Wednesday, 29 March 2017

Dadih Susu Segera

Resepi dadih ini merupakan hasil dari pembelian serbuk dadih segera yang Cik Yan jumpa tatkala membeli barang dapo. Sebab dok baca orang mention Happy Grass, time cari santan tengok2 Happy Grass depan mata maka Cik Yan pun amik paket kecik (360g) perisa anggur.



Kali ni nekad nak ikut arahan seperti pada paket tu dan hasilnya Mia suka sampai bertambah dan sanggup ambil sendiri. Jadi kesimpulan Cik Yan, setiap paket tu berbeza arahan dia dan ikut je bulat2 sontoh hari tu, paket tu suruh letak air je, Cik Yan gi tambah gula, letak susu cair bagai dan hasilnya manis dan Mia cakap tak sedap. Paket kedua pula, memang ikut arahan pada label walaupun buat separuh je (180g) dan Cik Yan sendiri terasa nikmat dadih tu padahal tak berapa suka.

Bahan-bahan

  • 1 paket serbuk dadih Happy Grass mengikut perasa pilihan
  • 3 liter air
  • 400 ml susu cair
  • 100 g gula


Cara membuatnya

  • Air dan gula di masak bersama sehingga mendidih sedikit
  • Masukkan susu diikuti serbuk dadih (dalam paket ada 2 plastik; yang besar serbuk dadih, yang kecil gula buah)
  • Tutup api dan masukkan gula buah kemudian kacau sebati. Boleh la juga nak rasa kot dah sesuai manis tu sebelum masuk gula buah
  • Tuang dalam bekas dan sejukkan.

Sunday, 26 March 2017

Dadih susu segera

Suatu pagi tatkala dalam perjalanan ke sekolah Mia, Mia merajuk setelah Muhammad menyakat. Kebetulan jalan agak jem, dapatla tengok dekat gerai-gerai kuih tepi jalan tu. Cik Yan offer Mia untuk beli "pink dalam bekas" iaitu dadih di gerai yang biasa Cik Yan beli kuih.

Beli 3 bekas dan terasa macam emm mahal gak ni sedangkan bahan dia setau Cik Yan takdela mahal mana. Memula cuba buat sendiri menggunakan serbuk agar-agar tapi sukatan air yang sikit menjadikan ianya seperti agar-agar. Next time kalau nak cuba resepi tu, Cik Yan nak tambah sukatan air yang diberi. Kalau dapat kelembutan yang diingini, Cik Yan masukkan resepi tu dalam blog nanti.

Masa membeli ayam di AzZain, terpandangla rak dadih segera ni, memula nampak yang besar (400g) tapi lepas tu mata terpandang pada pek kecik (200g). Hati terus kata mehla cuba instant lak.

Hari ni Cik Yan adaptasi resepi dari Blog Dairi@Hatiku dan mengikut sukatan yang terdapat pada pek instant dadih tu.

Bahan-bahan
  • 200g serbuk dadih 
  • 400ml susu cair
  • 600 ml air
Cara membuatnya
  • Panaskan air, kemudian masukkan susu
  • Curahkan serbuk dadih dan kacau supaya sebati
  • Masukkan pula paket kecil yang mengandungi perasa dadih tersebut
  • Biarkan sehingga mendidih dan tuang dalam bekas
Note:
  • Cik Yan ikut resepi blog tu kata letak gula skit, jadi kejadian agak manis 
  • Blog tu lak instant dadih dia ada gula lain
  • Cik Yan simpulkan, sukatan cecair je kita blh tukar
  • Tak yah pepandai tambah gula kalau kat pek tu takde nyatakan.


Saturday, 25 March 2017

Kobis Goreng Mamak

Resepi ni dicari setelah mengenangkan kobis untuk buat popia tu masih berbaki. Nak masak lemak rasa macam dah biasa sangat tambahan pulak, lauk ikan dimasak kari. Banyak sangat kuah nanti kan, tak nikmat pulak makan.

