Friday, 11 October 2013

Mitos bayi susu ibu...


Perasan tak kita seringkali baca tentang keadaan bayi susu ibu berbanding dengan bayi susu formula. Dalam pembacaan yang Cik Yan asyik jumpa, mesti dia kata bayi susu ibu badan comel, semangat, cepat itu cepat ini. Kita pun mula menghafal pernyataan tersebut sampai la pada suatu ketika kita dapati semua itu takde pada baby kita? Ni antara dua yang Cik Yan duk hafal pastu tengok ada tak pada Mia.

Badan naik cepat..

Tak pun berlaku pada Mia. Mia tu masa check up 2 bulan, paed dia siap cakap mungkin susu tak cukup jadi kalau boleh top up formula 1 oz pada setiap penyusuan. Ini tidak Cik Yan lakukan pun cuma pasal dah keje jadi Cik Yan siapkan 3oz susu badan sebanyak 6 botol. Pada masa itu Cik Yan cuma fikir bila baby menyusu direct, kita tak dapat agak dia dah puas sebab mesti baby tertido.

Pasal kena tambah susu formula ni menjadi topik pergaduhan kami sebab En Suami risaukan keadaan Mia dan Cik Yan yang dah mula masuk keje. Pasal nak sedapkan rasa hati (masa tu rasa susu i ada tapi zat tak cukup), Cik Yan pun ikut kata kawan baik Cik Yan untuk mencuba Shaklee set asas. Set asas ni adalah Vit C, B Complex, Iron dan Alfalfa. Jadi bila rasa badan segar, tengok2 time mengepam, pekat susu itu walaupun takdelah pam sampai berbelas oz sekali pam. Bila kawan baik setiap wanita menjelma, maka Cik Yan mulakan pula dengan pengambilan ESP yang mana secara tak langsung mengenyangkan seketika selepas pam di waktu awal pagi. Bila gigi terasa sakit, Cik Yan tambah pulak Osteomatix dengan alasan Cik Yan tak minum susu lembu.

Baby cepat meniarap la, duduk la, tumbuh gigi la

Tak juga pada Mia. Tak ingat exact month tapi yang pastinya memang dia lambat banding ngan junior dia yang lewat kuar. Cuma bila dia try memang jadi terus tapi sentiasa tak nak try sebab dia asyik request orang gaji dukung dan tak tinggal dia atas lantai. Yang pasti masa tu perangai dia memang macam madam sebab nak tido, orang gaji takleh duduk, kena dodoi dan berjalan. Orang gaji atau pun makcik gelaran dia, berenti jap je terus mata bulat dan garang.

Ada orang duk cakap eh anak aku sekian sekian dah pandai dah..anak ko tak boleh lagi ke..bukan anak ko lahir dulu ke? Masa tu memula berdesing gak tapi mula teringat yang Mia sangat baik, adil dan saksama. Dia tak nak bagi ayah dia terlepas sebarang perkembangan dia. Ayah balik ada je benda baru tapi ayah keje, statik je budak ni.

Hakikat sebenar bayi menyusu ibu yang berlaku pada Cik Yan adalah...dimana jarang kita jumpa atau Cik Yan yang tak jumpa carik kot...

Bayi kita tak tembam, berat pun cukup2 je melepasi line selamat tapi Mia ni badan memanjang, kepala besar ikut line yang betul (bukan cukup2 nak selamat, doktor cakap tau sebab jangan tanya Cik Yan line selamat tak selamat camne). Kalu ibu baru yang breasfeeding baby rasa was2, kira berapa kali tukar diapers tu. Baby menyusu badan ni badan kecik je tapi solid, kulit tegang pastu happy selalu. Nape dia happy? Sebab dia sentiasa dekat dengan kita, bau badan kita tak kiralah kita wangi ke busuk ke pastu sentuhan kulit ke kulit. Pastu kalu dia nyusu susu kita dalam botol sah2 dia merasa sama sikit la dengan apa yang dia hisap kat badan kita kan.

