Thursday 29 December 2016

Nuggets Ayam


Dulu ada try resepi nuggets tapi tak ingat dari mana. Mia ngan Baby tak suka dan Cik Yan sendiri makan rasa tak sedap. Maka terus tak buat dan dorang asyik request nuggets KFC. Lelama rasa macam apa kata cari resepi lain dan buat stok frozen dari beli yang paket mentah atau gi KFC.

Resepi ni dari Super Healthy Kids

Bahan-bahan
  • 700g isi ayam
  • Garam
  • 1 butir telur
  • Serbuk roti

Cara membuatnya
  • Isi ayam direbus lebih kurang 20 minit. Jangan terlebih masak nanti isi kering. Bila kering, nuggets akan menjadi kering gak
  • Selepas ayam masak, blend bersama telur dan garam secukup rasa. Boleh juga tambah blackpepper powder atau apa saja bahan perasa (garlic powder, parmesan cheese etc)
  • Bentuk guna acuan atau bulat2 je dan golek dalam serbuk roti
  • Bakar sehingga masak. Jika nak lagi rangup, renjis minyak dan balik kan selepas beberapa ketika dalam oven (Berapa lama? Cik Yan set suhu 160 utk 10 min, terbalikkan naik suhu 200 utk 5 min) ~~~ setakat telur je yang mentah kan...rasanya kejap pun ok kot.. Cik Yan lelama tu pasal tengah buat keje yang lain gak.~~~
  • Cik Yan tak try goreng lagi dan kalau malas masuk oven pun mungkin airfryer je nanti.

Maka, kalau rajin nak buat pape tapi malas nak google, Cik Yan akan gunakan resepi ni untuk stok frozen nuggets sebab Mia siap call ayah dia cakap sedapppppp. Mama pun suka gak cuma tertiba kan kat serbuk roti tu terasa masin. Padahal amik yang dorang dah gigit2 tu elok je rasa. Mujur la mama yang dapat masin tu kan...tu sebab gaul tak sekata la tu...


No comments:

Post a Comment