Resepi adaptasi dari Blog Azie Kitchen,

Bahan-bahan
  • 1/4 biji kobis - potong kecil
  • 1 biji lobak merah - potong mancis
  • Sedikit hempedal ayam - hiris ~ Cik Yan x letak
  • 1 sudu besar biji sawi
  • 3 tangkai cili kering - gunting pendek-pendek
  • 3 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 1 biji bawang besar - hiris nipis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit sos tiram
  • Garam

                    Cara memasaknya
                    • Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan biji sawi.
                    • Masukkan bawang putih, bawang besar, serbuk kunyit dan cili kering. Tumis hingga wangi.
                    • Masukkan hempedal ayam dan kacau seketika sehingga ianya agak masak. 
                    • Masukkan pula lobak merah dan sos tiram. Kacau sehingga lobak merah agak lembut.
                    • Masukkan kobis serta sedikit garam.
                    • Gaul rata hingga kobis dan lobak merah masak. 



                            Sambal Goreng

                            Sejak kawin, luas sedikit tafsiran sambal ni untuk Cik Yan, sebelum tu asyik ingat sambal belacan jela kan. Tak pun bila kata buat sambal, kita pun masak la sambal ayam ke sambal bilis ke.

                            Bila menikmati makanan Indonesia, mulala minat dan tau tang sambal tomato la, sambal hijau la termasuk la sambal kelapa kan.

                            Jadi bila kat FB ada post pasal resepi ni, bahan-bahan pun ada kat dalam peti terus berminat nak cuba dan jadi suka pada resepi ni. Rasa dia ada seperti sambal hitam cuma tiada penggunaan belimbing buluh.

                            Resepi dari group memasak kat FB dari Lyana Hisham

                            Bahan-bahan
                            • 2 ulas bawang besar  
                            • 6 biji cili hijau
                            • 4 biji cili merah
                            • Cili padi ikut kepedasan diingini
                            • Segenggam ikan bilis
                            • Sedikit belacan
                            • Air asam jawa (dari separuh size telur ayam)
                            • Minyak untuk menggoreng
                            • Garam dan gula secukup rasa

                            Cara memasaknya
                            • Blend semua bahan kecuali air asam
                            • Gorengkan bahan tersebut sehingga sedikit garing
                            • Masukkan air asam dan bawang hiris kasar jika mahu
                            • Perisakan gula dan garam
                            • Tutup api.

                            Saturday, 18 March 2017

                            Gulai Ikan - Rempah Gulai Cap Bunga Rose

                            Gulai ikan ini di cari resepinya memandangkan ada rempah gulai ikan yang dibeli bersama rempah gulai daging/ ayam. Kebetulan resepi dia lain dari kebiasaan cara Cik Yan masak, maksud Cik Yan cara resepi ini menarik perhatian untuk mencubanya.

                            Ikutkan ketika membaca resepi ni, dengan penggunaan ikan tongkol atau tenggir, boleh la juga dijadikan lauk kepada nasi dagang. Tapi Cik Yan masa tu guna ikan apa yang ada dalam peti ais je jadi itu je yang tak ikut resepi.

                            Resepi adaptasi dari Blog Masam Manis



                            Bahan-bahan

                            • Santan
                            • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga rose
                            • 6 keping asam keping
                            • garam 
                            • gula secukup rasa
                            • 5-6 biji cili padi
                            • Ikan
                            • 1 cm belacan
                            • 15-20 tangkai cili kering


                            Bahan Kisar
                            • 1 biji bawang besar
                            • 3 ulas bawang putih
                            • 2 cm halia
                            • 4 cm lengkuas


                            Cara memasaknya

                            • Kukus ikan bersama asam keping (Cik Yan rebus dengan air yang sedikit)
                            • Santan dimasak selama 30 minit (Jika menggunakan santan kotak, bancuh dengan air). Kacau supaya santan tidak berketul
                            • Masukkan bahan kisar ke dalam santan dan biarkan
                            • Menggunakan kuali, tumis cili kering sehingga garing kemudian masukkan rempah gulai
                            • Tumis sehingga naik minyak dan masukkan belacan jika mahu
                            • Kemudian masukkan hasil tumisan ke dalam santan tadi
                            • Masukkan gula, garam dan asam keping dan biarkan mendidih atau naik minyak
                            • Ketika ini jika mahu sayur seperti bendi atau terung boleh la dimasukkan
                            • Apabila mendidih atau naik minyak, masukkan ikan berserta air kukusan/ rebusan sedikit
                            • Masukkan cili padi dan biar sehingga ia pekat sedikit.















