dengan tempura udang. Kali ni Cik Yan dapat makan semua tapi terasa muak..Minggu berikutnya kawan opis ajak makan sushi kat KLCC pulak dan kali ni pilihan tak banyak jadi Cik Yan cuma makan dalam 3 pinggan je. Sejak dari tu, terasa tekak dah muak jugak ngan sushi...
Hari tu Cik Yan dok menghitung hari nak minum kopi sebab kawan cakap jangan amik masa 1st trimester. Ibarat lagu Kris Dayanti tu, Cik Yan asyikla mengira dah lepas belum..sebab tak sabar nak pekena kopi pantry opis yang menggunakan serbuk kopi dari San Francisco Coffee takpun lepak di Starbuck masa bebila Cik Yan nak duk baca buku dan pekena Caramel Machiato...Dan akhirnya, lepas sudah 1st trimester tapi pada hari itu, Cik Yan bau kopi kawan Cik Yan seberang sempadan tu pun dah buat pening..terus Cik Yan lupakan saje hasrat nak minum kopi tu..
Lepas ni nanti nak tengok apa pulak yang Cik Yan suka sangat dan jadi tak suka..Yang pasti kan...kalau tukar keta baru, warna pilihan bukan lagi merah..:)

Ops..ter over lak
Ketika En Suami dalam perjalanan menuju ke Kemaman, Cik Yan baca la semua email yang ada dan update dia apa yang patut. Tertiba terbaca tentang satu email mengenai nama yang dia dan kawan2 ingin pilih dalam menerajui projek sampingan mereka. Kakak tu, wife kepada kawan En Suami suggest a few names termasukla singkatan dari nama penuh En Suami.
Cik Yan pun start nak menyibuk terus pesan kat En Suami make sure ada Centauri kat nama tu tak kirala apa gabungan sekali pun. Cik Yan pun dok kempen Centauri tu nama penting untuk Cik Yan dan mengingatkan dia yang surname kucing-kucing kami adalah Centauri. Tak acila letak Alpha Centauri ke Beta Centauri tapi AlphaBET Centauri macam tak sesuai jadi nama satu company.
En Suami terus mintak Cik Yan reply email kakak tu dan sent to all recipient pasal nama yang Cik Yan nak. Memula Cik Yan taknak sebab gunakan email dia tapi bila dia kata nak nama yang Cik Yan suka atau suggest. Punyala happy terus Cik Yan reply email tu macam dia pesan tapi Cik Yan tertaip lelebih. Selain dari bagi nama yang ada dalam kepala Cik Yan, Cik Yan gi citer lak asal usul nama tu.
En Suami bila dah sampai Kemaman terus check email yang Cik Yan antar bagi pihak dia. Ha..memang Cik Yan ter over menerangkan tentang nama tu. En Suami cakap ayat memula memang nampak macam gaya dia tapi ayat seterusnya atau perenggan seterusnya nampak sangat bukan dari dia. Yelah, Cik Yan citer pasal alam semesta, galaxy itu ini padahal dia tu pelaut, sah-sah patut citer hal berkaitan laut atau berkaitan dengannya.
Jadinya skang Cik Yan menunggu jelah sama ada nama itu diterima bulat-bulat atau digabungkan dengan cadangan dari kawan-kawan dia. Cik Yan nak tengok nanti ada tak perkataan "CENTAURI" tu, kalu takde, siap kawan-kawan dia terutama kakak tu Cik Yan fire macam Ultraman..
To watever nama dia, semoga success and make sure tak usik fund Cik Yan ek...

Wednesday, 23 May 2012
Pesanan saya yang pendek ini..:P
Orang dok citer tentang perancangan masa hadapan, pengurusan harta apabila sudah tiada kelak, hak anak2 supaya tidak di salah guna orang lain dan sebagainya. Cik Yan bukanla jutawan ke berharta banyak2 mana kan tapi bila terbaca blog adik ni pasal kawan dia dok tanya or mention pasal wasiat..Cik Yan pun terdetik sekejap tapi takleh discuss ngan En Suami nanti kena marah..
Cik Yan kena fikirkan hal Alpha ngan Beta gak jadi ini pesanan buat kakak sepupu dan suami tersayang yer...
Anda harus tahu Cik Yan sayang kucing ni lain dari En Suami yer..mungkin dia sama dengan sesetengah orang yang cuma suka tapi tak boleh meluahkan sayangnya pada kucing atau haiwan lain. Jadi sila ambil perhatian...Cik Yan nak pesan pendek je..
