Semalam Cik Yan amik 2nd dose untuk HPV dengan Dr Ashar dan inilah injection yang menyakitkan bagi Cik Yan. First dose hari tu siap pening kuar je dari bilik Dr Ashar tapi mujur En Suami ada tapi kali ni Alhamdulillah, tak pening kalu tak sian Mia sebab En Suami keje.
Seharian menunggu panggilan En Suami tapi takde dan mula rasa isk dia ni taknak tanya ke..tak ingat ke isteri dia tak berapa tahan dengan injection ni. Tapi terdetik dalam hati mungkinkah cuaca yang menjadi sebab tiada panggilan. Biasanya setiap pagi dan sebelum tido pasti ada panggilan kecuali monsun atau angin kencang.
Bangun pagi ni pun sama tiada panggilan tapi dek kerana sibuk nak siapkan instant cerelax Mia lupa jap. Bila dah selesai semua keje, masak untuk sarapan pagi, bubur Mia, mandi Mia semua maka cubala call dia tapi tak berjawab jugak. Tiga kali panggilan dibuat tapi tak berjawab dan mungkin sebab time tido ke apa jadi abaikan seketika.
Masa Mia tengah makan bubur dia, pertama kali yer Mia dapat sumber karbo sepenuhnya dari nasi En Suami call. Memula saje cakap sampai hati sebab tak tanya apa berlaku semalam tapi seperti yang di jangka cuaca sangat teruk. Jerebu membuatkan udara di sana menyakitkan dan En Suami tak dapat nak lelama berada di luar semata-mata nak dapatkan talian satelitnya.
Em, kesian kat orang yang bekerja sama macam dia dan kita ni yang duk rumah pun tak tertahan dengan panasnya, jerebunya tapi mereka takde pilihan. Pastinya syarikat perkapalan tiada kesedaran pun nak membekalkan mask untuk crew mereka tapi kita yang keje opis, yang leh gi beli atau mencari kat memana tempat akan menyongeh opis tak prihatin semua padahal mereka yang berada di atas kapal nak beli mana?
Apabila En Suami mintak update tentang kesihatan Cik Yan sebab jumpa Dr Ashar, Cik Yan cuma leh cakap yang pertemuan semalam lebih berkisarkan Mia kerana Cik Yan senang nak bertanya segala yang Cik Yan baca dan dia akan terangkan sebaik boleh. Dr Ashar juga bertanyakan jika Cik Yan ada kumpulan sokongan bagi ibu menyusu anak dan dia sangat gembira bila Cik Yan kata ada group di laman sosial, kenkawan keje, kenkawan sekolah dan juga isteri kepada kenkawan.
Bagus kan dapat doktor yang sokong penyusuan ibu ni dan bagusnya dapat kenkawan yang sudi berkongsi pengalaman, ilmu pengetahuan dan mendengar segala masalah berkaitan penyusuan dan pemakanan. Alhamdulillah. Selepas ni insya Allah Cik Yan pun nak jadi macam kenkawan yang sudi berkongsi ilmu supaya kita dapat sesama menyusukan bayi kita selama boleh..
No comments:
Post a Comment