Cakap pasal kulit tegang semua tu, ada satu masa Cik Yan bawak jumpa Dr Ashar sebab Cik Yan amik cucuk HPV tu. Doktor bila tengok je dia, terus tanya fully ke camner. Bila tanya nape, dia kata badan Mia tegap, kulit tegang, pipi kembung tu pun tak jatuh. Bila badan Mia diperiksa, sambil senyum dia cakap budak takde lemak sebab daging je balut tulang ni. Alhamdulillah mendapat galakan dari doktor O&G Cik Yan dalam memberi susu badan pada baby. Siap dia menawarkan pertolongan sekiranya memerlukan khidmat pakar laktasi atau kumpulan sokongan susu ibu.

Mia memang lambat la nak meniarap semua tu tapi dia cepat sangat tersenyum dan juga mulut bising. Mia juga senang bersama orang yang baru jumpa tanpa Cik Yan perlu berada bersama. Tapi pastinya bukanla dengan orang asing kan, maksud Cik Yan bila ada majlis, sedara mara yang kita jarang jumpa tu, Mia ok je bila dorang nak dukung.

Lagi satu kan, jika kena dengan gaya, baby ni akan jadi confident je nak buat pape pasal tu Cik Yan cakap bila Mia nak meniarap terus jadi tapi jenuhla menunggu kot sebab kekadang cemburu gak tengok anak kawan dah ada perkembangan. Paed Mia selalu pesan sentiasa bercakap dengan baby tak kira sibuk camner pun sebab dari situ dia tau yang kita ada untuk melindunginya. Teori yang ni Cik Yan tak tau betul atau tak tapi paed dia yang bagitau. Masa tu Cik Yan dalam tak sedar membaca pada Mia sesambil tunggu giliran. Tak perasan paed dia lalu masa Cik Yan membaca dengan nada ikut buku tu. Bila waktu rawatan, Mia bagi senyuman kat paed sampai terpaku paed tu. Paed dia pesan supaya Cik Yan sentiasa melakukan apa yang Cik Yan buat tadi. Bila tanya apa Cik Yan buat, dia kata zaman skang jarang ibu bapa nak membaca pada anak jadi anak tu hilang keyakinan. Tak nampak mana rasional dia sebab rata2 kawan Cik Yan pun rajin berciter kat baby mereka.

Ada satu cucuk ni memang menyakitkan Mia kot tapi Mia nangis kejap je dan bila kita dodoi dia, senyap. Paed pun cakap bila kita rajin berciter, bercakap dengan bayi, dukung dia, sentuhan badan ke badan akan membuatkan baby rasa selamat dan tau kita ada untuk lindung dia. Oh ya....memula suruh top up formula kan.....ha pastu bila jumpa banyak kali, puji pulak Cik Yan yang bersungguh nak bagi susu badan padahal keje. Ada sekali tu paed tanya tak letih ke jaga Mia bila En Suami keje dan bagi Mia susu badan. Cik Yan jawab, i enjoy doing it. Berbaloi tunggu lama untuk dapat Mia jadi benda2 letih ni kita tak rasa apa sangat.

Lupa lak, orang suka cakap kan baby susu badan tak kena sakit sangat tapi sebenarnya tak semua begitu. Mia sendiri pada umur 12 hari kena batuk dan selsema sampai kena buat x-ray dan makan antibiotik. Pastu ni umur 10.5 bulan kena demam campak setelah 3 malam panas badan. Masa Mia panas tu, dia aktif macam biasa pastu guna termometer kat rumah asyik tunjuk 36.5 je jadi takde la jumpa paed dia tapi bila En Suami tak sedap hati...sekali jumpa doktor kat klinik setiawangsa suhu Mia dah 38.8. Dapat ubat demam, air garam semua tapi memandangkan kat rumah ada ubat yang Paed dia suruh standby jadi Cik Yan tak bagila ubat doktor tu.

