Lately asyik terbayang kampung mak abah, Merlimau, Melaka. Pastu kat FB lak sibukla orang dok share resepi keria gula melaka takpun yang membeli kat keria antarabangsa tu.
Sebenarnya masa kecik2 dulu tak tau pun kewujudan tempat tu cuma yang tau rata2 keria kat Melaka tu selalu la jumpa sira gula melaka alang2 masa tu famous dengan Gula Melaka Fauziah dari Duyung tu tambahan lagi selalu beli kuih penderam.
Terus simpan hasrat nak cuba kuih keria ni sebab nak tambah lagi koleksi kuih muih tradisional yang boleh dibuat. Jadi kali ni alang-alang gi pasar tani nampak keledek sana sini, terus la beli 3 ketul.
Resepi dari Dapur Kecil Zaira yang katanya merujuk pada Azlina Ina.
Bahan-bahan
- 500gm ubi keledek (kalau keledek kuning lagi sedap kata kawan dan suruh kukus kalau rasa risau byk air)
- 1 cwn tepung gandum*
- 1 tbsp tepung beras (membukit)*
- 2 tsp baking powder*
- 1 tsp garam halus*
- 1/2 tbsp gula*
Sedikit tepung gandum/1/4 cup tepung gandum ketika menguli (untuk campurkan ketika menguli jika lembik/letak di tapak tangan dan pinggan. Untuk elakkan melekat.
Bahan sira:
- 100gm gula melaka ketul dihancurkan
- 1 1/2 sudu makan gula
- 1 ketul gula batu(untuk rangupkan sira)
- 1/4 cup air(lebih kurang atau kurangkan lagi kepada 2-3 sudu air untuk cepatkan gula mengeras)
Cara membuatnya
- Rebus ubi hingga empuk.
- Lenyek ubi.
- Campurkan bahan * dengan ubi.
- Gaul dan uli.
- Bentukkan adunan. Gunakan tepung gandum di tapak tangan untuk elak melekat ketika membentuk.
- Panaskan minyak. Goreng. Kawal api.
- Setelah masak, angkat dan tos.
- Dalam periuk lain, masukkan bahan sira.
- Kawal api. Biarkan sehingga larut dan berbuih. Setelah pekat, barulah masukkan kuih.
- Masukkan kuih dan kacau hingga bersalut. Gaul dan gaul sehingga mula nampak gula keras pada kuih.Ketika proses ini api jangan ditutup
Nota :
- Tekstur keledek tu tak sedap sangat, Cik Yan tengok resepi-resepi lain ada yang tak letak baking powder. Next time kalau guna keledek putih ni nak cuba tanpa baking powder lak. Kalau keledek kuning tu pun nak try juga la tanpa dan dengan baking powder.
No comments:
Post a Comment