If anything happen to Cik Yan, sakit ke tertiba warded ke atau gi oversea tertiba terkandas lelama ke..sila antarkan AlphaBET dan pastikan mereka di dalam jagaan keluarga Cik Yan. Keluarga kami membela kucing dari Cik Yan kecil lagi dan layanan yang diberikan pasti tak jauh beza dari AlphaBET terima dari Cik Yan. Kami adalah keluarga pencinta kucing..hehehhe
Sunday, 13 May 2012
Puding Berkuah Sos Kastard Cocktail
Sabtu 12th May, memang hari rajin Cik Yan kot sebab seawal pagi dah bangun siapkan beef lasagna (resepi share kemudian sebab hasil x cantik..hehehe). Resepi ni Cik Yan amik dari blog Daya :
http://pamabearlilangel.blogspot.com/2011/03/lasagna-daging-mystyle.html
Cik Yan suka resepi ni sebab cuma gunakan cheddar cheese je, payah betul Cik Yan nak jumpa Mozarella ngan Parmesan Cheese brand apa ntah..Dulu dah pernah buat dan masa tu duk kat Mawar Sari jadi senang je dapat cheese tu kat Aeon AU2 tu..Brand lain ada tapi ntahla x suka kot.
Masa kemas kabinet, Cik Yan jumpala sebungkus agar-agar terus terbayangkan sesuatu yang manis tambahan ada fruit cocktail. Jadi selepas cleaners dari ProCleaners siapkan keje, terus Cik Yan masuk ke dapur sambil tengok resepi mana jadi pilihan. Dulu dah pernah buat sekali dan En Suami sangat suka siap ajak kawan makan bersama tapi kali ni Cik Yan tak nak guna resepi tu sebab tak suka akan rasa pudingnya yang kosong gitu je.
Dua resepi menjadi pilihan iaitu :
Puding nya dari blog Kak Ungku : http://kakungku.blogspot.com/2007/11/puding-kastard-berkuah-cocktail.html
Sos nya pula di ambil dari blog seorang Cikgu di Johor : http://soulain.blogspot.com/2010/08/resepi-puding-kastard-berkuah-yang.html
Kalau malas nak buka link tu, ni Cik Yan typekan di sini..tapi Cik Yan tak ikutla bulat2..
Resepi Puding
1 bungkus agar-agar
7 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin susu cair - Cik Yan guna 200ml santan kotak
2 cmb tepung kastard
1 cmt vanila
Cara membuatnya :
Masakkan agar-agar dengan air sehingga hancur dan masukkan gula. Menurut Kak Ungku lagi sedap kalau masa masak agar-agar tu letak daun pandan. Cik Yan xde stok dalam fridge jadi x letak la..
Bancuh susu cair dengan tepung kastard supaya tidak berketul dan tapis ke dalam agar-agar tu dan masukkan vanila. Kacau perlahan-lahan dan bila rasa kastard tu dah masak, tutup api. Tuangkan ke dalam bekas yang di ingini dan biarkan mengeras.
Resepi Sos Kastard Berkuah
1 tin susu cair
1 cawan air
1 tin fruit cocktail
4 cmb gula pasir
2 cmb tepung kastard
Cara membuatnya :
Campurkan kesemua bahan dan masak dengan api perlahan. Kacau supaya tidak melekit bahagian bawah dan sehingga gula hancur. Tutup api jika merasakan kepekatan sos itu bersesuaian dan sejukkan.

Saturday, 12 May 2012
Rendang Ayam Pedas Chef Wan
Lama dah rasa nak makan pulut kuning dengan rendang daging atau ayam tapi tak tau nak cari mana time2 keje ni. Sudahnya plan nak buat sendiri tapi bila tengok resepi tu macam banyak sangat. Watnye tak jadi camner dan kalau nak bagi jiran pun berapa banyak rendang nak kena buatkan.
Ahad lepas ajak En Suami gi Mid Valley sebab teringat dulu pernah makan kat dalam Jusco. Sesampainya kat situ tengok2 pulut kuning abis dan terus terasa sebak dan termenung jap. En Suami terus order laksa sebab dulu memang Cik Yan suka laksa tu tapi pasal masih terasa sedih, lupa nak pesan jangan letak nenas.