                            Monday, 13 March 2017

                            Sambal Hijau Resepi Kedua



                            Memandangkan sambal hijau ni kesukaan Cik Yan dan resepi terdahulu sedap tapi tak macam makan kat Bandung, maka saje la try resepi lain. Hasilnya sedap gak walaupun masih tak dapat macam kat sana tu. Kalau resepi dulu bahan2 perlu dikukus/ rebus tapi kali ni di goreng macam nak buat sambal tomato tu dan lain nyer kali ni Cik Yan letak ikan bilis skit.

                            Resepi Adaptasi dari Blog namakucella

                            Bahan-bahan
                            • 10 batang cili hijau 
                            • 15 btg cili padi
                            • Segenggam ikan bilis ~ Cik Yan tambah
                            • 5 ulas bawang merah
                            • 5 ulas bawang putih
                            • 1 biji tomato hijau
                            • Air limau
                            • Garam dan gula secukupnya

                            Cara membuatnya
                            • Goreng ikan bilis tapi tak perlu garing, ketepikan.
                            • Kemudian goreng cili2 dan bawang2 sehingga layu
                            • Ketika hampir layu masukkan tomato hijau (untuk elakkan meletup kalau masuk sekali jalan)
                            • Tumbuk atau blend kasar hasil gorengan tadi, perah air limau secukupnya kemudian perasakan dengan garam dan gula. 



                            Sunday, 12 March 2017

                            Gulai Ayam - Rempah Gulai Cap Bunga Rose

                            Kisahnya seorang teman masa kat opis lama message kirim rempah bunga rose ni. Jadi bila nak berangkat balik dari Kemaman, En Suami bawa singgah ke Pasar Chukai untuk Cik Yan beli rempah2 ni. Seronok sangat masuk pasar tu tapi sebab tang masak2 ni Cik Yan agak slow jadi cuma beli gula nisse banyak untuk Cik Yan dan rempah tu sebab kawan tak bagitau berapa dia nak maka beli jelah lebih.

                            Bila dah sampaikan rempah ni pada dia, adala lebih untuk kegunaan rumah jadi Cik Yan pun sajela nak try. Memandangkan ada rasa nak makan lauk yang jarang di masak maka Cik Yan decide nak guna rempah gulai ayam dan terus google resepi.



                            Resepi menarik perhatian Cik Yan adalah dari blog Tertunailah Hasrat Di Hati sebab membaca resepinya dan cara memasaknya tidak terasa susah. Cik Yan kan jenis kena mudah2 je...

                            Bahan-bahan
                            • 1 ekor ayam dipotong 14
                            • 3 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan) 
                            • 1 paket kecil rempah gulai 
                            • 1/2 paket kecil rempah masak 
                            • 1 paket kerisik
                            • air asam jawa
                            • 1 keping asam keping
                            • 2 biji ubi kentang
                            • 1 cawan santan pekat
                            • 2 1/2 cawan santan cair
                            • garam secukupnya
                            • gula secukupnya
                            • gula melaka 1 ketul kecil
                            • minyak masak

                            Bahan kisar
                            • 6 ulas bawang merah 
                            • 4 ulas bawang putih 
                            • 1 inci halia 
                            • 1/4 inci lengkuas 
                            • 1 inci kunyit hidup 
                                  Bahan tumis
                                  • 3 biji bawang putih dimayang
                                  • 1/2 biji bawang besar-dimayang
                                  • 1 inci halia  dimayang kasar
                                  • 1 batang kulit kayu manis
                                  • 5 kuntum bunga cengkih
                                  • 3 biji buah pelaga
                                  • 5 kelopak bunga lawang

                                            Cara memasaknya
                                            • Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. 
                                            • Tumiskan hingga wangi dan masukkan  bahan kisar serta cili mesin. 
                                            • Masak sampai pecah minyak.
                                            • Kemudian masukkan bahan campuran tadi dan kerisik. 
                                            • Kacau dan masak sampai pecah minyak . 
                                            • Kemudian masukkan ayam bersama ubi kentang.
                                            • Masukkan  santan cair. 
                                            • Bila gulai mendidih masukkan santan pekat bersama asam keping, air asam jawa dan gula nisan/melaka.