Ahad lak, En Suami kena warded untuk angiogram kat HUKM jadi berkampung kat wad sutera 11. Tak dapat nak tido sebab suhu Mia statik 39 je tapi Mia lena je tido. Siang tu, doktor on call kat wad tu macam nak tak nak je bawak gi emergency sebab dia kata kalu tak cakap, tak nampak Mia tu demam. Dia advise untuk increase dose panadol Mia tu je dan nak bagi ubat masuk kat punggung tapi tak bagi2. Mia panas amat, En Suami lak bersedia nak kena angiogram. Tercabar rasa hati ni namun doa je mampu supaya segala dipermudahkan. Cik Yan lap2 je badan Mia, tinggikan suhu aircond bilik tu, tido atas lantai dengan tilam nipis dan tilam Mia dan setiap 10 minit rendam tuala dengan air dan letak atas kepala Mia. Dahi lak dah tampal cool fever yang mana bila letak gambo kat facebook, kawan kata lekat kat kaki tak pun pada belakang badan antara ketiak supaya cool fever dapat berfungsi dengan betul.

Lantai yang sejuk, bilik yang sejuk sampai En Suami kena guna 2 selimut menjadi tak sejuk mana bagi Cik Yan sebab peluk Mia. Kawan sekolah dalam Whatsapp membantu dalam masa bila nak panik. Ok tak ayat panik tu...Panik adalah apabila suhu badan 39 ke atas, diaper x banyak tukar dan tak nak menyusu atau makan. Jadi Cik Yan tak lah panik teramat..mengapa Cik Yan guna gak ayat panik...sudah pastinya Cik Yan panik gak walaupun ada kat spital.

Balik rumah, Mia tetap panas jadi jumpa la paed dia dan paed dia pun cuma cakap tekak tu merah dan suruh bagi makan ais krim skit. En Suami macam dah tau je reaksi muka Cik Yan...paed dia bekalkan kit untuk amik urine sekiranya badan Mia panas..selain tu ubat masuk punggung dan air garam kot yang mana balik rumah tak bagi makan pun cuma asyik tenung dan check je suhu Mia sampai tak lena tido. Paginya bila makcik mandikan Mia....En Suami cakap Mia kena campak..bintik merah dikeliling leher, belakang badan. Mujur masa tu Cik Yan guna daging untuk pasta bolognaise Mia di mana kalau ayam digunakan...kenala Cik Yan tambah garam dan makan sendiri.

Kebetulan nurse paed Mia call dan terus kami dinasihatkan je emergency sebab paed Mia cuti untuk confirm campak atau cacar atau ruam je. Baru ingat leh masuk opis dah kena extend jadi terus tak masuk langsung. Masa confirm tu memang terasa gak. Nape Mia kena padahal dia susu badan..nape antibodi dia tak kuat. Mujur dapat kata penyejuk doktor kecemasan tu di mana dari situ, ibu2 semua ingatla anak kita yang susu badan, orang kata antibodi kuat tapi kena sakit memacam....sakit dia tu sebenarnya dah kurang dah sebab antibodi yang dapat dari susu ibu. Mia tu masa doktor sibuk nak check bukan main ramah lagi sampai doktor tanggal name tag untuk bagi Mia main. Lampu yang nak tengok cacar ke campak tu pun dia bawak main sampai doktor kata aktif betul budak ni.

Dalam masa kami nak berbincang dengan doktor tu, nurse bawak kuar dan dikerumuni nurses yang bertugas sampai dorang cakap nak mintak tolong jaga pun takpe. Mia tu mulala lupa mama kalau tak sampai masa menyusu lagi...

Jadinya....entrinya ni sila semat dalam minda kalau tertiba kita rasa down dengan keadaan anak kita susu badan tapi tak macam baby susu formula. Ni bukan nak kata formula tak bagus atau apa ..setiap ciptaan manusia ni, pemikiran tu datang dari Allah jugak. Bayang jelah tiada susu formula bagaimana nasib anak kecik yang kematian ibu semua tu kan....kalau tak dapat bagi susu badan setelah beribu ikhtiar, susu formula la jawabnya tapi jangan kerana malas nak ikhtiar, nak senang..kita bagi formula...

No comments:

Post a Comment