Bila makan laksa tu, memang takat makan jela sambil En Suami alihkan nenas2 yang ada dalam kuah tu sebab Cik Yan suka hirup kuah tu. Terasa nak nangis pun ada jadi pas makan, En Suami pun dah beli biskut Famous Amos dia, terus Cik Yan ajak balik. Dia offer makan pavlova kat Alexis pun Cik Yan tak terasa leh makan. Dalam perjalanan kuar, terus mintak dia gi Sogo sebab ketupat palas dan rendang situ menjadi kegemaran Cik Yan gak tapi bila teringat yang rendang tu kadang kala terasa seperti cili tak cukup masak terus ajak balik je. Malam tu memang takde perasaan nak makan sangat dan mujur tak lapar sebab sebelum tu pekena cendol ngan rojak mamak sedap kat tepi jalan menuju Wangsa Maju
Kat opis, email En Suami supaya belikan Cik Yan ayam. En Suami jenis tak bagi Cik Yan masak ayam dari supermarket..dia nak yang baru sembeli kat pasar atau memana tempat jual ayam kampung muda. Maka segala bahan untuk membuat rendang aya dibeli En Suami.
Balik rumah, dalam nak mencari resepi mana nak guna terus terfikir nape tak cuba je resepi Chef Wan maka bermula la operasi memasak rendang.
Ni resepi dari buku Chef Wan (Selera Malaysia).
1 ekor ayam (1.5kg)
500 ml santan cair
110 g kerisik - Cik Yan x letak, x suka
Garam
Gula
1 helai daun kunyit dihiris halus
1 genggam daun limau purut dihiris halus
Pes Rempah
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
8 btg serai dihiris halus
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
6 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
11/2 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp jintan putih
1 tbsp jintan manis
2 tbsp cili kisar
Mesinkan bahan-bahan pes dan satukan ayam, pes dan santan di dalam periuk atau kuali. Biarkan sehingga kuah menjadi kering sedikit dan perasakan dengan gula, garam dan kerisik. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan dan limau purut.
Okay, En Suami cakap resepi dalam buku ni sangat la asas dan biasa je tapi bagi Cik Yan, dan En Suami pun setuju dengan pendapat Cik Yan kemudiannya.
Pendapat Cik Yan, ramai leh masak, ramai juga tidak boleh memasak. Kadangkala kerana mereka jarang makan, mereka tidak tau ketika masak, nak buat camner untuk mendapatkan rasa rendang. Banyak resepi boleh di jumpai di Internet tetapi kadangkala itu telah ditokok tambah. Masak rendang ni bukan la pertama kali untuk Cik Yan tapi resepi ni merupakan yang terbaik Cik Yan rasa. En Suami pun siap pesan bole tak buat lagi sebab selama ni dia kurang gemar makan nasi berlaukkan rendang tapi rendang kali ini kena dengan seleranya.
Apabila kita telah berjaya menguasai rasa masakan yang sebenar, masa tu barulah kalau kita rajin, kita perbaiki lagi dan menjadikan masakan tu sebagai masakan kita sendiri. Ataupun ala biar je dan ikut je bulat-bulat kalau orang dah kata sedap.

Ragam Alpha & Beta
En Suami dah gi keje Isnin baru ni dan bestnya hari tu Cik Yan dapat amik half day. Walaupun tak ngantar sampai ke KLIA tapi okayla kan dapat tolong dia kemas barang and say good bye. En Suami kuar rumah dalam kul 3.30pm dan sejak dari tu Beta dok menunggu kat depan pintu kayu tu. Sesekali Beta akan ke balcony untuk melakukan urusannya dan makan minum kemudian terus menunggu. Alpha pulak dok melekap ngan Cik Yan sampai nak bergerak pun, dia nak ikut gak.
Bila waktu malam, Beta tak puas hati bila Cik Yan angkut bawak masuk bilik dan tidak mahu tido atas katil. Jadi Alpha jelah dok kacau tido Cik Yan dan ajak main-main dengan dia. Bangun awal pagi tengok2 mata Beta berair dan terus Cik Yan cuci mata Beta dengan ubat yang ada. Bila gi keje, Beta meluru keluar dan bagai mencari-cari En Suami. Berat hati nak gi keje tapi takkan la nak amik cuti kot..Tapi mujur petang tu balik keje tengok2 mata Beta tak berair lagi dan dia kelihatan aktif.
