Monday, 8 July 2013

Kesilapan dalam perjalanan penyusuan..

Kali ni tergerak nak citer kesilapan yang Cik Yan lakukan dahulu dalam bab penyusuan Mia. Lambat tersedar tapi mujurlah tak lambat sangat dan Alhamdulillah masih mampu menyusukan Mia sehingga kini. Pada ketika ini Mia dah 7 bulan 2 minggu dan mula diberi bubur nasi.

  1. Pam susu seawal boleh tapi selepas kuar kolostrum la..jangan tunggu lepas 2 minggu atau nak mula keje
  2. Lepas badan kuat, biasanya lepas seminggu mula bangun dan pam antara jam 12.00 - 06.00 pagi sebab prolaktin sangat tinggi pada masa tu.
  3. Kalu ada pam untuk 2 belah, guna dedua jangan guna sebelah je. Kalu takde, takpe, buat tanderm nursing, maknanya baby nyusu sebelah, lagi sebelah kita pam. Jangan risau..masa tulah cepat je terasa air susu mengalir bila sebelah anak, sebelah pam. Tapi kalau anak tak puas, bagi je yang kita pam tu.
  4. Bagi baby menyusu dulu baru pam jangan pam dedua sampai kosong pastu tak lama pastu baby nak menyusu..sian..tu yang Cik Yan buat dulu. Tak tau susu banyak mana tapi Cik Yan pam dedua tak lama lepas tu Mia nak menyusu. Kita tak rasa pape, Mia pun tak menangis cuma bila gi timbang doktor kata macam tak cukup susu. Tu dia suggest top up formula tapi tak buat pun. Bila keje, letak susu 3 oz dalam botol sebanyak 7 botol (utk waktu keje dari kuar rumah kul 7 am and sampai rumah 7 pm). Alhamdulillah check up seterusnya doctor puas hati.
  5. Untuk stok pulak, kalau kita kuarkan 5 pek (Cik Yan simpan dalam plastik double lock Autumnz), make sure kita pam dan cukupkan 5 jugak untuk pastikan stok tak kurang banyak. Cik Yan tak tahu dulu, masa tu dalam otak cuma fikir janji pam dan tak kira berapa simpan.
  6. Cecepat carik jalan supaya susu bertambah, tau apa milk booster untuk kita. Cik Yan dulu refuse nak pam awal2 tapi bila En Suami asyik paksa dan kesian kat Mia yang tak dapat menyusu dengan puas sebab Cik Yan tengah treatment. Kalau tak, sure lambat sedar tentang masalah susu sendiri.
  7. Tertiba period...jangan putus asa. Hari pertama je production kurang sebab kita panik..sering terbacakan kata period je production kurang pastu ramai yang fully breastfeed lambat kena period. Kalau kita tak bernasib baik, jangan hirau sangat. Minum je air berbanyak dan kalau nak, boleh amik supplement kalsium sekiranya kita memang tak amik sebelum tu.
  8. Jangan dok tanya orang berapa oz sekali pam. Cik Yan dulu dok tanya je orang sudahnya sendiri rasa terganggu padahal sesi pam orang tu tak sama pun dengan kita. Hari tu setelah kian lama baru tersedar bila sorang kawan ni tanya dapat bawak balik berapa banyak (soalan dia hasil kumpul, bukan per session). Masa tu baru terdetik eh, banyak gak ek..sebab selepas rasa terganggu tu, tak tanya dah cuma tumpukan perhatian agar Mia dapat cukup susu je.
  9. Hasil pam leh campur asalkan telah disejukkan dan tidak la sampai sehari bezanya. Dulu tak tau, jadi bila pam sikit je terus bagi Mia minum instead of buat stok. Skang bila dah tau, setiap kali pam kalau terkurang, Cik Yan akan tambah dengan hasil pam sesi berikutnya tapi setelah sejuk minimum 1 jam la.
  10. Stress pasal susu sikit bagus sebenarnya sebab kita akan jadi semangat nak pam dan pam dan mencari jalan membanyakkan susu. Itu yang berlaku pada Cik Yan bila tengok Fb kawan tayang susu anak dia dan pada masa tu dalam kepala ingat susu ibu rupanya formula. Tapi itulah jadi titik punca sesungguh nak banyak susu sebab rasa segan kalau orang tanya susu badan ke susu formula. Masa itu beranggapan semua orang berjaya menyusukan anak dengan susu badan je jadi tak mohla Cik Yan jadi terasing kan.

No comments:

Post a Comment