Bila malam tiba, tengok2 Beta main-main dengan baju kotor En Suami yang Cik Yan longgok semua di tepi bilik. Pasal baju tu warna putih, taknak dia seret2 maka Cik Yan pun angkatla baju tu letak atas sofa. Masa tu kelihatan Beta tak puas hati sebab Cik Yan amik baju tu tapi bila nampak diletakkan atas sofa, terus dia bergumpal dengan baju tu. En Suami call tanya perkhabaran dan bila bagitau keadaan Beta, dia tergelak sebab tak sangka sampai begitu sekali Beta.
Semalam Beta dok golek kat tilam lembik Cik Yan jadi Cik Yan sajala selimutkan dengan baju En Suami..terlena dia dan boleh tido dengan berselimutkan baju tu..Alpha pulak bila tengok Beta tido, dia pun nak tido gak. Selalunya memang dorang tido awal tapi midnite je bermula la aktiviti berlari-lari dan memanjat dalam rumah.
Tapi pasal Cik Yan tertido depan ruang tamu dan kul 3 lebih baru terjaga, jadi Cik Yan tak perasanla apa yang dorang dah buat dan bila di ajak masuk bilik, AlphaBET berlari masuk bilik dan terus amik port atas katil. Jadi tenanglah kami bertiga tido pada pagi tu dan sampaila time Subuh, Alpha mula mengganggu dan Beta pun start gigit jari kaki. Cik Yan solat Subuh dan AlphaBET segera gi ke balcony melakukan urusan mereka dan tengok Cik Yan duk mana lepas solat. Bila nampak Cik Yan angkut bantal ke ruang tamu, segera mereka amik port untuk golek2 gak.
Sejak Cik Yan pregnant, kami dah bertukar pasir kumbahan AlphaBET dan pasir itu kurang debu dan cepat kering En Suami cakap. Memandangkan En Suami dah gi keje, Cik Yan kenala membersihkan tempat dorang. Tawakal dan berdoa je supaya tidak memudaratkan baby. Logiknya kalau pasal takut sangat mudaratkan baby, kumbahan bertimbun, AlphaBET dalam keadaan tak selesa, kotor semua..kan dah jadi satu dosa lak mengabaikan mereka..
Gambar ni diambil ketika Cik Yan bersihkan bekas dorang dan tambah silica beads ni. Dulu guna jenama lain dan nampak seperti batu-batu kasar walaupun cantik. Kali ni guna Litter Star pulak dan walaupun harganya agak maal, tapi berbaloila dari gunakan pasir biasa tu dengan keadaan Cik Yan sedang mengandung ni kan..Gambar selepas dorang cium pasir takdela amik sebab terus sekor-sekor melepaskan hajat. Cantik kan silica beads AlphaBET, warna warni yang menarik..Harga dia RM 18.90 untuk 3 kg. Tu je saiz yang ada..
Sunday, 6 May 2012
Kuih Kole Kacang
Cik Yan suka sangat kuih ni dari zaman bebudak lagi tapi mak Cik Yan kata dia tak larat nak buat sebab kena kacau. Masa tu memang tak faham la sebab Cik Yan tau makan je tapi bila dah besar, dah kawin..haruslah kita mencuba buat sendiri kan..
Cik Yan jumpa resepi macam-macam ada yang mula dari asas iaitu rendam kacang hijau dan buat jadi tepung, ada yang letak pewarna la letak perisa la tapi resepi ni Cik Yan suka. Dia bebetul tradisional cuma Cik Yan tambah telur. Bila buat tu, barulah tau betapa penatnya nak kacau dia tapi hasilnya sedap sangat.
Hari tu baru buat lagi sebab tengok ada stok santan lama. Santan lama ni bukanla expired tapi bila dah lama simpan dalam freezer, bila masak mesti tak berapa sedap sebab ada masam-masam sikit. Jadi santan tu Cik Yan jadikan tahi minyak je..
Ni resepi dia..
Kuih
1 cwn tepung kacang hijau
2 cwn air gula melaka
1 cwn santan pekat (Cik Yan guna santan kotak kecik je 200ml)
1 biji telur
1 cwn air
(Notes : kalu takde telur atau tak nak letak telur, jadikan sukatan air kepada 2 cwn )
Kacau semua bahan tadi sehingga sebati dan tapiskan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan dan kacau selalu sampai jadi likat.
Apabila bancuhan menjadi likat (susah nak kacau) ratakan ke dalam bekas yang dah disapu minyak tadi..Kemudian taburkan tai minyak di permukaan kuih..
Tahi minyak
Santan pekat (ni tak pernah guna santan kotak..rasa macam tak jadi je nanti)
Daun pandan (nak bagi wangi je..tak letak pun takpe)
Masukkan santan dan daun pandan dalam kuali atau periuk dan biar mendidih..Apabila terbit minyak kacau perlahan dan biarkan seketika. Ketika tahi minyak berubah warna coklat, kacau selalu dan kemudian toskan. Minyak yang terjadi dari proses ni boleh la di sapu pada bekas nak letak kuih tu nanti.
Next time Cik Yan nak try bakar atau kukus dia pulak mengikut cara pembuatan kuih serimuka tak pun tepung talam yang mana bahan itu dipanaskan sampai berwap dan dikukus sampai masak..Takdela sakit tangan nak kacau kan..Resepi ni sikit je bayang jela kalau nak buat untuk kenduri maunya tercabut tangan kot mengacau kuih ni..

Kalaulah saya
Kalaula saya jenis yang teramat sombong, keras hati, sarcastic dan pentingkan diri sendiri...sudah pasti saya :
Tak berfikir panjang, terus menghentam kamu ketika luahan perasaan terhadap teman saya. Kamu tidak puas hati dengan dirinya dan meluahkan pada saya yan berkawan rapat dengan dia. Kamu fikir apa perasaan saya? Tapi saya cuma leh cakap buktikan pada orang itu awak bukan harapkan sangat duit tu..Tapi saya tengok, awak memang nak kan duit tu kan sebab cara perbelanjaan awak boros. Dua orang berciter tentang perbelanjaan awak..saya pun tengok gak dengan keadaan kesempitan wang, barang kemas, baju2 anda bertambah..
Satu hari saya pun cuba menegur anda cara halus..saya ingin memberitahu anda walaupun ada wang lebih, saya tidak terus menggunakannya kerana fikirkan apa akan berlaku atau mana saya nak cari duit jika berlaku kecemasan.Ya memang kadang kala saya berbelanja besar tapi masa tu saya pastikan semua bil rumah, duit keta, motor semua saya dah dahulukan. Tapi bandingkan kekerapan kamu membeli dengan saya...
Sejak itu, kamu langsung tidak membalas sms saya dan saya pula sentiasa mengirimkan berita, tanya khabar tapi di pandang sepi oleh kamu tapi boleh pula kamu membalas sms orang lain yang berada berdekatan dengan saya.
Kamu katakan pada saya kamu mahu tau bagaimana rupanya tiramisu itu jadi ketika masa saya lapang, saya buatkan untuk kamu dan minta orang sampaikan tapi kamu tidak langsung memberi sebarang respons..saya pula berprasangka yang si penyampai tidak menyampaikannya kepada kamu.
Jadi saya biarkan dan menyepi dari kamu tapi tertiba kamu sms saya dan bila ditanya mengapa, kamu kata ingin berkongsi masalah. Saya layankan saja kamu itu tapi rupanya kamu memerlukan saya untuk menyampaikan kepada orang tertentu kerana kau takut dimarahi..Oh..pandai pula kau menggunakan saya kan..
Pada satu ketika, sesuatu berlaku dan kamu mengatakan semua orang kisahkan dia..kamu kecil hati dan meluahkan pada saya..saya hanya boleh memujuk kamu dan meminta bersabar kerana pada ketika itu saya juga mengalami masalah yang besar..Ketika kamu hadir..saya meluahkan perasaan yang sama jugak tetapi kamu berhabisan menyokong oang itu. Ingat pula kamu akan jasanya..ingat pula kamu akan pertolongan dia..tapi mengapa tidak kamu fikirkan ketika kamu tidak puas hati dengannya.
Kalau saya tidak fikir panjang, nak tunjukkan sarcastic saya melampau-lampau, saya tidak teragak-agak lagi kerana saya seperti terasa tikaman kamu itu..Kamu cakap kamu boleh hidup sendiri, tapi kamu depan-depan saya menunjukkan kamu tidak mampu berdiri tanpa sokongan. Bila ada orang menyokong kamu, terus kamu meluahkan ketidakpuasan hati kamu.
Eh..jika saya tidak amanah..mahu saja saya bongkarkan segalanya..

Subscribe to:
Posts (Atom)